Skip to main content

Sheila Majid 25 Years

Album: Sheila Majid 25 Years
Producer: Sheila Majid / Acis
year: 2010
Verdict: 5/5

For the very first moment CD ini ditangan aku i am almost cry finally i got all Sheila cd. Oh man, this is unbelieveble bila aku dapat copy album Dimensi Baru, Emosi dan Warna sebab hanya tiga album ini sahaja yang tiada dalam simpanan aku. Aku ada Legenda dalam bentuk kaset Ratu yang didownload secara haram (sorry sebab agak sukar mencari copy cd ini dipasaran) dan Kumohon serta Cinta Kita dalam bentuk CD.

Kali terakhir penyanyi yang keluar dengan box set tak salah aku adalah Ramli Sarip dengan Ziarah Seni (1994) dan selepas itu tiada artis yang berani mengeluarkan box set kalau ada pun sekadar kompilasi biasa. Album ini dikeluarkan bersempena 25 tahun perjalanan seni Sheila dalam industri yang aku sifatkan sebagai satu journey yang sangat eksklusif dan tersendiri sampai sekarang tiada siapa yang mampu meletakkan standard yang aa pada Sheila (siti di sisi yang lain) Ketekitian beliau dalam membuat album buat membuatkan setiap produk yang dihasilkan berkualiti dan terletak pada kelas yang tersendiri.

Personally album Emosi dan Ratu adalah yang terbaik aku rasakan daripada beliau. Transisi muzik Sheila sedikit berubah selepas beliau tidak lagi menggunakan khidmat Roslan Aziz dalam Ku Mohon dan Cinta Kita yang aku sifatkan sebagai terlalu pop. Namun dengan sentuhan side kick tetap Sheila which is Mac Chew dan Jenny Chin menyelamatkan transisi muzik Sheila.

Apa yang kurang dalam boxset ini adalah 2 lagi album fav aku dari sheila Legenda The Concert dan Gemilang (kompilasi terbaik beliau yang ada track medley Roberta Flack). Dan akan lebih baik kalau satu lagi album diadakan untuk track rakaman yang tiada dalam full album seperti Pagi (ft. Afdlin Shauki) Suri, Bersatu Hati, Cinta Jangan Kau Pergi dan Rintihan Harimau.

Box Set ini turut meletakkan sebuah track baru hasil nukilan Sheila bersama Acis menerusi Dengarkanlah yang aku sifatkan sebagai track paling romantis untuk tahun ini so far. dengan nuansa bossa-jazz yang minimal buat aku benar-benar terbuai dengan melodi dan vokal lembut Sheila.

But overall aku sangat puas hati dengan penerbitan box set ini atleast lagu seperti Dihimpit Keraguan, Persis, Nada, Takkan Sendiri dan Hasrat Cinta kini dalam simpanan, aku pasti penghasilan in bukan sesuatu yang mudah apabila melibatkan dua syarikat rakaman yang berbeza. Maybe it`s about time untuk artis0artis senior lain yang punya fan base yang besar untuk hasilkan apa yang sheila hasilkan. Hopefully next Search, Wings, Butterfingers, Ning Baizura dan Ziana Zain mungkin. Dan paling best dapat box set artis2 Positive Tone, koleksi yang amat-amat rare!

Comments

  1. Ziana Zain kne tunggu next two years. 20 years in the industry. sure leh pukul la

    owh ya, i dh pun memiliki cd box set ni. n i smpt interviewed akak2 kedai cd tuh. diorang ckp - cd boxset ni gile laris!

    sheila majid la pulak kan?

    well, RATU was d best of all.

    i pun agree yg sptutnye ada 1 special cd lagu2 sheila dgn artis lain. especially my fav.no - jentayu & bersatu hati

    n lagu KISAH RUMAHTANGGA dlm cd LEGENDA yg dicetak semula 2006 kot ptut dimuatkan. d best cover i guess LEGENDA 2nd edition la yg ade lagu KISAH RUMAHTANGGA ni

    jom 27th nov... konsert dato sheila. InsyaAllah menjadi!

    ReplyDelete
  2. serious concert on 27nov? yeah pasti pegi!

    ReplyDelete
  3. Very good review! Saya setuju dgn sedara, sheila should release one cd called 'Rarities' dan muatkan lagu2 spt yg sedara mentioned di atas .... Lagu 'rintihan harimau' bagi saya antara yg terbaik dan sungguh universal mesejnya .... Over to Magada Entertainment gang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se