Hujan - Mencari Konklusi Bagi anda yang seperti saya, yang menggemari Hiba, Aku Skandal, Ku Mahu Kau Tahu, Neon dan Pijak Hatiku mungkin akan sedikit kecewa dengan album ini kerana sound-sound alam lagu yang aku sebutkan tadi tidak ada dalam album ini. Bagi aku nyawa kepada identiti Hujan adalah kepada sound-sound minimal jazz yang ada pada gitar AG buat band ini lain daripada band indie yang ada. Namun apa yang kita boleh perolehi dalam Mencari Konklusi adalah sound-sound riff gitar yang lebih keras hampir kesemua lagu terutama Obsesi, 2nd Airwaves dan Sangkar besi Dihatiku. Kau Harus Ada dan Romantik antara yang menjadi favourite aku. Overall album ini bukan tak bagus cuma aku rasa persembahan keseluruhan dalam album ini membuatkan Hujan hilang identiti seperti yang aku dengar di debut mereka. Ya sound2 jazz dalam gitar AG yang diblend dengan rock dan pop buat band yang satu ini different. Antara album yang akan mengambil masa untuk rongga telinga aku. Ayu - Inspirasi Kekuatan album ...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara