Skip to main content

Adibah Noor - Teman

Album: Teman (Adibah Noor)
Producer: Adibah Noor, Azlan Abu Hassan, Hadi Hassan, Jenny Chin, Mohariz Yaakob, Sharon Paul
year: 2010
Verdict: 4/5

Finally setelah bertahun Adibah Noor kembali dengan produk kedua Teman, Dengan nuansa pop yang melatari album ini dengan sentuhan rnb dan jazz yang minimal. Yes seperti konsep album pertama tapi dengan sentuhan melodi yang lebih baik. Album ini masih dinominasi Azlan sebagai penerbit dalam kebanyakan lagu. Dan aku rasa pair Adibah dan Azlan adalah sesuatu yang aku sudah predict untuk album ini dan tiada apa yang salah dengan kolobrasi mereka berdua. Soul dalam melodi Azlan dan soul vokal Adibah adalah gabungan terbaik bagi melodi2 Azlan. Ya sesetengah berpendapat melodi Azlan sekali dengar kita boleh tau jenis ballad yang Azlan akan offer but the thing is tak semua penyanyi mampu carry jiwa yang benar-benar ada dalam melodi Azlan. Contoh, kita pernah dengar macam mana Ziana Zain (Dingin) Jay jay (Permaisuri) dan Ramlah Ram(Ketentuan) yang end up nya hanya jadi sebuah lgu pop biasa yang mana penyanyi nya cuba menjerit langsung hilang dan musnah soul dalam melodi Azlan. And that`s the challenge dalam melodi Azlan, belum tentu semua penyanyi dapt carry jiwa yang betul untuk menyempurnakan lagu ciptaan beliau. Namun dalam kes Adibah Noor aku rasa beliau adalah penyanyi terbaik untuk menterjermah keindahan melodi Azlan (dan Kaer bagi penyanyi lelaki)

Okay, back to Teman. Aku akan review track yang benar-benar mengesankan dan perlu sahaja. Kita start dengan track Bulan dan Mentariku (Azlan Abu Hassan/Habsah Hassan) yes this is ballad yang biasa kita dengar. Melodi lembut Azlan dengan susunan string dan piano yang lembut tiada masalah untuk kita layan lagu ini manakala Sesalju Impian (Azlan Abu Hassan/Ucu) lebih semangat, ada mood lagu Pengorbanan dari album pertama. Kau (Omar K/Kear/Nurfatimah) lebih groove. Mood rnb dalam lgu ini sangat kental, i do love this track and second time dengarlagu ini how i wish lagu ini Adibah collobrate dengan Dayang dan Sheila Majid pasti hasilnya sesuatu yang sangat-sangat hebat! Melodi lagu ini sangat fresh dengan groove yang pasti buat anda ingin move sambil mendengar lagu ini. Teman (Sharon Paul/Adibah Noor) juga groove ada mood jazz rnb yang sangat baik. Jarang dapat dengan melodi Sharon Paul yang begini. Susunan muzik dan vokal dalam lagu ini fantastik! towards the end of the song ia berakhir dengan sangat2 baik.

Terlalu Istimewa (acapella) amazing! Adibah sendiri yang membuat backing vocal untuk lagu ini dengan sangat sempurna. Aku bersalah sebab before aku dengar lagu ini my mind keep saying come on we dont need another version of Terlalu Istimewa, but it works more than what i think, seriously amazing! Sejujur Hatimu (Azlan Abu Hassan/Adibah Noor) is my favourite track, this is the song with the best lyric in this album. Nyanyian Adibah pada bait "bersungguh dirimu melamar hatiku" benar-benar buat aku tersentuh. Selalunya lirik-lirik dengan penceritaan yang baik begini akan datang hasil Habsah Hassan but Adibah buat aku benar-benar tersentuh dengan lirik beliau, sebagai mana judulnya Sejujur Hatimu sebegitu juga perasaan jujur yang aku dapat dalam lagu dan lirik yang bersatu dengan baik ini. This is the best track from Azlan untuk album ini dan penyampaian terbaik untuk Adibah.

Hembusan (JP Abdullah/Adibah Noor) agak experimental bagi aku. Pop begini susah masuk radio but Jenny did a very goob job on the arrangement teringat few track Sheila Majid dalam Album Ku Mohon. Haruskah Terpisah Akhirnya (Azlan Abu Hassan/Adibah Noor) sekali lagi untuk aku sebuah ballad yang baik namun disebabkan banyak ballad yang baik dalam album ini track ini sekadar biasa untuk aku. Ratapan Sepi (Hadi Hassan/J Looi) lebih menarik. Lagu ini ditujukan Khas buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Oh man i am almost cry by this track. Lagu ini bermula dengn perlahan solo vokal Adibah dan perlahan petikan piano melatari vokal Adibah. This is my favourite track after Sejujur Hatimu. Chorus lagu ini adalah killer lagu ini, sangat sayu saat Adibah melantunkan bait-bait

"Tuhan hanya pada Mu dapat kupohon,
hanya pada Mu dapat kupinta,
tak tertahan lagi kerinduan yang aku alami,
Tuhan tunjukkan ku cinta sejati
hentikan siksa yang menimpa
bawakan ia kembali"

Dan apa yang buat aku lebih sayu apabila mendengar lagu ini sambil membayangkan wajah-wajah Allahyarham Yasmin, semua yang relate secara langsung atau tidak pasti akan merasakan kejujuran dan kesayuan dalam penyampaian Adibah dalam lagu ini. Thumbs Up! Ada 4 lagi track dalam album ini which is Cahaya, Hujan, Siapa Dia dan Joget Tak Senang Hati yang bagi aku mengganggu sedikit journey of soul dalam album ini. 9 track yang diulas bagi aku cukup untuk bagi mood yang baik dalam album ini. And if this is my album susunan track dalam album akan jadi begini:

1- Terlalu Istimewa (acapella)
2- Kau
3- Hembusan
4- Bulan dan Mentariku
5- Haruskah Terpisah Akhirnya
6- Teman
7- Sesalju Impian
8- Sejujur Hatimu
9- Ratapan Sepi

hidden track - Joget Tak Senang Hati
unwanted track - Cahaya, Hujan, Siapa Dia

Overall, hasil Teman is better than Terlalu Istimewa. Atleast takde lagu rock macam Terlalu Hina yang aku sifatkan sebagai terlalu mencuba haha.. Thumbs up untuk Adibah Noor, soul yang beliau berikan belum tentu ada pada penyanyi lain dan itu kelebihan beliau. Dan pastinya Adibah Noor adalah singing performer yang original dan aku rasa memang tak boleh nak banding dengan mana-mana penyanyi, sangat tersendiri.

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se