Ketika Atilia mucul dengan
Sangkar 10 tahun lalu, dia benar-benar membuka mata saya akan bakat seni muzik
yang ada padanya. Dengan khidmat Roslan Aziz, Atilia bergerak melawan arus Pop
semasa ketika itu yang banyak dimonopoli Audi Mok (Dayang, Ferhad, Liza Hanim,
Nikki, Zahid, Ning).
Sangkar membawa pendengar jauh
kepada idea muzikal yang bermain dengan odd
melody yang saya kira sukar dihadam pendengar semasa. Namun itu adalah
antara album terbaik yang dihasilkan pada tahun 2007. Even tidak tersenarai dalam top 5 Album Pop Terbaik AIM, saya kira
Sangkar masih menjadi penting dalam sejarah muzik tempatan.
Selepas itu Atilia pada tahun
2010, Atilia muncul dengan Indah yang membuat saya sangat teruja kerana Sangkar
terlalu bagus penghasilannya. Namun saya kecam teruk album ini kerana saya
kurang faham arah Atilia ketika itu (Boleh baca di sini https://muzikkitamy.blogspot.my/2010/08/atilia-indah.html ).
Transisi Pop Indo dalam lagu-lagu
seperti Indah, Harus Bagaimana dan Silly Little Thing bagi saya ketika itu
bagai satu putaran 360 darjah yang nyata berbeza dengan apa yang ditawarkan
dalam Sangkar. And to be frank I hate
that album so much (tapi masa tu lah).
Now bila saya tahu Atilia akan keluar full album dengan judul No.3 ini saya
buka fikiran juga emosi untuk faham corak muzik Indah. Ya, sound Indah terlalu Indo Pop bagi saya dan kenapa saya kena dengar
Indah kalau saya boleh dengar Maliq & d’Essentials, Hivi, Monita Tahalea
atau Bonita?
Tapi saya kira Atilia seorang
artis yang faham akan kraf yang dia mahu diasosiasikan. Lihat sahaja bagaimana
Maliq & d’Essentials evolve
sebagai pengkarya. Bermula album Sriwedari mereka merencana satu rentak muzik
yang nyata berbeza dengan tiga album terawal (1st, Free Your Mind
dan The Beginning of a Beautiful Life). Maliq dalam Sriwedari, Musik Pop dan
Senandung Senandika pergi jauh pada idea fusion
nusantara dengan pengaruh muzik 70-an khususnya.
Jadi begitu dengan Atilia. Dia
tahu dan mahu lakukan apa yang dia percaya baik untuknya. Ya, jika dia terus
bergantung pada Roslan Aziz dan Mukhlis Nor album-albumnya akan jadi album yang
cukup poetic namun saya kira Alitia hanya menemukan kepuasan sebenar dengan
melakukannya sendiri bersama produsernya T.K, Jason Voo dan Adam Sofian.
Maka terlahirlah No.3 dengan
single pertamanya Aku Curiga (saduran Salamiah Hassan), Segalanya (Duet Lokman
Aslam) dan Bahagiaku (saduran Tiwu Rayi). Sembilan lagu dalam album ini kebanyakannya
lagu saduran selain Aku Curiga dan Bahagiaku lagu lain adalah No Fruits For
Today (Sore), Cintaku Mengatasi Segalanya (Salamiah Hassan) dan Untuk Perempuan
Yang Sedang Dalam Pelukan (Payung Teduh).
Saya tiada masalah dengan
trak-trak saduran tersebut cuma masalah saya adalah susunan trak keseluruhan
album. Jadi untuk memuaskan telinga sendiri saya menyusun lain di akaun Apple
Music dan Spotify mengikut continuity
muzik serta melodi yang saya kira lebih seronok untuk dilayan. Berikut susunan
saya
Bahagiaku (Choky Naingolan)
Sandaranku (Atilia / Derek
Jhingoree)
Segalanya (Lokman Aslam)
Cintaku Mengatasi Segalanya
(Freddie Fernandez / Habsah Hassan)
No Fruits for Today (Ade Paloh /
Mondo)
Aku Curiga (Simon Justin Leo /
weizek)
Kurnia Syurgawi (Amirah Ali /
Sulu Sarawak)
Perempuan (Is Payung Teduh)
Realize (Atilia / Jason Voo)
Okey, maka dengan itu review
album No.3 bermula di sini (intro paling panjang pernah saya buat) dan dengan
seronoknya jugalah saya melayan lagu Bahagiaku
yang begitu indah sekali penciptaannya. Saya tidak pasti bila kali terakhir
saya dengar lagu melayu yang happy (maklumlah budak-budak sekarang suka buat
lagu GANTUNG dan MATI. I mean,
seriously?)
I really
really love this track. Seperti
mana judulnya, sebegitulah perasaan saya mendengar lagu ini. Bahagiaku is a happy song (obviously) yang datang
dengan melodi catchy, susunan muzik
yang tidak terlalu complicated dan
lirik yang cantik sekali tulisannya. Bait “Bahagiaku
Cuma sama kamu, senang bila ada kamu, kuingin selalu bersamamu.” Saya ulang berkali-kali mendengarnya.
Kemudian duet Sandaranku bersama Adibah meneruskan
segala rasa bahagia yang ada dalam Bahagiaku. Tapi kali ini Atilia membawa idea
persahabatan. Saya sangat sukakan kolaborasi ini, vokal kedua-dua mereka complete each other voices. Sangat lembut,
sangat sweet dan saya tak pasti bila
kali terakhir ada orang buat lagu macam ni. This
song definitely one of the best dalam No.3.
Segalanya, satu lagu duet bersama Lokman Aslam yang
diubah sikit susunan muziknya. Nak dengar rakaman awal boleh YouTube muzik
video lagu ni. Saya prefer version
album sebab saya tak suka sound
violin dalam original recording. Cuma
bahagian intro saya lebih suka versi asal. Segala happiness dalam Bahagiaku dan Sandaranku diteruskan dalam lagu ini.
Korus lagu ni sangat sangat sedap dan jujur saya sangat terbuai dengan blend
vokal Atilia dan Lokman dalam lagu ini. Sempurna!
Cintaku
Mengatasi Segalanya sebuah
saduran yang cukup indah. Bagusnya penyanyi seperti Atilia adalah dia tahu bagaimana
mentafsirkan nyanyian pada lagu ballad dengan cara yang paling lembut dan
soulful. Tanpa perlu struggle untuk
capai nota tinggi (dalam erti kata lain berusaha keras get people attention – yes, I can hit the high note tapi sharp dan
keras). Saya suka rendisi ini kerana segala kelembutan yang ada dalam lagu ini.
No Fruits
For Today dan Aku Curiga meneruskan nota-nota gembira
dalam melodi dan susunan muziknya. I can
easily relate to both. Saya Cuma gagal dalam memahami rendisi Atilia
menerusi lagu Untuk Perempuan Yang
Sedang Dalam Pelukan. Especially
bahagian hujung ada suara Is.
Realize ada esen susunan muzik dalam beberapa trak
album Sangkar. Personally, saya suka
melodi lagu ini cuma kurang suka dengan susunan muziknya sahaja. But not too bad overall sedap. Album ini
ada satu lagi ballad berjudul Kurnia
Syurgawi. Verse lagu ini sangat baik cuma koruusnya terlalu Melayu.
Saya sejujurnya gembira dengan
kemunculan semula Atilia dengan album penuh No.3 ini. Seperti yang saya katakan
awal tadi Atilia (sepertimana Maliq n d’Essentials) evolve sebagai pemuzik juga
penyanyi yang tahu apa terbaik buatnya. No.3 bukan untuk pendengar radio semasa
atau yang masih mengharapkan esen Sangkar. Saya kira saya sudah move on dari Sangkar dan mula menghargai
Indah kerana album No.3 ini.
Buat Atilia, saya berharap anda
tidak berhenti. Biar selama mana masa yang perlu diambil menghasilkan album
studio keempat nanti kerana jika tidak banyak yang mahu mendengar setidaknya
saya masih lagi mengharapkan penyanyi seperti anda terus berkarya (kerana saya
semakin lelah dengan penyanyi yang hanya mahu mencapai high note tanpa faham
apa itu itu seni nyanyian).
Verdik: ★★★★
my fav goes to aku curiga & bahagiaku. aku still x boleh hadam dengan "Indah" haha
ReplyDelete