Skip to main content

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Balada)

Dua tahun kebelakangan ini menjadi tahun penting Balada dalam mendominasi kembali carta radio. Kitaran muzik selepas trend Pop YouTube (Najwa Latiff, Tasha Manshahar), indie dan hip-hop yang agak perlahan sambutannya tahun ini.

Nama-nama besar seperti Dayang Nurfaizah kembali kepada apa yang peminat mahukan iaitu Balada dan melupakan seketika segala beat beat rancak Dayang Sayang Kamu dan Inginku Miliki. Nama Mike Chan, Ezra Kong, Omar K, Haqiem Rusli dan Hael antara komposer yang paling aktif tahun ini mencipta hit semasa.

Kebangkitan semula Siti Nordiana semakin diterima cukup meluas. Tahun ini sahaja Nana berjaya rilis dua single dengan jayanya – Terus Mencintai (Siti Nordiana) dan duet bersama Jaclyn Victor (Hael, Mike Chan, Ezra Kong) melalui lagu Nisan Cinta. Pertaruhan Dato Siti menerusi Segala Perasaan (Ivan Lahardika) antara yang paling merdu.

Ajai antara senior yang masih aktif dalam mencipta lagu-lagu hit semasa. Separuh Matiku Bercinta (Dayang Nurfaizah) dan Akhirnya Cinta (Salma) dua lagu yang cukup cemerlang penciptaannya. Bakat baru seperti Haqiem Rusli, Ismail Izzani dan Hael antara yang paling cemerlang mendapat perhatian. Dan mungkin juga Wany Hasrita juga Tajul. (Saya tidak berminat dengan Floor 88)

Bernanah juga telinga saya seminggu dua Ini mendengar dan mencari balada yang baik. Daripada feel hebat Salma dalam Akhirnya Cinta sehingga balada paling worst Pertama Kali (Shaa). Berikut 10 Lagu Balada Terbaik Penghujung 2016 sehingga 2017

TERUS MENCINTAI / SITI NORDIANA
Komposer & Penulis Lirik: Nana Alias

This is how you do Leman songs. Dalam syahdu, merintih dan sayunya masih ada merdu yang menyentuh. Nana bijak dalam kraf yang dirasakan baik buatnya dan peminat khususnya sebab jika dia terus bikin lagu macam Pesanan Teragung (personally saya lebih suka lagu ini) dia tidak bergerak atas landasan muziknya. Terus Mencintai bukan naskhah yang asli tetapi jiwa sebenar Nana begitu dirasai.

ANDAINYA TAKDIR / ANUAR ZAIN
Komposer & Penulis Lirik: Helen Yap & Habsah Hassan

Lagu ini beredar sekitar penghujung tahun 2016 dan sehingga Oktober hari ini saya menulis sambil mendengar lagu ini, saya masih lagi meremang, sedih dan sayu dengan balada ciptaan Helen Yap ini. Anuar Zain bijak dalam mencari formula Balada yang cukup indah penciptaannya dan ya, lirik paling puitis Habsah Hassan “Diriku air tenang mengalir, tuju muara…” itu masih buat saya goosebumps setiap kali mendengarnya. This is the most beautiful ballad this year!

AKHIRNYA CINTA / SALMA
Komposer & Penulis Lirik: Ajai & Slen

Ajai is the master of Ballad. Dia selalu punya satu formula yang baik mencipta melodi yang tepat dengan ability penyanyi yang menyampaikan lagu hasil tulisannya. Salma saya kira vokalis yang tahu bagaimana  mahu bercerita dalam nyanyiannya. Saya benar-benar merasi dan terbuai dengan lagu ini. Feel Salma saya bagi kredit teratas melebihi feel Dayang dalam SMKB.

TERGANTUNG SEPI / HAQIEM RUSLI
Komposer & Penulis Lirik: Goufran & Ibnu

Saya tak tahu mana datangnya Goufran dan Ibnu ini. Tetapi so far lagu-lagu ciptaan mereka agak dasyat juga penghasilan melodinya. Bagi saya duo ini faham apa yang pendengar lokal suka dan mahu. Memang agak mendayu (sangat mendayunya sebenarnya) tapi saya kira ini sudah sebati dan umpama paten muzik yang cukup sinonim dengan orang kita. Dan budak bernama Haqiem Rusli yang saya kenal masa kena buat lirik di aplikasi JOOX untuk single Segalanya ini punya masa depan yang cerah juga panjang hayatnya (kalau tak poyo).

SEGALA PERASAAN / SITI NURHALIZA
Komposer & Penulis Lirik: Ivan Lahardika

SimetriSiti sucks but this song is everything. Sepertimana judulnya, Segala Perasaan seperti itu jugalah tafsiran buat balada hebat ini. Saya benar-benar puas mendengar betapa merdunya nyanyian Siti menerusi lagu ini.

SEPARUH MATIKU BERCINTA / DAYANG NURFAIZAH
Komposer & Penulis Lirik: Ajai

Ajai mencorak SMKB dengan acuan balada era 2000. Tak ramai yang mampu menghasilkan melodi sebegini dan magis ini hanya ada pada Ajai. Lagu ini bukanlah terlalu bagus atau asli tetapi ia sebuah naskhah yang sarat dengan feel. Dari melodi, lirik dan vokal Dayang sendiri.

AKU CINTA / SYAMEL & ERNIE ZAKRI
Komposer & Penulis Lirik: Syamel

Penstrukturan komposisi dalam melodi Syamel sebetulnya banyak pengaruh 90-an. Aku Cinta dilengkapkan dengan kuasa vokal luar biasa Syamel dan Ernie yang menyatu cukup sempurna. Jika disuruh pilih duet terbaik tahun ini saya akan pilih duo ini. Dan saya kira if they do another duet songs pun bagus!

TERBUANG DALAM PELUKAN / BOB
Komposer & Penulis Lirik: Hafiz Hamidun / Bob

Sebahagian daripada lagu ini sebenarnya ada feel lagu-lagu james bond. Cuba dengar muzik di bahagian korus. Selebihnya, kehebatan lagu ini ada kerana vokal Bob yang begitu flawless sekali. Lagu ini tepat untuk meneruskan kelangsungan karier Bob di masa akan datang. Cuma perlu berlegar di radio secara berterusan sahaja untuk mengekalkan momentumnya. Tahniah Bob.

MENUNGGU BAYANGMU / ALYAH
Komposer & Penulis Lirik: Manusia Putih & Alyah

Lagu ini sebetulnya lengkap sebagai sebuah balada yang cukup baik meneruskan populariti Kisah Hati, dan Sesal Separuh Nyawa namun lagu ini kurang mendapat perhatian. Kenapa? Kerana formula berulang yang digunakan Alyah buat lagu ini sekadar sama serupa dengan lagu hitsnya yang lain. Namun saya tidak menidakkan struktur lagu ini cukup baik susunan muziknya.

MENANG / FAIZAL TAHIR
Komposer & Penulis Lirik: The Faithmen


Faizal Tahir bijak dalam mencari formula menerbitkan melodi yang sedap didengar dengan lirik yang menyempurnakan melodi ciptaannya itu. Menang yang dipetik daripada album Anatomi ini antara yang paling cemerlang pengolahan dalam penciptaan melodinya. Versi akustiknya juga not bad at all!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se