Skip to main content

Posts

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Persembahan Vokal)

Vokal masih lagi menjadi instrumen penting untuk dinilai dalam muzik. Tahun ini sahaja senarai vokalis hebat daripada Siti, Dayang, Bob sehingga nama-nama baru seperti Syamel, Haqiem Rusli dan Ernie Zakri telah membuktikan sesuatu yang baik untuk dibanggakan. Saya paling tertarik dengan Ernie Zakri yang hampir pasti menempah tiket untuk terus dikenali sepanjang 2018 begitu juga dengan Hael Hussaini yang punya kelebihan tersendiri dalam corak penyampaian lagunya Jampi. Kembalinya Idayu dan Bob dengan single masing-masing menyemarakkan kebangkitan penyanyi yang berbakat besar. Cuma saya tidak faham kenapa sokongan yang diberikan pada mereka hanya dalam pertandingan sahaja. Naskhah Bob cukup solid namun single studio idayu berjudul Selamanya itu tidak fully justice. Perhaps dalam masa terdekat Idayu akan keluar another single. Rangkuman muzik 2017 diteruskan bagi kategori vokal dan berikut senarai pendek vokal terbaik sepanjang tahun pilihan Muzik Kita. Buat adik-adik yang...

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Indie)

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Indie) Gerakan muzik underground atau indie saya kira tidak akan berhenti selagi masih banyak darah muda yang berani meneruskan sesuatu yang menentang arus perdana sehingga mereka masuk ke arus perdana. Apa yang dimulakan oleh legenda underground sekitar hujung 90-an dahulu – Cromok, Butterfingers, Sven Collar T-Shirt, Hujan, Bunkface dan lainnya akan sentiasa akan diteruskan. Corak muzik bagaimana yang menjadi percaturan atau apa lagi revolusi yang mahu diperkenalkan itu cabaran sebenar mereka. Apa yang harus dilakukan anak-anak muda ini adalah untuk tidak mengalah dengan pasaran semasa. Pedulikan jauh tentang penerimaan radio – diorang tak nak main diorang punya hal. Apa yang pasti anak-anak muda ini akan sentiasa ada pengikut yang jujur menyokong dan faham akan visi yang dibawa. Tahun ini nama-nama seperti Masdo dan Orkes A Hizadin di bawah kendalian AG Coco menempa kejayaan cukup luar biasa. Begitu jua dengan Sekumpulan O...

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Rock)

Pasaran muzik Rock sedikit perlahan berbanding Balada 90-an yang begitu mendapat tempat di kalangan pendengar muda khususnya. Spider sempat mengeluarkan album penghujung 2016 berjudul Ankabut dengan single Hidupku namun bagai kurang saktinya, album tersebut sedikit terpinggir biarpun menurut saya lagu Hidupku cukup baik penciptaannya. Kita masih bertuah kerana legenda muzik seperti Search dan Ella tahun ini menghasilkan album yang saya kira sangat boleh dibanggakan. Peace, Love Rindu dan Katharsis bergerak atas esen muzik mereka dengan sentuhan terkini. Saya paling tertarik dengan cara Ella menjual idea muziknya supaya kedengaran current dan segar. Search masih kental dengan identiti muzik mereka dan di bawah kendalian M.Nasir, Katharsis nyata sebuah lagi album yang akan dikenang penggemar mereka. Monoloque tampil lebih nusantara dalam rock mereka. Kejutan manis mengakhiri tahun ini tentu sahaja kemunculan semula Seven Collar T-Shirt dengan single terbaru mereka yan...

#Showcase Noryn Aziz Rise Up at Bobo KL

Terakhir saya menonton Noryn Aziz secara live di Alexis, Ampang sekitar Jun 2010 bersempena pelancaran album I’m Alright (Baca di sini: https://muzikkitamy.blogspot.my/2010/06/noryn-aziz-im-alright-showcase.html ) dan saya kira itu yang terakhir persembahan terbuka Noryn yang paling intimate pernah saya tonton. Sebelum itu saya pernah menonton Noryn bersama Atilia di Alexis juga. Sejak itu, Noryn sudah menjadi favorite vocalist local yang kita ada. Selepas fasa I’m Alright, Noryn senyap entah di mana dan ke mana hilangnya sehinggalah perkhabaran perkahwinannya diwar-warkan secara meluas di media cetak khususnya. Dan sejujurnya, saya sudah putus harapan untuk mengharapkan Noryn kembali aktif. Biasalah bergelar penyanyi di Malaysia (wanita khususnya) fasa selepas perkahwinan akan membuatkan momentum kerjaya mereka sedikit perlahan. Hal ini terjadi pada nama-nama besar seperti Ziana, Liza Hanim dan Noryn sendiri. Dan hari ini selepas tujuh tahun persembahan I’m Alright di ...

#REVIEW Orkes A. Hizadin – Politik Impian, Cita-Cinta, Rezeki & Korupsi Dalam Persembahan Muzik Paling Telus Sepanjang Tahun

Pertama kali saya mendengar Orkes A. Hizadin ketika mengemudi meja local content di JOOX tahun lalu. Saya bisik pada diri sendiri, kalau tak ada radio yang nak main lagu Kejayaan dan buat mereka jadi nombor satu, biar saya yang buat! Jadi ceritanya dengan segala kuasa yang saya ada sebagai editor pengisian lokal ketika itu, saya naikkan banner dalam aplikasi, blast dekat WeChat dan saya masukkan Kejayaan dalam top 20 carta Hits Tempatan dan Hits Terbaru (Thank me later 😉 ) Saya juga sempat tulis artikel buat kugiran ini dalam aplikasi tersebut. Namun jodoh saya di JOOX tak lama dan saya tak mampu lagi mengekalkan Kejayaan dalam carta top 20. Ceritanya bukan apa, saya terlalu seronok melihat anak muda seperti Amiruddin Hizadin dan rakan-rakan pemuziknya yang dikemudi AG Coco menghasilkan sesuatu yang buat saya senyum mendengar lagu berjudul Kejayaan ini. Kenapa saya senyum? Let me ask you something, siapa yang boleh tulis lirik dengan segala nilai kemanusiaan, human...

#PerspektifMuzik Dipha Barus – Joki Cakram Paling Hangat Dari Kota Jakarta

Kitaran muzik Indonesia tidak pernah membosankan saya. Sebagai seorang yang membesar dengan mendengar Harvey Malaihollo, Katon Bagaskara, ME, AB3, Ruth Sahanaya sehingga munculnya Krisdayanti, Maliq n D’Essentials dan era kugiran Dewa 19, SO7 dan Padi – saya kira piramid muzik Indonesia sentiasa memberi keterujaan bagi saya. Tahun ini tahun besar untuk joki cakram (DJ) paling hangat Jakarta mencipta nama dalam skala yang cukup besar sekali. Nama Dipha Barus hari ini menjadi dambaan semua penyanyi yang mahu berkolaborasi bersamanya. Rakaman semula lagu saduran Aku Wanita oleh Bunga Citra Lestari antara yang paling popular tahun ini. Kolaborasi ini antara yang begitu menjadi sekali selain all-time favorite saya tahun ini Made In Jakarta kolaborasi Dipha bersama Adrian Khalif yang penuh groove namun masih terasa esen muzik Indonesianya. Saya mula mendengar nama Dipha ketika kolaborasinya bersama Andien dalam lagu Rindu Ini yang dimuatkan dalam album rakaman semula Let It...

#RetrospektifMuzik 20 Tahun Layar Lara: Penyatuan Estetika Seni Muzik & Filem

Filem Selubung (1992) arahan Shuhaimi Baba dengan lagu tema Suara Binasa dendangan Hattan menjadi antara all time fav soundtrack saya. Lagu tersebut benar-benar menggambarkan ilham keseluruhan di balik filem tersebut. Dan tidak salah jika saya katakan hampir kesemua filem-filem awal arahan Shuhaimi Baba antara yang memiliki esen runut bunyi yang cukup tepat menggambarkan jalinan cerita yang ditulis ke layar lebar. Contoh lain yang cukup tetap adalah lagu Indah Kassorga dalam dua versi Hattan dan Susan Lankester – benar-benar beri mood yang cukup baik untuk filem Ringgit Kassorga. Estetika seni muzik dan filem yang disatukan dengan tepat sekali. Dalam entri kali ini saya ingin membawa nostalgia kita dalam runut bunyi Layar Lara yang diterbitkan Maman (Teachers Pet) pada tahun 1997. Sepertimana solidnya filem tersebut sebagai naskhah layar lebar yang terbaik sehingga hari ini, saya kira begitu juga dengan runut bunyinya. Album ini saya kira diterbitkan dengan segala ...