Skip to main content

#RetrospektifMuzik 10 Album Ini Berusia Sedekad Tahun Ini Dan Masih Menjadi Antara Produksi Pop Terbaik Tempatan

Tidak salah jika saya katakan di sini 2007 adalah tahun Faizal Tahir. Selepas tamatnya program One In A Million namanya mula memanjat carta muzik semasa tanpa mengambil masa yang panjang. Semuanya bermula single Mahakarya Cinta dan selepas itu satu per satu sejarah dicipta.

Debut Faizal berjudul Aku.Muzik.Kamu tampil dengan beberapa single evergreen seperti Sampai Syurga, Coba dan Gemuruh yang sehingga hari ini masih menjadi antara naskhah penting perjalanan karier Faizal juga penerbitnya ketika itu Audi Mok dan Aubrey Suwito.

Dan sebenarnya tidak salah juga jika saya katakan 2007 adalah tahun cemerlang dan laku keras untuk komposer Audi Mok. Selain terlibat dengan penerbitan album FT dia juga antara yang mengemudi album Liza Hanim (Imagin), Dayang Nurfaizah (2007), Farah Asyikin, Kaer (Menjelma) dan Siti Nurhaliza dengan single Ku Mahu daripada album Hadiah Daripada Hati.

Berbicara tentang 10 tahun lalu, muzik Malaysia sebetulnya tidak terlalu banyak berubah. Audi Mok masih dengan formula serupa hari ini. Cuma saya bangga melihat Faizal Tahir evolve sebagai pemuzik yang bijak menyeimbangkan elemen komersil dengan nilai artistik dengan cukup bagus sekali menerusi syarikat rakamannya Faithful Music.   

Berikut 10 Album Terbaik Sepanjang 2007

ATILIA – SANGKAR
Produser: Roslan Aziz / Jason Voo

Antara produksi album Pop paling solid dalam sejarah. Roslan Aziz mengemudi Sangkar dengan ketelitian muzik yang cuku hebat sekali. Sangkar lengkap sebagai sebuah album yang kedengaran cukup mewah daripada segala aspek.

ANUAR ZAIN
Produser: Irwan Simanjuntak / Jenny Chin / Andi Rianto / Numata / DJ Sumantri

Penghijrahan Anuar Zain yang menggunakan khidmat pemuzik seberang membawa pembaharuan yang agak drastik sebetulnya. Muzik Anuar menjadi semakin ‘berat’ dan sarat dengan penataan seni muzik yang jauh meninggalkan lagu-lagu Pop semasa ketika itu. Ini antara album terbaik yang pernah dia hasilkan.

FAIZAL TAHIR – AKU.MUZIK.KAMU
Produser: Audi Mok / Aubrey Suwito / Ahmad Izham Omar / Kuncidemak

Album memberikan trofi album terbaik buat Faizal Tahir dan seterusnya dengan album Adrenalin pada tahun berikutnya. Album ini lengkap sebagai sebuah album yang cukup tinggi nilai komersil untuk sangat berjaya di pasaran semasa dengan kualiti yang bukan biasa-biasa.

SITI NURHALIZA – HADIAH DARIPADA HATI
Produser: Audi Mok / Aubrey Suwito / Jenny Chin / Greg Henderson / Sharon Paul / Azlan Abu Hassan

Sekian Lama is the best songs Siti ever record! That’s for my record at least. Lagu ini cukup indah sekali penciptaan melodinya. Bait-bait teks penulisan dilantun sempurna oleh Siti. Dan jujurnya album ini antara album Siti yang paling relax sekali.

KAER AZAMI – MENJELMA
Produser: Audi Mok / Azlan Abu Hassan / Mohariz Yaacob / Omar K

Antara album Pop R&B yang cukup bagus yang pernah dihasilkan. Semua pengisian dalam album ini memberi justice pada vokal merdu Kaer. Dan tentu sahaja puitis melodi malar segar dalam Izinkan Ku Pergi masih lagi antara lagu terbaik yang pernah kita ada.

HAZAMI – NYATA
Produser: Hazami / Mokhtaza

Ini album terbaik Hazami. Biarpun album ini hanya ada satu hits iaitu Kiblatku (Azlan Abu Hassan) namun keseluruhan album ini cukup hebat sekali penghasilannya. All the upbeat songs dalam album ini menaikkan lagi kredibiliti Hazami sebagai penyanyi dan pemuzik yang berkelas.

LIZA HANIM – IMAGIN
Produser: Liza Hanim / Audi Mok / Sharon Paul / Hazami

Fasa post Suria Records. Liza mencorakkan album ini dengan citarasa peribadinya. Jujur saya katakan album ini jauh meninggalkan sisi Balada ketika dia bersama SRC. Album ini kedengaran lebih moden, terkini dan Pop yang bergerak atas landasan yang lebih cantik kemasan muziknya. Semilir antara lagu yang saya kira patut dirilis kembali.

ELYANA – JADI DIRIKU
Produser: Aidit Alfian

Tak salah jika saya sifatkan album ini sebagai killer album. Kau Atau Aku, Kalis Rindu, Molek dan Kujadi Teman antara lagu yang pernah hits di corong radio. Elyana di bawah kemudi Aidit berjaya mencipta satu corak muzik yang cukup sesuai dengannya. Album ini masih lagi antara yang saya putarkan sehingga hari ini.

FARAH ASYIKIN
Produser: Audi Mok

Percubaan yang cukup baik dan sempurna. Farah Asyikin menerusi debut ini ibarat jelmaan Kelly Clarkson. Lagu-lagu dalam album ini cukup energetik. Pop yang disulam dengan feel alternative, R&B dan seangkatan dengannya menciptakan sesuatu yang cukup segar untuk pasaran ketika itu.

ESTRELLA
Produser: Jeremy little


Akustik, Indie dengan suara merdu dan lembut Liyana Fizi diberi justifikasi yang cukup baik sekali. Saya sukakan segala jenis kesegaran dan kelembutan muzik yang ada menerusi album ini. Biar Estrella tidak lagi menyatu sebagai sebuah kugiran, mereka telah tinggalkan sebuah album dengan citarasa cukup tinggi buat peminat muzik tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...