Skip to main content

#PerspektifMuzik Menyelongkar Ilham Indie – Pasaran Muzik Inggeris, Cross Over Market & Cerita Kebangkitan Sub-Genre

Bercerita tentang kebangkitan muzik indie yang banyak digerakkan Positive Tone di pertengahan 90-an sehingga era millennium – muzik Malaysia bergerak atas landasan revolusi secara total dalam skala yang cukup besar.

Saat kemunculan nama-nama seperti Butterfingers, Too Phat, O@G, Jason Lo, Pete Teo, Juliet The Orange, Deanna Yusuf dan lain-lain memberi warna dalam pasaran muzik tempatan yang ketika itu agak stuck dengan kitaran ilham muzik Saari Amri, Adnan Abu Hassan dan rock-rock ala Search, Wings dan XPDC.

Hal ini memberi lebih ruang untuk artis yang bergerak secara sendiri mendapat saluran tepat memperkenalkan bakat mereka ke peringkat lebih komersil dan seterusnya dikenali untuk mendapat radio airplay, pendedahan media cetak juga elektronik.

Tidak sekadar itu, karya-karya artis alternatif ini juga mendominasi sebahagian pencalonan besar Anugerah Industri Muzik terutama bagi kategori teknikal seperti rakaman album, kulit album, susunan muzik, muzik video dan lain-lainnya. Ini kerana dominasi utama kategori vokal dan album masih lagi diberi pada naskhah Pop komersil yang punya value menjadi naskhah malar segar.

POSITIVE TONE, KENNY TAY, JEFF SIAH & MR.MAN – AHMAD IZHAM OMAR!
Dua nama ini Jeff Siah dan Kenny Tay membuka Positive Tone dengan memperkenalkan album solo Leonard Tan yang pertama dengan hit Bintang Bukannya Satu. Langkah awal Positive Tones tidaklah begitu mendapat perhatian apatah lagi album Leonard Tan ketika diedarkan agak dipandang sepi.

Hanya selapas Ahmad Izham Omar dan Paul Moss join PT barulah jalan cerita syarikat rakaman ini mendapat perhatian yang lebih lagi dengan idea yang lebih segar dan besar. Saya kira ketika pertengahan 90-an tiada siapa yang berani seperti mereka dalam menghasilkan album yang besar ambisinya.

Lihat saja bagaimana impak 60’s TV daripada O@G mendapat perhatian luar biasa ketika diedarkan pada tahun 2004 dan momentum kehebatan mereka tidak berhenti selepas itu. Single Name of the Game, Knocked Silly, Slumber, Biru, Permysuri dan Nowwhy2 menjadi lagu-lagu yang ikonik dan evergreen sehingga hari ini.

Nyata Izham dan Paul Moss tidak mahu hanya terikat pada idea alternatif rock semata-mata selepas Butterfingers berjaya dengan gemilangnya, PT memperkenalkan pula hip-hip Too Phat yang mencipta fenomena luar biasa. Ya saya ulang fenomena luar biasa.

Betapa luar biasanya Too Phat, sehingga berjaya menarik pasaran muzik biduanita Sharifah Aini dalam duet berjudul You. Tanpa henti di situ Too Phat meneruskan segala idea kolaborasi hebat mereka bersama Inul dan penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza.

When Izham wanted to release OAG questions flew. “It’s in English?! What’s this thing called Alternative? And they are only 16? Who will play their music? Where can we stock their CDs in the shops?” There was no place or space for Malaysian artists making it in English. - (Juice, 2009)

Persoalan di atas diajukan Izham saat dia mahu memasarkan O@G dalam pasaran komersil. Dan dek kerana keyakinan yang tinggi dan pemikiran ‘smart’ Izham dalam menilik pasaran muzik Malaysia, ternaya O@G berjaya dipasarkan secara meluas melangkaui batasan juga kerisauan Bahasa yang didebatkan.

Selepas itu satu per satu percubaan PT dalam meperkenalkan bakat inggeris tempatan. Ada yang berjaya, ada yang tidak – lumrah dalam percaturan. Setidaknya ia satu usaha yang cukup bagus daripada mereka kerana jika tiada yang mahu memulakan maka tiadalah revolusi yang akan dicipta.

EKSPRESI & KREATIVITI DALAM BERKARYA
Saya kira Izham dan pasukannya telah lakukan sesuatu yang sangat besar untuk pasaran muzik indie khususnya. Banyak bakat-bakat underground tidak lagi duduk di kepompong serupa tetapi berani untuk explore jauh ke pasaran yang lebih luas.

Selepas PT dijual kepada syarikat rakaman antarabangsa EMI pada tahun 1998, pasaran muzik Inggeris terus bergerak baik. Mereka masih lagi bebas berkarya tanpa kekangan dalam kreativiti. Saya suka menyebut di sini album-album seperti 360 (Too Phat), FIX (Deanna Yusuf), Transcendence (Butterfingers), Opera Radhi-O Friendly (O@G), Innuendo, Tubed (Ferhad), Poetic Ammo dan Hati Ini (Liza Aziz) menjadi album-album yang mengubah pasaran muzik tempatan.

Selepas O@G memperkenalkan Slumber, album studio Bahasa Malaysia pertama mereka – ramai kugiran tempatan yang mahu membuat album dalam Bahasa ibunda. Lihat sahaja Flop Poppy yang juga bermula dengan album inggeris dan kemudian KRU memperkenalkan Pretty Ugly dengan single quirky Francis Ford Coppola yang ideanya diambil daripada keratan akhbar dan dijadikan lagu.

Izham mengundurkan diri daripada kerjasa EMI pada tahun 2003 selepas EMI mahu menghentikan terus Postive Tones dan menjadikan ia seratus peratus EMI. Bermakna tiada lagi penggunaan nama serta logo di setiap produk yang dihasilkan.  

Menerusi PT juga kita membuka ruang bakat-bakat R&B untuk berdiri sama hebat dengan bakat lain. Innuendo membawa pulang 6 trofi Anugerah Industri Muzik Ke-5 adalah satu revolusi dan sejarah yang akan sentiasa diingati. Begitu juga dengan Ferhad, Liza Aziz dan lain-lainnya.

Masih ingat Gerhana Ska Cinta? Ritma Ska dan Reggae disatukan dengan hip-hip dalam album The Bew Authentic (2004) memberi impak berbeza dan pada masa yang sama menambah keterujaan dalam senario muzik tempatan ketika itu.

Kolaborasi mereka bersama Radhi menerusi Senyuman Ragamu dan Too Phat menerusi lagu Shake Yer Body begitu baik sekali penghasilannya. Tidak salah jika saya katakan The New Authentic menjadi antara album paling penting dalam perkembangan muzik ska tempatan.

Bersama Clorkworks Records yang dinaungi WP Tang memperkenalkan kita dengan nama besar lapangan indie yang lain seperti The Officials, A.C.A.B dan The Times yang masing-masing punya momen tersendiri dalam pemasaran muzik mereka.

Saya kira detik era 2000 antara yang paling mengujakan sekali. Semua bakat-bakat muda ketika itu mendapat sokongan penuh baik orang industri, pengikut muzik dan mastarakat secara keseluruhannya.

Dan di sini jugalah wujudnya kelompok cross over market yang mampu menikmati pop radio dan pada masa yang sama terbuka menerima bunyian baru dan corak baru muzik tempatan ketika itu.  Jika mereka tidak faham sepenuhnya sekalipun akan muzik yang dibawa setidaknya mereka mula boleh menerima kemunculan bakat-bakat ini.

KEMUNCULAN SYARIKAT RAKAMAN INDIE
Masih ingat FatBoys Record dan Laguna Records? Dua label yang meneruskan kelangsungan perjuangan bakat-bakat indie tempatan. Nama-nama seperti Disagree, Love Me Butch, Seven Collar T-Shirt, Estrella dan Couple mungkin tidak berjaya menembusi pasaran semasa tetapi mereka adalah nama-nama penting dalam meneruskan apa yang dimulakan PT.

Kemudian barulah mucul Hujan, Bunkface, Estranged dan Meet Uncle Hussein yang kembali membawa nama bakat indie ke pasaran muzik yang lebih luas. Siapa saja pernah menyangka indie band akan bawa pulang trofi Anugerah Juara Lagu?

Estranged membuktikan dengan hit Itu Kamu yang mencipta sejarah yang cukup tersendiri.

Kemudian menyusul Bunkface, Monologue, Amir Jahari, Bo dan Noh di pentas AJL bersaing dengan nama-nama komersial ketika itu seperti Jaclyn Victor, Shila Amzah, Hafiz dan Alyah. Di sini tiada lagi istilah indie. Evolusi muzik tempatan tidak lagi berat sebelah pada naskhah-naskhah komersil semata-mata. Masih ada ruang untuk bakat indie ke depan dan diterima dengan meluas.

FENOMENA INDIE HARI INI – ANTARA IDEA ASLI, CEDOK & GUNA PAKAI
Kita ada banyak potensi besar dalam bidang muzik hari ini. Nama-nama seperti Masdo, Sekumpulan Orang Gila (S.O.G) dan paling dominan tahun ini, Nastia yang berjaya memasuki carta lagu popular hari ini dengan bantuan Faizah Tahir menerusi Faithful Music.

Bakat-bakat ini bukanlah serratus peratus original. SOG mengingatkan saya pada corak nusantara Butterfinger, Orkes A. Hizadin terlalu Hujan (mungkin kerana diproduksi AG Coco) dan Masdo punya pakej bagus secara menyeluruh untuk mendapat perhatian lebih meluas.

Mendapatkan yang asli seratus peratus mungkin sesuatu yang mustahil tetapi setidaknya kita masih ada bakat-bakat yang mahu meneruskan kelangsungan bunyi-bunyian pop tak masuk radio ini. Sokongan berterusan harus diberikan supaya kita tidak hanya didendangkan salinan muzik Saari Amri yang diulang pakai.

Namun apa yang saya kira kita boleh banggakan hari ini tentu saja melihat bagaimana Loque berkembang sebagai pemuzik yang solid bersama Monoloque menyelongkar khazanah muzik Melayu dengan evolusi yang mahu diciptanya. Atau lihat saja Noh Salleh hari ini yang lebih sleek, solid, dan berada di kelasnya yang tersendiri.


Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se