Skip to main content

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Lagu Terbaik)

Kitaran Pop tempatan tahun ini tidaklah terlalu beragam atau punya evolusi skala besar tetapi kita masih bertuah masih memiliki anak muda yang serius dalam membuat muzik atas nama muzik itu sendiri tanpa berkompromi dengan corak pemasaran murah dan menjengkelkan.

Lagu bagi saya tidak perlu dan tidak patut diasosiasikan dengan peribadi penyanyi atau apa jua konteks yang keluar daripada seni pembikinan muzik itu sendiri. Penciptaan melodi yang bagus masih paksi utama sesebuah lagu itu diukur baik buruknya.

Penulisan lirik satu elemen lagi yang harus difikirkan pembikin muzik agar ia berkelas, puitis dan tidak merendahkan estetika Bahasa itu sendiri. Tidak salah menggunakan Bahasa bual asalkan ia disusun kemas dan bergerak atas aliran cerita yang baik. Dalam hal ini saya suka untuk merujuk penulisan Alif dalam lirik Buat Selamanya yang menggunakan Bahasa bual yang disusun kemas sekali.

Paling puitis tentu sahaja tulisan Imran bersama Najwa dalam Sentiasa Merinding – ibarat teks puisi yang dimelodikan dengan cukup indah sekali. Bait-bait “Ku tak perlu cintamu berterma bersyarat / ku tak perlu kasih sayang yang berdinding-dinding…” Matang sebagai sebuah persembahan Pop yang luar biasa.

Revolusi melodi Melayu dalam Sentiasa Merinding dimodenkan dengan efek bunyi serta susunan muzik yang cukup moden dan terkini. Ini naskhah paling bijak dalam rencana Pop semasa sepanjang tahun. Feel Najwa dan Imran masih berpaksi jiwa kemelayuan tetapi tidak konvensional atau terlalu meleleh mengambil ilham 90-an.

Banyak balada tahun ini tidak original bagi saya. Sekadar mencedok ilham Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Eddie Hamid, Patrick Khamis yang dikitar semula. Jujur saya tidak ada masalah dengan Pop jiwang, leleh dan lentok sebab sebetulnya itulah jiwa kita. Tapi perlu ada jiwa, pembaharuan dan keaslian.

Evolusi harus ada dalam muzik jika bukan melodinya, susunannya, liriknya atau produksi keseluruhannya. Jika sekadar mahu meniru apa yang sudah ada, apa yang boleh dibanggakan? Sekadar juara semusim carta radio dan strim?

POP CARA “THE FAITHMEN” CORAK MODEN DALAM MELODI SYAHDU
The Faithmen – Faizal Tahir, Ezra Kong, Mike Chan dan Omar K (betulkan kalau salah) saya rasa banyak memberi warna dalam Pop semasa hari ini. Kolaborasi mereka bersama Aizat dalam Jangan Menangis bukti balada yang menyentuh itu tidak perlu jadi terlalu meleleh.

Faizal Tahir sekali lagi melakukan magis-magis hebatnya menerusi lagu Negaraku, Kulullhubbi dan Buta. Lagu Jangan (Aziz Harun), Sabar dan Demi Kita (Ismail Izzani) buat saya fikir masih ada bakat muda yang jiwa muziknya muda dan keluar daripada idea balada 90-an. Dua nama ini begitu baik sekali bakat yang mereka ada. Apa yang mereka perlu adalah masa untuk evolve sebagai pemuzik yang matang.

Selain Aziz dan Ismail, Hael tampil cukup solid dengan single Jampi yang saya letakkan sebagai naskhah luar biasa tahun ini. Saya sejujurnya tidak sabar menantikan magis seperti apa lagi yang bakal dia berikan pada kita.

Alif (The Good Fellas) selepas fasa SleeQ semakin matang, bijak dan berkelas. Sejak Bukan Hal Aku persembahan Kaka, Alif sudah saya letakkan sebagai produser muzik masa depan yang harus diberi perhatian. Lagu ciptaannya untuk Liyana Jasmay Selesa Tanpamu seriously not bad at all. Bunyi Pop yang cukup moden sekali garapannya. Cuma itulah sayangnya lagu ini tidak diberi justifikasi vokal yang baik.

Kembali (Kaka) sebuah lagi ciptaan Alif tahun ini bersama single solo perdananya selepas Mama tahun lalu dia muncul dengan Buat Selamanya. Lagu ini harus dijadikan rujukan muzik Pop melayu moden setidaknya dalam jangka masa tiga empat tahun mendatang (dengan lebih revolusi).

PRODUKSI MUZIK KELAS SATU – NOH, NORANIZA IDRIS, MONOLOQUE & AUBREY SUWITO
Tahun ini Noraniza Idris mengedarkan dua single Wangikanlah Hatimu yang cukup komersil penghasilannya (namun masih underrated) dan sebuah lagi produksi cukup kemas dalam lagu Permata Saadah.

Permata Saadah bergerak atas landasan muzik Zapin yang maha sempurna penghasilannya – daripada melodi, lirik, susunan string, vokal dan feel Noraniza Idris saya letak antara produksi muzik terbaik tahun ini. Namun potensi lagu ini untuk popular saya sifatkan sebagai sukar kerana ia sebuah naskhah berat yang cukup tinggi nilai estetika dan seni muziknya.

Sarawak (Noh Salleh) sebuah lagi lagu yang cukup hebat tahun ini. Namun seperti Permata Saadah, Sarawak bukan naskhah komersil yang biasa-biasa atau untuk pendengar biasa. Lagu-lagu begini menuntut citarasa tinggi, pendengaran yang tajam, pemerhatian terhadap muzik dan sudah tentu sistem bunyi yang mampu menangkap segala rakaman bunyi yang dilaksanakan.

Hal ini saya kira serupa dengan Jangan Puja Sampai Kecewa (Monologue) lagu Selagi Ada Waktu itu terlalu besar sifat produksinya dan jiwanya. A very good production!

Aubrey Suwito menutup tahun ini dengan sebuah album rakaman langsung bersama MPO. Bersandar Cinta yang ditulis dan disusun semula ketika konsert istimewa ini antara yang paling hebat sekali impak orkestranya. Everything about this track is haunting. I mean dengarkan sahaja betapa flawless nya suara Siti dalam versi live ini! Begitu juga persembahan Dayang menerusi Layarlah Kembali. Terbaik antara yang terbaik tahun ini.

SENARAI PENUH LAGU TERBAIK 2017
Saya sudah menyenarai pendek lagu-lagu terhebat 2017 dalam entri sebelum ini. Beberapa lagu cukup kuat sebetulnya menjadi naskhah terbaik dan popular. Orang tanya apa kriteria lagu yang bagus? Macam mana menilai lag itu bagus atau tidak?

Bagi saya hal ini jelas. Naskhah yang baik adalah naskhah yang seimbang. Antara nilai komersil, originality, estetika muzik, kualiti rakaman, penyampaian dan penulisan lirik. Semuanya harus seimbang dan seiring. Selain itu, saya selalu ingatkan semua pemuzik untuk capai formula evergreen!

Bukan apa lagu-lagu hari ini impaknya hanya semusim tidak banyak yang mampu bertahan lama. Mungkin juga kerana visinya untuk mendapat perhatian semata. Apa yang perlu ada dalam naskhah evergreen / malar segar?

Paling penting adalah melodi yang baik. Ini asas yang perlu ada pada penciptaan lagu yang mampu bertahan lama selain originality atau twist dalam intepretasi muzik lama yang dibarukan atau dimodenkan seiring peredaran muzik semasa (Contoh: Sentiasa Merinding dan Bunga)

Kalau setakat nak cedok idea lama dan bikin semula percayalah naskhah itu hanya mampu bertahan semusim sahaja. Saya bagi contoh Projector Band – Sudah Ku Tahu. Di mana letaknya lagu tersebut hari ini? Impaknya hanya semusim sahaja.

Dan kenapa radio masih pasang Sinaran (Sheila Majid), Gerimis Mengundang (Slam), Cindai (Siti) dan Slumber (OAG)? Jawapannya mudah, lagu-lagu ini ketika diterbitkan, datang sebagai satu ilham baru yang menjadi benchmark untuk ‘ditiru’ hit-hit berikutnya.

Hujah saya ini tidaklah seratus peratus betul dan legit. Tapi sebagai seorang pengamat muzik tempatan yang mendengar dan menulis tentang muzik secara serius saya kira nota-nota ini penting untuk kelangsungan muzik tempatan yang lebih berkelas.

Lihat sahaja Indonesia hari ini. Line-up seperti Tulus, Raisa, Payung Teduh, Dipha Barus, Adrian Khalif dan Rendy Pandugo dah cukup menjelaskan betapa jauhnya mereka meninggalkan kita daripada segi taste muzik itu sendiri. Tak perlu ulas panjang – lagu popular di sana adalah yang terbaik juga di sana.

Kita? Masih lagi sibuk nak jual gimik bangang yang sudahnya keluar cumicumicumi, ayam mee dan nakanakanakal kamu sangat nakal! (defak!)

Berikut senarai lagu yang kami angkat sebagai naskhah terbaik tahun ini. Naskhah yang seimbang antara nilai komersil dan estetika tetapi masih kekal jiwa Melayunya. Saya juga percaya senarai lagu dibawah mampu menjadi naskhah malar segar yang akan diulang dengar sentiasa.  #semogabermanfaat

JAMPI / HAEL HUSSAINI
Komposer & Lirik: Hael & Ezra Kong

Ini lagu terbaik tahun ini! Saya cuba mencari lagu mana lagi yang boleh melawan segala formula Pop Jampi sangat dasyat, namun saya tidak menemui mana-mana lagu Pop yang sehebat ini. Imaginasi saya luas melihat naskhah ini mengikut corak Pop Justin Timberlake, Mirrors. Cuba dengar betul-betul struktur lagu ini. Spirit Jampi cukup luar biasa! Penciptaan melodi yang sangat baik, bait lirik yang kreatif (Baca: Ha Ha Ha Aku Ketawa) dan killer chorus-nya need to say more? Pertaruhan paling berjaya sepanjang tahun.

SENTIASA MERINDING
Komposer & Lirik: Najwa Mahiaddin / Imran Ajmain / Az Avex Azman

Kita perlukan lebih banyak lagu dalam acuan serupa untuk kembangkan sikit pasaran muzik yang sempit hari ini. Jiwa Melayu dalam Sentiasa Merinding sangat kuat dalam moden muziknya. Tiada apa yang kurang tentang lagu ini – secukup rasa ramuannya untuk berdiri sebagai naskhah yang cemerlang tahun ini.

WANGIKANLAH HATIMU / NORANIZA IDRIS
Komposer & Lirik: Amir Jahari / AG Coco / Ahmad Fedtri Yahya

Saya rasa Amir dan AG dah buat kerja yang cukup smart untuk membawa irama Melayu pada tahap paling moden dan segar untuk dinikmati. Wangikanlah Hatimu berpaksi pada melodi yang catchy, punya festival feels dan bukti lagu melayu asli itu tidak terikat pada idea konvensional serta masih boleh diperbaharui seiring peredaran muzik semasa. Tahniah AG, Amir, Fedtri dan tentu saja our own queen Noraniza Idris. 

RAPUH / NASTIA
Komposer & Lirik: Rudy Iskandar / Leo Azman / The Faithmen

Nastia kalau dibikin dengan betul setidaknya kita ada harapan untuk ada Coldplay Malaysia. Kugiran ini antara bakat yang sangat penting untuk kita pelihara. Muzik Nastia cukup kuat nuasnsa lokalnya tetapi bercitarasa besar. Nastia kugiran harapan yang mampu menjadi band pop yang boleh kita banggakan kerena mereka seimbang untuk cater market mass juga bawah tanah.

BUNGA / MASDO
Komposer & Lirik: Ali Sariah Masdo

The whole idea tentang transformasi The Lipstik ke Masdo adalah genius! Terlalu banyak potensi untuk disukai, digemari dan digilai. Formula swinging 60’s yang diadaptasi dengan citarasa muzik hari ini menjadikan Bunga antara naskhah paling catchy, mudah dan paling menghiburkan sepanjang tahun! Tak mungkin untuk kita tidak suka dengan lagu ini.

KU SEDIA / ELLA
Komposer & Lirik: Faizal Tahir / Ezra Kong / Omar K

Lagu ini membawa Ella ke satu tahap yang lebih baik dalam rencana kariernya. Jujur kali pertama mendengar Ku Sedia saya tidak boleh menebak ini karya battalion The Faithmen. Mereka smart dalam mengekalkan jiwa besar Ella dalam melodi Pop yang cukup berkelas ini.

RENJANA / NOH SALLEH
Komposer & Lirik: Noh Salleh / Rahne Putri

Noh kalau dia Indonesian saya rasa dia sudah sebaris Sore, Payung Teduh dan lain-lainnya. Renjana membawa Noh jauh meninggalkan mana-mana bakat solo lelaki tempatan hari ini dengan persembahan muzik kelas satu. Semua tentang idea menyiapkan Renjana sebagai sebuah naskhah muzik ada cukup sempurna sekali.

TERUS MENCINTAI / SITI NORDIANA
Komposer & Lirik: Nana Alias

Menolak Balada untuk diasosiasikan dengan masyarakat kita adalah sesuatu yang mustahil. Ramai orang marah banyak sangat balada 90-an dan ya sejujurnya saya juga pelik kenapa budak-budak sekarang nak buat muzik yang 10 – 20 tahun ke belakang. But when it comes to the right person untuk mempersembahkan sebuah Balada yang jiwa melayu paling leman sekali, saya tidak mampu menolak naskhah ini. Siti Nordiana sepatutnya menjadi satu-satunya penyanyi wanita yang seharusnya mengendong ilham melodi begini. Kita tak perlukan yang lain-lain tu. Jiwa Nana dalam penyampaian lagu begini dasyat bagi saya. Dia tahu kraf muzik yang bagus untuknya dan yang paling penting Terus Mencintai ada struktur melodi yang sangat besar jiwanya.

Comments

  1. Saya suka ELLA sejak thn 89 (dengarkan lagu Ella via Radio --> RTM Seksi Bahasa Indonesia & Radio Warna Singapura)
    Salam Musik dari Indonesia…Telah dirilis sebuah single terbaru “MANIEZ” (MANIS) dari REGI WEKING (Ex-Vocalist GARUDA FORCE Band) yg ber-genre POP Ballad https://itunes.apple.com/album/id1304637464 (sudah ada juga di SMULE) Terimakasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se