Skip to main content

Jaclyn Victor III



Jaclyn Victor - III
Producer: Aubrey Suwito, Anjang, Gigie, Nai Kong, Sharon Paul & Syed Nitrus
Genre: Pop
Verdict: 2.5 / 5

Jac kembali dengan album terbaru beliau setelah hampir 2 tahun tanpa sebarang album baru.Album yang memuatkan 8 track ini diterbitkan oleh nama-nama fresh dalam industri, Gigie (6ixth sense) Syed (Nitrus) Anjang (Jinbara) selain senior-senior dalam industri seperti Aubrey Suwito, Sharon Paul dan Nai Kong. Apa yang menarik 3 daripada 8 track dalam album ini diterbit kan oleh Gigie dan 2 lagi Anjang dan Syed, which is something agak buat aku shock, sebab nama Gigie, Syed dan Anjang bukan lah antara nama favourite dalam penghasilahan album penyanyi bertaraf pop star seperti Jac (nama lain, Dato` Siti dan Misha Omar). Tapi aku tidak prejudis terhadap isu ini. Ini adalah sesuatu yang harus dipandang postif, when pop star meet rock star dan inilah hasilnya Jaclyn Victor III.

Kita mulakan dengan memberi rating album ini dengan 5 bintang dan mari kita sama-sama lihat adakah album ini akan kekal 5 bintang di penghujung review ini.

Album ini dibuka dengan track Koleksi Gemilang yang memuatkan lebih 20 buah lagu-lagu pop tempatan yang selama ini menjadi tunjang kepada industri muzik tempatan. Bagi aku ini antara adalah sesuatu yang berani. Susunan muzik dalam lagu ini ada naik dan turun kadang-kadang terasa seperti anti-klimaks namun masih relevan. Lagu ini dimulakan dan diakhiri denga track Gospel Blues, Gemilang. Ada beberapa part yang betul-betul aku suka antaranya ketika gabungan lagu

.Bukan Cinta Biasa - Rahsia Pohon Cemara - Janji Manismu - Suratan Atau Kebetulan - Isabella
.Suci Dalam Debu - Warisan Wanita Terakhir
.Sejati - Disana Menanti Disini Menunggu - Kekasih Awal Dan Akhir

Bagi aku susunan yang dilakukan ole Naikong not bad at all even macam aku cakap awal tadi ada part yang anti-klimaks dan tiba-tiba, itu masih boleh dimaafkan. Aku rasa Nai Kong sudah menempah nama untuk selesa berada dalam top 5 susunan muzik terbaik untuk AIM next year. Dan apa yang pasti, Jac juga bakal menang banyak award untuk track ini. At this poin album ini masih lagi 5 bintang.

Track kedua, Jatuh Cinta hasil ciptaan Panji dan diterbitkan oleh Gigie. Track dengan nuansa pop rock ini bagi aku fun dan seronok didengar, dan dengarkan screaming Jac pada bait "...Dia Spectacular!" beautiful dan undercontrol. Track ini sangat fresh ada mood band2 sket la.

Diikuti first single dalam album ini Bertamu Dikalbu (Anjang). Terus terang on the very first time dengar lagu ini aku ingat lagu ini adalah lagu saduran daripada 80`s or 90`s song. Meleleh abes. But the fact that beautiful voice milik Jac buat aku melayang jauh. Track ini bagi aku tidak begitu sihat untuk industri sebab ia akan lebih membuatkan muzik melayu terus jadi statik dan stagnant tanpa bergerak kemana-mana namun atas kekuatan yang diberikan jac melebihi daripada tuntutan lagu ini, album ini masih 5 bintang pada saat ini.

Track seterusnya Senandung Beradu ciptaan maestro pop Malaysia Mr.Aubrey Suwito membawa kita sekali lagi melayang dengan vokal indah Jac. Lagu ini punya melodi yang baik namun bukan yang terbaik untuk penyanyi seperti Jac. At this poit buat aku fikir, adakah lagu yang baik akan jadi lebih baik dengan penyanyi yang baik atau lagu yang biasa akan jadi lebih baik dengan penyanyi yang baik (Rujuk Bertamu Dikablu). So perkara ini buat aku fikir which one is better? Pada detik ini aku masih berbaik hati dan kekalkan 5 bintang untuk album ini.

This is the real judgement point. Track Ku Tak Bisa, Ku Ingin Mu dan Biarlah. Bagi aku tiga track ini betul-betul membunuh album ini. Aku tak nampak ada perbezaan antara 3 track ini ketiga2nya berpaksi kepada melodi ballad yang berada pada level yang sama.

Perupamaan-nya begini kita dihidangkan dengan kuih lepat pisang, lepat labu dan tepung bungkus. Bukankah rasanya lebih kurang instead of kita dihidangkan kuih Tepung Bungkus, Pulut Panggang dan Badak Berendam. Apa yang aku cuba maksudkan disini kelima2 tersebut adalah kuih tapi kalau kuih di set kedua itu bukankan-kah lebih variasi dari segi rasa-nya. Same goes with ballad, kita ada banyak jenis ballad tapi untuk meletakkan 3 ballad yang punya 'rasa' yang sama pararelly pada satu album yang sama, buat aku rasa jemu dan statik.

Dalam 3 track ini bagi aku Track Ku Ingin Mu (Sharon Paul / Sulu Sarawak) ada sedikit suntikan istimewa dalam susunan muzik namun dibunuh habis oleh lirik yang super-cliche hasil nukilan Sulu Sarawak (rujuk: Izinkan Ku Pergi - kaer) "...Setiap langkahku , berdua menyemai kasih dikalbu, dengar kasih ku dengan mu tiada berdusta..." Super- Cliche! Bagi lirik sangat memian peranan buat kita betul-betul boleh hayati sesebuah lagu. All those word yang semacam Janji, Menyemai Cinta, Tiada Dusta etc. sudah patut pupus dalam gaya penulisan lirik lagu tempatan (rujuk: penulisan lirik dalam album Hawa-Nikki hasil tulisan Ad Samad yang sangat kreatif dan berisi). Jadi disini dengan berat hati aku terpaksa minus 2 1/2 bintang. 2 bintang ditolak untuk 1 'rasa' yang sama dalam 3 hidangan dan 1/2 bintang lagi ditolak untuk lirik yang tiada kemajuan.

Album ini ditutup dengan track pop dengan mood jazzanova, Tentang-mu karya Faiz Azizi dan Adi daripada 6ixth Sense. This track actually sekadar biasa bagi aku. Antara track yang boleh diulang dengar tanpa masalah. Lagipun track ini antara other side of vokal Jac yang lebih relax.

Album ini menginagtkan kata-kata Audi Mok, "Dont have to better just be different". Rujuk kepada track 80`s Bertamu Dikalbu aku rasa lagu ini masih boleh dimaafkan kerana lagu ini adalah 'Different' dalam album ini. Dan yang pastinya track Koleksi Gemilang adalah killer kepada album ini, tanpa lagu tersebut album ini hanya ada Bertamu Dikalbu dan kelantangan vokal Jac semata. So formula when pop star meets rock star dalam album ini agak tak menjadi, sebab rock star dalam album ini sangat mencuba untuk jadi pop star seperti Jac. Seharusnya identiti dan kreadibiliti mereka sebagai penulis harus dikekalkan.

Overall album ini bermula dengan sangat baik diawalnya namun dibunuh habis dengan 3 track yang aku sebutkan tadi. Daripada 5 bintang yang aku berikan pada awal review, dan setelah di-minus 2.5 bintang dengan berat hati, album ini hanya layak mendapat 2.5 bintang.


Comments

  1. alamak review yang maha panjang..

    ReplyDelete
  2. well-organized of thoughts

    huhu

    have to agree with u psl track 5-7

    mmg cm 90's punya lagu2 n cm penah dgr je.. well, karl x begitu details pd tiap2 lagu, as long as menghiburkan n layan, to me, it's more than enuf..

    koleksi gemilang tu - kdg2 rasa bingit jugak. Agak kecewa apabila lagu Madah Berhelah hanya diambil pd verse terakhir - if chorus lg baik.

    Bertamu di Kalbu sgt sedap - tp well i've to agree dat lagu ni ada unsur2 rock kapak - rock jiwang gak kan.. maybe..i luv d last track "Tentangmu" walaupun chorusnya ada bau2 lagu Tanpa 6ixth Sense

    but, i still believe album jac ni menang besar. Berdosa ke i if i ckp album ni akan menang besar kerana jac artis media prima dan AIM...... hmm.. haha

    huhu.. juz my POV la

    ReplyDelete
  3. oh xberdosa, album mcm ni mmg material AIM, so kita tunggu jelah berapa banyak nominasi jac boleh dapt.

    Album ini selamat kerana vocal jac, cuba bayangkan ini album syura, siti nordiana atau suki? xkan ada orang peduli.

    ReplyDelete
  4. wah mentang2 mentang la bulan puasa.... siap ada perbandingan dengan kuih. likes!

    ReplyDelete
  5. hehehe.. kebetulan tgh mkn smbl review ni haha..

    ReplyDelete
  6. ak dh beli lagi album nie.tapi track awal ak dah dengar memng super beb! tapi yang track seterusnye..memang biase jelah..apapun ur vocal..super power! pasti AIM u leh rampas balik best vocal kat ct..tp ct pown boleh tahan gak ngan album ketuhanan dia tuh...peninglah..korang kongsi jelah trofi...hehehe

    ReplyDelete
  7. Hello dan salam, saya penulis lirik untuk lagu KU INGIN MU ; saya terima teguran dan kritikan saudara, terima kasih :)

    Namun, nak dijelaskan, lagu ku ingin mu itu sudah lama ditulis, bertahun-tahun sebelum pihak jac ambil lagu tu, jd saya menulis mengikut era pd saya menerima lagu itu, alih-alih, selang beberapa tahun kemudian, lagu tu pula jac rakam kan tanpa saya berpeluang untuk betul kan mengikut era zaman jac :) but then, thanks untuk teguran itu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se