Skip to main content

Music Influence Vol.5: SADE



it`s kinda hard untuk berkata tidak setiap kali Smooth Operator mahupun And I Miss You keluar radio. Pastinya radio akan dikuatkan especially bila Smooth Operator. Aku tak pasti sama ada Sade punya pengikut yang besar di sini tapi tu tak penting sebab band British ini sentiasa beri feel good music dan buat aku melayang setiap kali mendengar lagu mereka. Is It A Crime dari album Promise adalah reason mengapa aku jatuh cinta dengan sound Jazz, ia benar2 buat aku move dan rasa yes this is music dengan kualiti rakaman yang baik sound jazz bagi aku adalah raja dalam muzik. Soldier of Love merupakan karya terbaru mereka dalam masa sepuluh tahun ini sejak yang terakhir Lovers Rock pada tahun 2000. Berikut adalah 3 all time favourite album dari Sade yang menjadi pilihan aku:




Soldier Of Love (2010)

Album ini masih lagi dalam cd player dalam bilik aku sejak aku beli seminggu lepas. Seawal track pertama Sade sudah mula buat melayang dengan track The Moon and The Sky, sangat haunting! dan track raggae dalam Babyfather antara nyawa album ini, selain Soldier of Love, Long Hard Road dan Morning Bird. Mood rnb jazz raggae dan country folk dalam album ini buat aku fikir album ini adalam pembukaan tahun 2010 yang amat baik.




Lovers Live (2002)

Aku hanya ada kaset sahaja, agak susah untuk cari cd album ini dalam masa sekarang. Memuatkan track2 hebat mereka, The Sweetest Taboo, Smooth Operator, Jezebele, No Ordinary Love dan all time favourite aku Is Is A Crime yang jadi penutup album ini. Pstikan anda memiliki stereo yang baik untuk benar2 puas dengan sound Sade fantastik!




Promise (1985)

Album ini dikeluarkan pada tahun 1985 tahun dimana aku dilahirkan dan aku dapat copy cd ni dari satu kedai cd di shah alam tahun lepas dengan harga rm16.90 (berbaloi bukan? untuk kolesksi klasik ini) Ini adalah album kedua Sade dan pertama kali mendengar Is It A Crime yang durasi nya selama lebih 6 min betul2 buat aku kagum dengan sound jazz yang sentiasa boleh buat aku melayang dan move.

my favourite track:

Is It A Crime
Sweetest Taboo
The moon and The Sky
Babyfather
And I Miss You
Smooth Operator
By Your Side
Long Hard Road
Never As Good As First Time
Punch Drunk



Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...