Skip to main content

#PerspektifMuzik Muzik Video - Peranan Visual Dalam Muzik

Seni pembikinan muzik sebetulnya tidak hanya terikat pada idea penciptaan lagu yang bagus, lirik yang puitis dan penyampaian vokal yang cemerlang. Jika difahamkan secara menyeluruh konteks pemasaran muzik, seni visual menerusi imej artis, visual promo (cover album contohnya) dan muzik video memainkan peranan penting.

Pada era 90-an kita memiliki kualiti muzik video yang cukup bagus sehingga ke era pertengahan 2000. Nama-nama seperti Virginia Kennedy (Awan Yang Terpiliu), Saw Teong Hin (Fanatik), Yusry Abd Halim (The Way We Jam) dan Zaili Sulan (Nanti - Innuendo) antara yang cukup dominan menghasilkan video muzik yang berkualiti tinggi.

Muzik video satu ketika dulu dilihat sebagai satu elemen penting dalam pemasaran sesebuah produk muzik. Sheila Majid, Ziana Zain dan KRU antara yang sentiasa konsisten dalam penghasilan muzik video yang bagus di era 90-an.

Bakat-bakat di bawah kendalian Positive Tone seperti OAG, Innuendo, Deanna Yusuf dan Liza Aziz antara yang cukup promising dalam menghasilkan video muzik yang baik. PT dikhabarkan mengeluarkan modal cukup tinggi untuk penghasilan MV Masa (Liza Aziz).

Camelia antara yang dominan dalam penghasilan MV yang cukup cantik. Terlanjur Sayang, Erti Kehidupan dan Duniaku contoh terbaik yang pernah dihasilkan. Apa pentingnya MV dalam karier seseorang artis? Jawapannya adalah penghasilan imej yang konstruktif dan berkelas.

Tate Mario Ghazi seorang lagi pengarah muzik video yang sentiasa cemerlang dalam karyanya. Dua muzik video yang cukup dominan adalah Semalam dan Ku Impikan Bintang persembahan Sean Ghazi. Kedua-dua MV ini mendapat nominasi di Anugerah Industri Muzik 2006 namun tewas dengan MV Pete Teo (Lost In America) arahan Jordan Suleiman.

Ning Baizura penyanyi yang memiliki profil MV yang baik sepanjang kariernya. MV Ke Sayup Bintang, Awan Yang Terpilu, Senang Tari, Kembali dan Selagi Ada Cinta. Begitu juga dengan Amy Mastura - Sha Na Na, Bintang Hati (dibikin di Jakarta) dan Kasih Suci antara yang memiliki kualiti yang baik.

Masih ingat grup duo Juliet The Orange? MV Eyelash lengkap sebagai hasil yang memiliki nilai arahan seni yang cukup tinggi. Begitu juga dengan Pete Teo menerusi MV Arms of Marianne dan Lost In America.

Reshmonu juga antara yang percaya pada kepentingan muzik video. Lihat sahaja penghasilann Kiranya Tiada Lagi, Like This, The Way We Dance dan Cintaku Pergi. Semuanya dibikin dalam skala penerbitan berkualiti tinggi. Penggayaan yang moden dengan arahan seni, penataan cahaya dan kerja kamera yang cukup membanggakan.

Faktor kos yang lebih rendah membawa Siti Nurhaliza (Percayalah, Seindah Biasa & Bukan Cinta Biasa) ke Jakarta merakam MV dengan kualiti yanglebih baik.

Langkah serupa sebetulnya sudah dimulakan Amy Mastura ketika merakam MV duet bersama Glenn menerusi lagu Dengarkanlah. Sheila Majid menerusi single Kerinduan, Begitulah Cinta dan Sinaran Cinta (single untuk runut bunyi filem Sinaran) juga mendapat khidmat pengarah pengarah dari Jakarta. Hasil dalam kualiti lebih baik dengan kos yang lebih rendah.

Muzik video hari ini sudah diganti dengan idea lirik video. Penerbitannya lebih mudah, kurang nilai artistik dan hanya perlu bermain dengan efek khas grafik. Tidak banyak lagu-lagu baru yang datang dengan muzik video yang bagus jika ada sekadar beberapa yang boleh saya sebutkan Katakan (Harris Baba), Terima Kasih Kaka Azraff , Nik Qistina (Young Heart), Ali Aiman (Cover You) dan MV terbaru Liyana Fizi (Sini).

Generasi baru di balik tabir seperti Adam Sinclair (Pulang Yuna & SonaOne) Zul Luèy dan Nadiah Hamzah memberi citarasa yang lebih baik dalam penghasilan MV artis-artis indie khususnya. Zul pernah membawa pulang trofi AIM menerusi MV Yuna berjudul Falling.

Nadiah mengarah MV Siti Nurhaliza Tarudin Official berjudul Menatap Dalam Mimpi selain Cover You (Ali Aiman). Semoga generasi muda ini dapat meneruskan apa yang pernah dilakukan Tate Mario, Virginia Kennedy, Henry Oi dan Yusry Abd Halim dalam menerbitkan lebih banyak MV yang berkualiti serta memberi justifikasi terbaik pada muzik yang dihasilkan.




Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se