Skip to main content

#REVIEW Orkes A. Hizadin – Politik Impian, Cita-Cinta, Rezeki & Korupsi Dalam Persembahan Muzik Paling Telus Sepanjang Tahun

Pertama kali saya mendengar Orkes A. Hizadin ketika mengemudi meja local content di JOOX tahun lalu. Saya bisik pada diri sendiri, kalau tak ada radio yang nak main lagu Kejayaan dan buat mereka jadi nombor satu, biar saya yang buat!

Jadi ceritanya dengan segala kuasa yang saya ada sebagai editor pengisian lokal ketika itu, saya naikkan banner dalam aplikasi, blast dekat WeChat dan saya masukkan Kejayaan dalam top 20 carta Hits Tempatan dan Hits Terbaru (Thank me later 😉) Saya juga sempat tulis artikel buat kugiran ini dalam aplikasi tersebut. Namun jodoh saya di JOOX tak lama dan saya tak mampu lagi mengekalkan Kejayaan dalam carta top 20.

Ceritanya bukan apa, saya terlalu seronok melihat anak muda seperti Amiruddin Hizadin dan rakan-rakan pemuziknya yang dikemudi AG Coco menghasilkan sesuatu yang buat saya senyum mendengar lagu berjudul Kejayaan ini.

Kenapa saya senyum?
Let me ask you something, siapa yang boleh tulis lirik dengan segala nilai kemanusiaan, humanisme dan spiritual dalam persembahan Pop yang tidak kedengaran pretentious atau terlalu mencuba (Baca: Fynn Jamal) seperti yang dipersembahkan dalam lagu Kejayaan?

Baca betul-betul bait di bawah ini:

Kejayaan itu bermula dengan Bismillah
Pastikan nawaitu ikhlas kerana Allah
Pertengahan itu tawakkaltu ala Allah
Pasti di penghujungnya InsyaAllah
Kejayaan kau kan temu

Kalau ini corak dakwah mereka untuk kita percaya pada takdir dan terbuka redha dengan apa yang ditulis ketentuan-Nya – saya kira Orkes dah berjaya buat setidaknya saya untuk fikir tentang semua tarbiah dalam bait cukup jujur dan telus dalam Kejayaan. Atau setidaknya menginspirasi anak-anak muda hari ini dengan cara paling cool sekali.

Dan segala jenis pendekatan ‘dakwah’ duniwai ini diteruskan dalam lagu Rezeki yang kali ini bercerita tentang rejection – penolakan dalam cinta. Dan sekali lagi, dengan segala bait-bait innocent kugiran ini buat saya senyum.

Seawal bait “Aku tak pernah jatuh cinta / Pada wanita seperti dia / Dipandang aku sebelah mata / Aku yang hina…”  - Monyet jumpa bunga rare niat nak petik tapi tak dapat. Haa macam tu cerita dia. Tapi bait itu bukanlah segala-galanya tentang cinta monyet si Amir ni.

Saya cukup tertarik bila soal jodoh – cinta ini dikaitkan dengan rezeki. Diteruskan pula dengan kata-kata “Jadi kuambil sedikit masa / Untuk buktikan aku juga mampu jadi manusia / hatiku yakin suatu masa / ku pasti berjaya / Rezeki ada di mana-mana / Rezeki-Nya pasti ada…”

Pendengaran saya seterusnya beralih pada lagu 2.6 Bintang yang sekali buat saya seronok sangat-sangat. Pertama kerana melodinya, kedua sebab arrangement AG dalam lagu ini dan yang ketiga sekali lagi sebab lirik lagu ini.

Ini adalah lagu paling sinikal yang pernah saya dengar sepanjang tahun. Mana datang budak Amir ni saya tak tahu dan saya tak kisah yang penting dia adalah anak muda paling halus dan berani dalam memberi kritikan sosial dalam naskhah Pop. Saya tidak pernah mendengar lagu ini sebelum mendapatkan album ini tetapi dan setelah meng-google segala isi cerita 2.6 Bintang saya hanya nak salam dan peluk terima kasih kalau Amir ni depan mata saya sekarang.

Mungkin takkanku ke Kuala Lumpur
Nak bayar tol minyak, aku menggelupur
Duit belanja cukup makanku waktu sahur

Mungkin hidupku kegelapan
Nak bayar bil elektrik, tak kemampuan
Tapi tak apa, tunggu duit BR1M dan bantuan

Mana hilangnya 2.6 bintang bintang
Yang sepatutnya menerangi mimpi ngeri dan suram kita
Mana hilangnya 2.6 bintang bintang
Aku tanyakan pak mentari tapi masih lagi berdiam

Mungkin yang sakit akan terus uzur
Nak bayar ubat pun terus tersungkur
Oh, tapi PA, katanya baik untuk kita

Mungkin harga barang akan turun
Ada GST semua orang untung
Tapi mengapa makin ramai yang bermurung



Lagu ini dan lagu Kejayaan adalah segala-gala yang anda perlu dengar sekarang (Kalau belum dengar). Tinggalkan Tergantung Sepi, Havana atau mana-mana pun lagu yang reach dekat Spotify atau Youtube yang berjuta-juta tu.

Album ini ditutup dengan hidden track tak berjudul yang sekali lagi cukup sini dalam penulisan bersifat kritikan sosial.

“Terkejar-kejar lari ke tempat kerja / Cari rezeki untuk sisa yang ada/ Tetapi yang makin kaya semakin kaya…”

Bakat seperti Orkes A. Hizadin ini saya kira jika datang pada masa yang salah mereka hanya akan disia-siakan sahaja. Jadi saya fikir ini memang masa yang paling tepat untuk mereka keluarkan debut ini. Saya tak pasti macam mana anda nak dengar album ini selain membeli secara terus daripada mereka kerana album ini belum lagi beredar di saluran digital.

Cuma saya berharap pihak Orkes dapat rilis album ini di platform digital bukan apa, saya kira muzik itu lebih indah kalau dapat dinikmati lebih ramai yang mendengar dan semoga segala kemudahan mendengar di hujung jari ini dapat membuat lebih ramai menikmati karya yang mereka usahakan ini dan insya-allah di penghujungnya Kejayaan kau kan temu!


Verdik: ★★★★

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se