Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara