#BetariSeni Noraniza Idris: Dasawarsa Seni Penyanyi Saduran ke Biduanita Irama Melayu Asli Paling Dihormati
Agungnya seorang penghibur bernama Noraniza Idris dalam memperjuangkan seni muzik Melayu Asli berdekad lamanya amat dipandang tinggi. Bermula di pertengahan era muzik 80-an sehingga hari ini Noraniza Idris masih belum berhenti apa lagi mengalah memperjuangkan irama Melayu Asli yang dijuangkan lebih 3 dekad ini. Seperti penyanyi seangkatan Ramlah Ram, Wann, Rohana Jalil dan lainnya – Noraniza Idris juga mula menjual bakat nyanyiannya menerus program Bintang RTM pertama kali pada tahun 1983 dan diikuti tahun 1985. Biar hanya layak ke peringkat separuh akhir, bakat yang dimiliki akhirnya menarik minat Life Records yang menyunting Biduanita ini sebagai penyanyi rakaman. Biar pun di saat itu dia harus siap bersaing dengan penyanyi yang seusianya namun Noraniza berdiri sendiri dengan bermula sebagai penyanyi saduran yang merakam semula hit-hit tempatan dan nusantara seperti Lela Manja. Kemunculan pertamanya menerusi album kompilasi Melayu Deli (1985) yang turut menamp...