Penghujung 2016 dan 2017 tahun
yang cukup seronok untuk saya sebagai pengikut tegar muzik lokal. Nama-nama
besar seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Kopratasa, Siti Nurhaliza, Dayang
Nurfaizah, Sheila Majid, Atilia, Monoloque, Noh Salleh masing-masing
menghasilkan album penuh yang cukup solid sekali.
Hal ini penting dan sihat untuk
perkembangan muzik tempatan. Album penuh masih penting kerana album adalah
portfolio seseorang penyanyi – baik secara fizikal mahupun digital. Sense of belonging pada pembeli lebih
tinggi dan dirasai berbanding single yang akan dilupakan.
Dan apa yang lebih menggembirakan
saya apabila mengetahui Ella akhirnya muncul dengan album penuh setelah 10
tahun selepas produksi Rama-Rama. Bermula dengan single Istimewah yang diedarkan
2 tahun lalu ciptaan Sam Bunkface sehingga single terbaru Ku Sedia (Faizal Tahir /
Omar K / Ezra Kong) Ella pakejkan dalam sebuah album yang cukup hebat berjudul
Peace Love Rindu.
Album ini dibuka sempurna lagu
ciptaan sifu M.Nasir dan lirik Keon berjudul Raguku. Terus terang melodi lagu ini sekali dengar kita dah boleh
dengar signature melodi M.Nasir namun
ada tapinya – susunan muzik Firdaus Mahmud memberikan satu suntikan yang cukup
segar, moden dan ke depan.
Kalau dibiarkan sahaja melodi ini
dengan corak tipikal M.Nasir saya kira lagu ini sekadar another songs yang kita pernah dengar but again cara Firdaus mencorakkan lagu ini cukup segar sekali. Saya
sangat sukakan lirik tulisan Keon. Masih puitis sepertimana lagu-lagu yang
pernah ditulis sebelum ini.
“Ilhamkan
aku cinta,
Datangkan aku
setia,
Bagai Juli
ke Romi nya”
Kesempurnaan Raguku diteruskan
dengan sebuah lagi lagu ciptaan M.Nasir lirik Buddhi Hekayat (gabungan serupa
menulis Awan Nano – Hafiz) yang cukup dan penuh dengan energy. Persembahan vokal Ella dalam lagu ini cukup rasa. Spontan, raw dan santai.
Namun saya lebih tertarik dan
tidak salah saya katakan lagu Sujud
ciptaan sepenuhnya Edrie Hashim antara lagu terbaik dalam album ini. Sempurna
segala-galanya! Melodi yang baik, puitis lirik, susunan muzik hebat dan saya
puas mendengar persembahan vokal Ella. Saya ulang saya puas!!!
Saya ulang dengar berkali-kali
lagu ini! Ini contoh lagu yang sempurna untuk radio / pasaran semasa. Ini lagu
terbaik untuk Ella push sebagai single seterusnya. Seni penulisan lirik Edrie
yang mengangkat isu ketuhanan dan kemanusiaan dalam lagu ini membuatkan lagu
ini bukan sekadar Pop yang biasa-biasa.
Comel (M.Nasir / Ad Samad) bermula dengan bait “Gincuku patah bila mendengar akan alasan
yang kau beri.” Dan di korusnya “Walau
sedap dipandang kau mudah jadi curang. Walaupun kau sedap dipandang ku tak rela
dibaham.”
Saya jenis orang yang enjoy dengan penulisan lirik sebab itu
saya suka beli album dan penulisan yang sebegini hanya Ad Samad sahaja yang
tahu memberi justifikasi agar tidak kedengaran cheesy atau tidak kena dengan melodi.
Ku Sedia (Faizal Tahir / Omar K / Ezra Kong) saya
sifatkan sebagai satu percaturan yang sangat bijak. Pada saat lagu ini bermain
di telinga saya, hati saya terdetik satu perkara –
Ella nyata ada satu pasukan yang cukup smart untuk merencana Peace Love Rindu sebagai naskhah yang relevan, current, fresh dan moden tanpa menghilangkan segala esen muzik Ella sepanjang 32 tahun ini.
Ku Sedia adalah contoh terbaik
dengan apa yang saya katakan. Konsep lagu ini sangat current yang ada esen lagu lagu-lagu popular hari ini tetapi tidak
sedikit pun lari jauh meninggalkan corak muzik Ella. And to be frank awal mendengar lagu ini saya tak dapat tangkap
langsung bayangan yang lagu ini ditulis trio Faithful Music. (Rujuk lagu Nastia
“Rapuh” yang cukup kental sound
Faizal Tahir).
Dan,
Ultimate song dalam album ini tentu sahaja Peace Love Rindu yang dicipta legendary rock tanah air Lord daripada
kumpulan & The Boys yang turut bersama-sama Ella di awal penglibatan
bintang rock ini. Lagu ini dikemudi AG Coco yang bertindak sebagai produser.
This is a
love anthem! Lagu-lagu
begini sememangnya sebab mengapa kita suka dan jatuh cinta dengan lagu-lagu
Ella. Saya pantas teringat Gemilang, Pergilah Sayang, Demi, Pedih, Dua Insan
Bercinta, Esok Lusa Selamanya dan Peace Love Rindu akan meneruskan kegemilangan
lagu-lagu popular ini dengan rencah yang cukup moden dan sedap sekali.
Seawal bait
“Hello,
Kuucap padamu, masa jauh berlalu terubat jua rinduku…”
sehingga korus
“I Wish you
all the love I wish you happiness. Doaku untukmu sayang.”
Bikin saya melayang dengan
persembahan cukup deep Ella. Saya
kira ini lagu yang dicipta khusus untuk kotak suara Ella dan karakternya. Sejujurnya
lagu sebegini kita tak dapat selalu dan tak semua orang tahu macam mana nak
buat naskhah seperti ini. This is an
evergreen piece yang kita akan selalu dengar macam kita masih dengar Pergilah
Sayang.
Album ini sebuah album yang
sangat solid. Setiap lagu memberi justifikasi pada karakter Ella dan paling
penting sebagai ia disiapkan sebagai sebuah produksi yang bercitarasa tinggi
dengan kualiti yang cukup hebat sekali.
Saya kira Peace Love Rindu sebuah
naskhah yang cukup dahsyat dalam meneruskan kelangsungan 32 tahun penglibatan
Ella dalam bidang muzik. Dan seperti posting saya di facebook tempoh hari, this album demands your good taste in music
to enjoy it. Ya, ini album LIMA
BINTANG!
Verdik: ★★★★★
Terbaik review. Yes esen ella takkan hilang.
ReplyDeleteboleh review album sheila majid, boneka?
ReplyDeleteOkay akan dibuat soon :-)
Deletesejujurnya...saya lebih suka konsep album ella yang terdahulu
ReplyDeleteReview yg nnyeluruh. Agak details trutama pabila membaca tulisan ini sambil mendengar album latest ella. Mkin teruja jadinya bila membaca ulasan berkaitan lirik utk rilis album ini. Sekalung tahniah atas review buat album2 tempatan.
ReplyDelete