Skip to main content

Music Influence Vol.4: BABYFACE



First debut Babyface, Lovers adalah pada 1986 which is umur aku baru setahun. And obviously pada umur begitu aku belum tahu pun lagu-lagu beliau. Aku start dengar lagu-lagu inggeris agak lewat memandangkan dibesarkan dalam keluarga melayu yang hanya dengar lagu melayu rujuk: Ella, Jamal dan Saleem yang menjadi favourite ayah aku. So masa umur aku 12 aku dah start dengar lagu inggeris itupun dek kerana bilik sepupu aku di Gombak penuh dengan cd-cd penyanyi Amerika ini. Dari situ setiap kali kerumah-nya aku pasti akan ke biliknya dan curi-curi dengar cd yang ada. Dalam koleksi antara yang banyak kelihatan adalah cd-cd Madonna dan Kenny G.

So dari situ aku belajar dengar lagu-lagu inggeris and one day aku ternampak cd Babyface - The Day (1996), first track Babyface adalah Everytime I close My Eyes ft. Mariah Carey & Kenny G buat aku rasa betapa sedapnya lagu orang putih ni rupanya. Dari situ aku pun explore semua cd yang ada di rak sang sepupu ini dan hasilnya ada beberapa album yang aku layan antaranya OST - Waiting To Exhale, Luther Vandross - Your Secret Love (1996), Mariah Carey - Rainbow, Boyz II Men - Evolution (1997) dan Kenny G - The Moment (1996). Tapi dalam banyak-banyak yang didengar, Babyface adalah favourite aku. So disini aku listkan antara album Babyface yang menjadi favourite aku.


The Day (1996)


Ini adalah killer album beliau, Track2 hebat seperti Everytime I close My Eyes (ft. Mariah Carey & Kenny G), How Come How Long (ft. Stevie Wonder) adalah antara alasan utama album ini hebat. Album ini mendapat 4 nominasi dalam Grammy 1997 termasuk album of the year namun tewas ditangan album Bob Dylan (Time Out Of Mind).


MTV Unplugged (1997)


Album ini menampilkan 11 track yang dirakam secara live unplugged yang mana turut memuatkan track2 daripada komposisi Babyface kepada artis lain seperti End Of Road (Boys II Men) dan Exhale (Whitney Houston) yang menjadi favourite aku dalam live album ini. Serta dengarkan trak 8 min The Day yang sangat deep and full of emotion daripada babyface. Album ini turut menyaksikan kehadiran penyanyi-penyanyi hebat seperti Eric Clapton (Talk To Me), Shanice (Breath Again), K-Ci & JoJo & Kevon Edmonds (I Care About You), Melvin Edmonds, Sheila E. & Stevie Wonder (How Come How Long & Gone Too Soon)


Grown & Sexy (2005)


This is the ultimate favourite album, track hebat seperti Drama, Love &`Lationship, Sorry For The Stupid Things dan pastinya soulfull ballad dalam The Loneliness buat aku rasa album ini antara karya terbaik Babyface selepas agak kecewa dengan hasil dari album Face2face (2001) beliau.



The Greatest Songbook Babyface (2003)


Some might say that this is not his greatest songbook, tapi bagi aku track2 seperti Someone To Love (Jon B), Can We Talk (Tevin Campbell), How Can I Not Love You (Joy Enriquez), Breath Again (Toni Braxton) dan beberapa lagi sudah cukup bagi justifikasi untuk aku layan album ini.

Ada few album2 terawal beliau aku masih belum dengar sepenuhnya especially Lovers, Tender Love dan A Closer Look. Hanya sekadar mendengar few track yang menjadi hits. Hopefully akan dapat copy ketiga-tiga album beliau ini.

Comments

  1. pijan, ko kena kasi credit la kat sepupu ko tu sbb die scr x lgsg introduce bbfc kat ko.

    aku pun minat kat mamat babyface ni, bermula dari lagu How Come How Long itu pun sbb ade featuring Stevie Wonder, yg aku mmg dah kenal melalui ayah aku yg minat kat steve wonder.

    dan aku ingat album ni kalah dulu sbb Bob dylan time tue kat the states tgh glamour dgn dylan ni, dan album die by hits compare to bbfc. dan bob dylan ni lah yg rasanya artis terakhir lelaki yg bawa lagu country dalam abad tu.

    ReplyDelete
  2. ya kena credit kt sepupu aku tu huhu.. thnks royer fr the add info :)

    ReplyDelete
  3. eh lupa, gler bes ayah kau layan stevie. nk bekenalah boleh haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...

#Karya Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan...