Skip to main content

Dato` Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta



Dato` Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta
Producer:
Dato` Siti Nurhaliza, Eddie Marzuki, Tya Subiakto, Audi Mok
Genre:
Contemporary Pop
Verdict:
4.5/5


Tahajjud Cinta album kedua Siti untuk 2009, selepas Lantera Timur yang aku rasa masih relevan untuk dipromosikan atau mungkin patut disimpan dahulu sehingga masa yang tepat untuk dipasarkan. Terlalu pantas, tapi itulah Siti satu tahun harus ada dua album. Namun kali ini lari dari kebiasaan konsep album yang lebih mengarah ke nuansa kontemorari nasyid dan pop ketuhanan ini adalah album special beliau tahun ini. Ya memang special, seawal mendapat copy ini aku sangat kagum dan puas dengan keindahan cover dan layout yang dibikin Rauna Judd. Karya Rauna Judd bukan sesuatu yang aku skeptikal dari dulu beliau sering hadir dengan konsep-konsep fotografi yang menarik. Antara yang paling menarik adalah Sawo Matang (Noraniza Idris) dan Lantera Timur (Siti). So congrats Rauna Judd a.k.a Anuar Sujud.

Album ini dibuka dengan sangat indah track Asma Ul Husna, dengarkan intro string yang sangat deep esp. sound cello yang buat bulu roma aku meremang. Teringat ost filem2 seperti Red Biolin dan Biola Tak Berdawai. Kemudian masuk kuasa sebenar lagu ini, apa lagi kalau bukan vokal hebat Siti. Dengarkan juga tiupan flute Mohar dipertengahan lagu ini, sangat haunting! Track begini bagi aku sangat kaya dengan bunyi-bunyian mewah yang sememangnya dituntut untuk kita betul-betul feel lirik lagu ini. Syabas untuk semua yang terlibat dalam lagu ini terutama susunan indah Edrie Hashim.

Pintu Rindu bagi aku terlalu mellow, macam lagu raya pun ada kalau dengar intronya. Not really my favourite but again its not easy to stop dengar lunak suara Siti. Tahajjud Cinta (Erma Fatima / Hairul Anwar Harun) track kontemorari antara nasyid dan pop. Bagi aku sekadar biasa untuk didengar lebih menarik melihat Siti menyanyi live untuk lagu begini.

Batas-ku Asa-ku (Siti / Attan Hardilas) lebih menarik bagi aku. Susunan string dalam lagu ini memang hebat make sure anda punya stereo yang baik untuk benar-benar menangkap sound-sound string hebat dariada Tya Subiakto Orchestra ini. Lagu ini disambung bagai continously dengan track Ku Percaya Ada Cinta (Audi Mok/Habsah Hassan). OMG! aku ulang dengar lagu ini lebih sepuluh kali untuk sehari ini. Melodi Audi ada magical tersendiri, i do love this as much as i love oh my (nikki) ini antara karya terbaik Audi dan apa yang lebih menarik tentang lagu ini adalah kerana lirik istimewa Habsah Hassan.

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri

Mana bumbung langit tinggi

Mana lantai bumi


Brilliant! Penulisan lirik Habsah Hassan sangat menarik susunan kata dan penceritaan yang baik sangat membantu lagu ini berada di kelasnya yang tersendiri. 5 bintang untuk track hebat ini. Kemudian ada track Ketika Cinta (Opick) masih ada pengaruh Dealova dalam melodi Opick ini, namun sebagaimana aku enjoy Dealova macam tu jugaklah aku enjoy dengar Ketika Cinta dan kali ini lebih istimewa dengan kemerduan suara Siti yang sangat mengancam.

Album ini ditutup indah dengan Selawat. Blend vocal Siti dan Salleh (Brothers) memberi justice yang baik terhadap penutup album ini.

Overall album ini adalah produk serius daripada Siti, adalah kurang adil untuk bandingkan album ini dengan album sebelum Siti, album ini berada pada satu tahap kematangan yang luar biasa, aku sendiri tidak menyangka pada awalnya album ini akan sebagus ini. Setiap lagu disusun dengan baik.

Album ini dibuka dengan zikir indah nama-nama Allah kemudian Siti membawa kita kepada cerita-cerita indah dalam lagu malah penyampaian terbaik beliau. dan ditutup denagn baik nyanyian Selawat. Album ini harus dihayati lebih daripada melodi semata kerana lirik dalam album ini memain peranan yang kuat untuk kita benar-benar faham Tahajjud Cinta. Ya naskah ini adalah naskah yang serius, syabas kepada Siti, maestro muzik Eddie Marzuki, Tya Subiakto dan Audi Mok yang berjaya buat aku betul-betul kagum dengan hasil Tahajjud Cinta.

p/s: fuhhh..

Comments

  1. karl pun dh miliki album ini... hadiah dr seseorang...

    well, my fav track "Pintu Rindu", "Ketika Cinta" & "Ku Percaya Ada Cinta"..

    well, sbnarnya if nk layan , mmg layan sgt2 album ini..

    however,

    pada track "Asmaul Husna" & "Selawat" agak kurang berjaya tajwidnya mungkin... kurang rasa barangkali... jika Tok Ti lebih tekankan.. (i dunno apa termnya.. nahu?") mungkin lebih baik.. spt yg dilakukan Ust Asri sbgai contoh...

    "Ku Percaya Ada Cinta" mengalami bbrapa transisi. Menarik dan tidak menarik. Namun, chorusnya membuatkan Karl trus terpana. 10 kali ulang? tmbah lagi 5 kali sbb chorus sgt2 catchy! groove me! haha...

    well, album ini akan memungkinkan To Ti mendapat award Album Nasyid Terbaik & Vokal Terbaik...

    tp, adakah membuat album semata2 utk medapat pengiktirafan...

    byk jugak album2 dan karya2 yg hebat yg tercicir kan?haha

    apa2pun, sebuah album yg hebat dr Tok Ti.. muziknya indah & kedengaran mahal... huhu.

    ---sori if poyo sket

    ReplyDelete
  2. muziknya indah & kedengaran mahal...
    setuju!

    xla xpoyo. semua org boleh berkata apa pn apa yg dirsa, free country mahhh..

    siti buat album apa pn akn ada award utk dia, so lupakn pasal tu haha..

    ReplyDelete
  3. Photo yg diambil pada album siti amak cocok sekali dengan konsep album. Malah sy pernah lihat foto edited sebegini karya meero (http://www.geocities.com/ameerotaro/studio10.htm) di internet. Mungkinkah siti 'mencuri' idea dari hasil cemerlang tangan meero? :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se