Skip to main content

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records
Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi
Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco
Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson
kreatif:
Verdik: 5/5

Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini.

Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya bertaraf antarabangsa dan yang penting lari daripda tipikal muzik pop melayu yang ada. Yuna genius bagi aku dan aku rasa dia adalah orang yang penting untuk re-shape scene muzik melayu hari ini. Kualiti yang ada pada trak ini buat aku teringat kala pertama mendengar Penakut dulu dan alangkah baik trak ini dalam bahasa melayu.

Someone Out of Town (Yuna Zaraai) juga hadir dalam nuansa yang amat cool. Melodi dan susunannya minimal namun humming back-up vokal dalam trak ini menarik untuk dilayan. Coffee (Yuna Zaraai) is one of my favorite! Melodi lagu ni sangat power! I can easily keep this on repeat mode! Seawal bait "I Rather stay inside than being out tonight" sudah buat aku kepayang dengan trak ini. Susunan dan melodi lagu ini lebih dark dengan mood yang amat deep. Susunan string yang cantik dan punch-nya sudah tentu vokal haunting Yuna sangat buat bulu roma aku meremang! Soul Yuna boleh aku katakan luar biasa kali ini.

Photo of You buat aku teringat trak Rocket sebab kedua-duanya carry mood yang sama dengan melodi catchy dan memorable!. Memo yang pernah dipersembahkan pada malam AIM tahun lepas juga sebuah trak yang bagi aku mudah resap dalam minda jika anda memang core Yuna! Trak ini punya melodi dan susunan yang amat baik. Sound keseluruhan yang rich dan punch pada korus lagu ini amat dirasai. Trak begini bagi aku akan buat kita lebih enjoy dalam persembahan live. Sparkle (Nor Hanafi / Yuna Zaraai) another good track yang sound-nya amat international! Ini merupakan antara trak yang paling kerap aku ulang dengar kerana susunan string dalam trak ini baik sekali. Another track yang akan buat aku kagum dalam persembahan live kerana kaya dengan bunyian yang amat menyenangkan. Lisa Hannigan banyak trak begini dan again aku nak katakan susunan string indah menyempurnakan trak ini.

Terukir di Bintang (Yuna Zaraai) merupakan trak penting dalam album ini. Trak ini harus diberi perhatian lebih, baik pendengar, pengamat muzik dan lebih penting orang-orang radio. Mood melyu klasik 50's dalam melodi dan penyampaian Yuna menjadikan trak ini benar-benar hebat. It's a kind of new classic's of classic! Yuna satu antara beribu penyanyi wanita di Malaysia yang mampu carry mood begini. Baik daripada rakaman semula P.Ramlee Gelora Jiwa dan Rokiah Wandah - Bulan Ditutup Awan. Tidak satu daripada 3 trak ini pun buat aku fikir Yuna gagal dalam memberi justifikasi terbaik, baik daripada penyampaian mahupun susunan semula melodinya. A huge compliment untuk Yuna dan AG Coco yang mengepalai susunan yang juga menerbitkan trak hebat ini!

Album ini ditutup dengan trak KL Kita (Yuna Zaraai) yang turut menampilkan Qi Razali. Trak ini cukup baik terutama blend vokal kedua mereka yang amat cool! Dan idea ia diletakkan di senarai akhir sebagai pelengkap kepada album ini juga amat baik. Moodnya benar-benar hidup setelah aku dibawa dalam satu journey muzik yang buat aku rasa wow dalam setiap perhentiannya. At this point I would say kita dah betul-betul jumpa orang yang tepat untuk bawa muzik Malaysia ke tahap yang amat membanggakan! Kudos Yuna and the whole production team. Last but not least, yes Yuna is the new Siti Nurhaliza yang akan be on top dalam carta muzik, akan semakin ramai wannabe dan balun semua trofi anugerah muzik yang ada! Need to say more?   

p/s: Trak Fears and Frustration, Someone Out of Town dan Coffee lebih awal dimuatkan dalam ep Decorate untuk pasaran US 

Comments

  1. bro. baca review ko ni, buat aku lg x sabar nk purchase album dia ni.

    dah masuk pasaran ke?

    ReplyDelete
  2. kt store belum ada lagi rasanya. xsure bila kuar! but yes it is a must buy!!!

    ReplyDelete
  3. mcm tu je packaging die?

    berbeza sungguh with DECORATE. if lagu2 dlm DECORATE i suke, hopefully album ni i akan suke gaks. will buy later

    ReplyDelete
  4. bagi aku packaging tu tak penting, isi lagu tu paling penting sekali..bila dah dengar semua lagu tu......tgk kulit album pun dah rasa style jaaaa

    ReplyDelete
  5. jelesnya ko dah dpt dgr! review ko buat aku xsabar nk beli!

    ReplyDelete
  6. qarl & qibs
    yup the packaging quite menghampakan. but the tun eof the song selection dlam album ni lagi bagus (aku rsa) berbanding decorate

    areed
    kena beli dn aku pn mcm xkesah utk dapatkn (beli) stu lgi utk radio rumah dn kereta haha.. tp serius lg power drp decorate

    ReplyDelete
  7. wow. decorate pun dah bagus, if yg ni lbh bagus, keterujaan berganda. haha. dah cari tp rasanya blom release di kedai.

    ReplyDelete
  8. Hello bro !

    Aku dah penat keliling google cari album cover album ni tapi tak jumpa gak.

    kat blog kau je lah aku jumpa tapi ada watermark pulak.

    mana dapat ? mintak izin hantar ke email boleh ? playlist gua nampak kosong je takde cover.

    >__< !
    neo_flange(@).yahoo.com.my
    -S.N

    ReplyDelete
  9. ok. dah dapat album dia ni.
    Terukir Di Bintang mmg hebat.
    Paling suka instruments on dia pnya intro & outro.
    retro, klasik.

    ReplyDelete
  10. s.nadhir: mmg sengaja di watermark-kan and im sure you know y.

    nuke_rude: gimme 5!

    areed: cpt beli!

    ReplyDelete
  11. baru beli semalam terus main album tu all day long. mmg best. track fav Photo Of You, KL Kita, Fears and Frustrations and paling epic Terukir Di BIntang lah. thanks for the review. sgt helpful.

    ReplyDelete
  12. thnks amerul! im just sayin the truth! n yes this the best for this year so far!!

    ReplyDelete
  13. boleh share tak cover album nie yg tak watermark??

    ReplyDelete
  14. kat mana beli album yuna yg baru nie bro?
    aku pusing byk kedai music dah..xde jual pn..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se