Meneliti pasaran muzik lokal dalam genre Pop dan R&B, pengaruh muzik R&B kita banyak dipengaruhi mod muzik Indonesia. Rencah melodi masih disulam dengan feel Melayu. Citarasa lokal yang tidak pernah akan lekang biar setebal mana nuansa R&B yang cuba diketengahkan mana-mana penyanyi tempatan sekali pun. Muzik R&B tempatan sebetulnya digerakkan lebih luas ketika era 80-an di mana produser-produser muzik seperti Michael Verrapan, Mazlan Hamzah, Azman Abu Hassan, Johan Nawawi, Susan Goh, Fauzi Marzuki dan Adnan Abu Hassan menggerakkan muzik ini. Penyanyi seperti Famieza menerusi album Getaran telah mecipta satu nuansa R&B yang cukup baik sekali. Selain Francisca Peters yang hadir dengan debut Komputer Muzik (1984) produksi kemas Michael Veerrapan. Lagu-lagu dalam Komputer Muzik seperti Dia, Malam Sunyi, Keyakinan Diri dan Oh Cahaya memiliki chord muzik yang banyak dipengaruhi Lionel Richie, Phillip bailey dan Stevie Wonder ketika itu. Begitu juga Fai...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara