Skip to main content

Hazami - Yang Pertama/Running

Album: Yang Pertama / Running (Hazami)
Producer: Hazami
year: 2010
Verdict: 0.5/5

Keyakinan dan keberanian Hazami dalam membikin album ini aku bagi kredit, sebab buat zaman di mana orang tak beli album, Hazami dengan yakin buat 2 album sekali gus which satu melayu, Yang Pertama dan album Inggeris Running. Tapi bila fikirkan semula, what a big deal dia bikin semua sendiri sekali 5 album pun tak ada masalah kot.

Okla first track Yang Pertama, aku bet kalau korang tak pernah dengar lagu ini pun korang boleh tahu ini melodi Hazami, mood ballad biasa Hazami yang kita semua boleh predict. Not bad la melodi ada la sedihnya, sayunya tapi kenapa meleleh sangat? buat aku letih menunggu bila nak abes lagu ni. Petanda bermula dengan "sedia..mula" dengan suara yang ala-ala je, sangat lembik tak impresif langsung. Frankly speaking aku agak geli dengan track wanna be rnb begini yang akhirnya just another cheesy pop yang cheap. Kenangan Cinta Bahagia & Sebagai Janji kembali lembik, maaf aku betul-betul tak boleh nak habiskan kedua-dua lagu ini cukup la sampai chorus pertama, menanah telinga. Ada beberapa track lagi dalam album ini yang masih belum offer apa-apa perkara menarik untuk telinga aku. Malang sekali album Yang Pertama ini benar-benar gagal menarik minat aku.

Ok sekarang kita review Running yang bermula dengan Wanna be With You, yang sangat 80-an punya r&b pop, tak bukan Babyface maksud aku, bukan jugak Stevie Wonder. Lemas dan rimas. Cant Go On kembali lembik, ada la mood 90`s ballad Un-Break My Heart, I Still Believe. Tapi malangnya sekarang ni 2010 we dont need anymore this kind of ballad. Lagu ini lagi sesuai jadi lagu melayu. Survivor yang mendapat 2 pencalonan AIM tahun ini juga termat biasa!

Terlalu banyak melodi dan susunan dalam album ini yang terlalu 80`s dan 90`s. Yes, bukan tak boleh cuma aku rasa apa yang Hazami buat agak ketinggalan untuk tahun 2010. Programming music yang diguna hampir pada semua lagu buat aku fikir album ini kedengaran sangat murah, tanpa perlu live music! come on Hazami i`m sure you know how bad the sound kan if you just use the programming and sample. sangat buruk bunyinya dan paling ketara kita boleh dengar dalam semua lagu-lagu fast track yang lembik-lembik belaka!

Hazami bermula karier dengan agak promising bagi aku suara beliau dalam Tekad betul-betul mebgujakan saat itu dan album Kata aku sifatkan sebagai sebuah produksi yang amat-amat baik but that is the only product yang baik bagi aku dari Hazami. After that, bila Mungkir Bahagia jadi hit, Hazami keep buat lagu dengan formula serupa dan akhirnya hasil makin membosankan!

Aku sifatkan album ini sekadar album syok sendiri, ketinggalan dan album yang malas. Tak banyak kerja yang dilakukan hanya sekadar kumpul semua lagu-lagu ciptaan beliau dan jadikan satu album. Jika album ini dihasilkan pada zaman Liza Aziz (Bermula Cinta) atau Fairuz Hussein (Kali Pertama) yes i would say this is the good album untuk zaman itu malangnya pada tahun 2010 ini pendengar perlukan sesuatu yang lebih rajin dan kreatif yang lebih live and move untuk orang dengar. Maaf Hazami this is the worst CD i bought so far this year.Nasib baik murah.Maaf again!

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se