Skip to main content

HUNNY MADU - PULAU JANJI

Produser: hunny Madu / Rafikoncept / Bo Iqram / Hazri Shihabudin / Selvam Ganna / Lah Ahmad
Jururakam /Juruadun: Rafikoncept
Verdik: 3/5


muzik yang didukung Hunny Madu mungkin bukan sesuatu yang familiar dengan pendengaran tenpatan. Mungkin juga aku boleh katakan she's the first yang bawa konsep hip-hop / soul / pop dalam masa yang sama. Ok kita bayangkan Mizz Nina lebih pada hip-hop dan r&b ala-ala Missy Elliot. Hunny Madu pula lebih kepada muzik yang dijuan penyanyi seperti Jill Scott, Erykah Badu, Bilal dan Angie Stone. Nasihat saya buat yang eager dengan debut Hunny Madu ini dengar dulu penyanyi-penyanyi yang aku sebutkan tadi supaya lebih mudah faham akan muzik yang dibawa hunny.

Ok back to the debut Pulau Janji! Album ini dibuka dengan pengenalan siapa Hunny melalui trak 3 Perkara (Noc-Out / Hani) Hathim). Kental melodi hip-hop dalam trak ini dan aku cuma kurang cara Hunny menulis lirik mungkin terlalu direct dan tidak begitu menarik rhymenya. Bayangkanlah (Hani Hatim) ada sound Reshmonu sikit nak kata jazz tak jugak but its sounds like one-lah. Same goes dengan Out There (Rafikoncept / Hani Hatim) aku belum betul-betul rasa soul Hunny. Hey R (Hani Hatim) ft. Najwa. At this moment aku dah boleh relate maybe sebab melodi lagu ini lebih catchy dan nyawa pada vokal Najwa beri justifikasi yang amat baik buat trak ini. Cuma korus Hey R Hey R tu agak tak boleh terima.

Ting Ting (Hani Hatim / Bo Iqram) buat teringat trak future dance dalam Mysticam - Camelia. It is a very good track. Soundnya sangat international dan aku enjoy lebih berbanding 4 trak terawal. Trak ini mudah namun punya vibe dan groove yang amat baik! Dari Masa Hadapan (Hani Hatim) kembali boring buat aku cepat-cepat skip ke trak Shake (Hani Hatim) yang kembali groove and bouncy dengan chorus yang amat catchy!

Kisah Kita (Hani Hatim) yang menampilkan duet Anuar Zain antara trak yang aku nanti. Starr dengan petika piano dan bahagian pertama disudahkan Hunny dengan tersendiri. She prove that we dont need a really soft voices to sing ballad perfectly. Aku suka cara Hunny menyampaikan lagu ini! At this stage kita dapat dengar another side of Hunny. She deliver it well! Dan no doubt, Anuar Zain will never go wrong with any kind of song! Ttrak begini memang material Anuar dan again apa yang buat ia different adalah blend vokal Hunny dan Anuar amat menarik. It sounds quirky but after all you get a very nice blend! Ini nyawa album ini dan Hunny should push this track lebih sikit buat stesen radio.

Pulau (Rafikoncept / Hani Hatim) kembali groove dengan sound r&b yang baik dan ditutup dengan Luxe Life (Hani Hatim) yang sound nya locally agak Mizz Nina. Overall aku agak kagum dengan Hunny sebab sangat berani keluarkan album begini pada saat radio masih mengagungkan lagu seperti Alyah, Salma dan Shiha. Tapi agak bahaya dan risiko buat Hunny sebab masyarakat kita tidak dibesarkan dengan Angie Stone atau Jill Scott jadinya album begini agak eksperimental buat pendengaran tempatan. Namun personally aku kagum dengan usaha Hunny dan apa yang kita sebagai pendengar harus lakukan adalah buy the album! if tak this might be the first and the last.

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...