Skip to main content

Posts

#RetrospektifMuzik 15 Tahun Fuuyo! Sebagai Album Urban Pop Paling Tastefully Produced

Pasaran sukar muzik urban ketika era 90-an sehingga hari ini sedikit sebanyak membuktikan sempitnya penerimaan pendengar massa yang tidak begitu memandang muzik ini sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan. Berbanding di era 80-an saya kira muzik kita lebih beragam dan menerima terbuka pasaran muzik yang keluar kepompong pasaran Balada bunuh diri. Nama seperti Sheila Majid, Freedom, Fairuz Hussein dan Mazlan Hamzah diterima baik bukan sahaja pasaran tempatan malah nusantara. Pasaran Pop R&B semakin kecil ketika pertengahan 90-an yang dimonopoli kugiran Pop seperti Spring, Slam dan Ukays serta bakat solo seperti Ramlah, Ziana, Haida, Safura dan lain-lain. Tetapi apa yang baiknya radio masih memutar lagu-lagu Sheila Majid, Zainal Abidin contohnya. Berbanding hari ini yang 90 peratus daripada apa yang kita dengar adalah benda serupa. Afdlin Shauki memulakan karier nyanyiannya bersama Roslan Aziz Production (R.A.P) dengan single Sampai Bila yang dimuatkan dalam album R....

#Perspektif Muzik MenJampi Separuh Lagu Yang Sejati & Yang Akan Terus Tergantung Sepi AJL32

Tinggal hanya beberapa hari kita akan merayakan sebuah pesta muzik yang paling dinanti saban tahun. Di saat AIM semakin sepi – sebut saja tidak lagi relevan. I mean Poova Artis Baru Terbaik mengalahkan SonaOne? Mana dia sekarang dan SonaOne bersama Joe Flizzow menang Juara Lagu, duet dengan Yuna etc etc. Relevan, itu apa yang cuba saya sampaikan. AIM selepas fasa Ramli MS dan Jennifer Thompson jadi makin krikk krikk. Dan saya pusing tengok, baca dan perhati semula sejarah Juara Lagu nampaknya juara-juara pesta muzik ini lebih menepati terma Lagu Terbaik. Lagu yang bagus bagi saya harus seimbang segala bentuk. Bukan sahaja keaslian penciptaan melodi yang sedap, lirik yang puitis dan penyampaian yang baik tetapi kena popular. Kenapa kena popular? Kerana hanya yang terbaik dan popular sahaja akan mengecap level Evergreen . Dan disebabkan itu Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku, Isabella, Janji Manismu, Teratai Layu di Tasik Madu, Tanya Sam Itu Hud-Hud, Jerat Percintaan, Bunga-...

#BetariSeni Noraniza Idris: Dasawarsa Seni Penyanyi Saduran ke Biduanita Irama Melayu Asli Paling Dihormati

Agungnya seorang penghibur bernama Noraniza Idris dalam memperjuangkan seni muzik Melayu Asli berdekad lamanya amat dipandang tinggi.  Bermula di pertengahan era muzik 80-an sehingga hari ini Noraniza Idris masih belum berhenti apa lagi mengalah memperjuangkan irama Melayu Asli yang dijuangkan lebih 3 dekad ini. Seperti penyanyi seangkatan Ramlah Ram, Wann, Rohana Jalil dan lainnya – Noraniza Idris juga mula menjual bakat nyanyiannya menerus program Bintang RTM pertama kali pada tahun 1983 dan diikuti tahun 1985. Biar hanya layak ke peringkat separuh akhir, bakat yang dimiliki akhirnya menarik minat Life Records yang menyunting Biduanita ini sebagai penyanyi rakaman. Biar pun di saat itu dia harus siap bersaing dengan penyanyi yang seusianya namun Noraniza berdiri sendiri dengan bermula sebagai penyanyi saduran yang merakam semula hit-hit tempatan dan nusantara seperti Lela Manja. Kemunculan pertamanya menerusi album kompilasi Melayu Deli (1985) yang turut menamp...

#RoadtoAJL32 10 Lagu Malar Segar Yang Terlepas Peluang ke Pentas Akhir Juara Lagu

Menyorot gemilangnya Juara Lagu sebagai sebuah pesta muzik komersil yang dinantikan saban tahun sehingga usia tiga dekad hari ini, tidak siapa mampu menyangkal prestij dan pentingnya AJL sebagai penanda aras siapa yang terbaik dan terpopular sepanjang tahun. Sebetulnya konsep yang digunakan program Muzik-Muzik ini dengan memberi peluang lagu yang popular untuk diiktiraf sebagai yang terbaik ada relevannya. Saya melihat konsep ini sebagai sesuatu yang equal dalam mencari yang seimbang – nilai komersil dan nilai seni muziknya. Berbanding Anugerah Industri Muzik yang seratus peratus menggunakan logik dan genius juri berpengalaman, Juara Lagu bagi saya lebih adil untuk semua – yang popular dan yang terbaik. Tetapi di hujung ceritanya, hanya yang terbaik akan diangkat sebagai sebagai juara. Dalam entri kali ini kami ingin menyenaraikan 10 lagu malar segar dan yang memiliki komposisi muzik terbaik yang terlepas peluang menjadi sebahagian finalis Juara Lagu. AKU CINTA AKU ...

[PERSPEKTIF MUZIK] Pop Masa Depan – Cerita Tiga Bakat Ali Aiman, Kuizz Shah & Alif

Dalam entri kali ini saya ingin bercakap tentang tiga bakat muda yang punya potensi besar untuk membentuk pasaran muzik lokal ke tahap yang lebih berkelas dan global. Biar bukan terlalu baru dalam pasaran muzik tetapi dengan segala potensi yang ada boleh dikembangkan bagi membantu meluaskan lagi spektrum muzik tempatan supaya tidak lagi stuck dengan idea serupa. Kenapa hal ini penting? Sebab kita ketinggalan sangat jauh dengan Indonesia. Melihat betapa besarnya penerimaan terhadap bakat urban seperti  Dipha Barus  (Best Dance Production),  Adrian Khalif  (Best Rap Hip-Hop),  Teddy Ahitya  (Best New Comer),  Soundwave, Eva Celia  dan lain-lainnya yang diterima baik bukan sahaja di pentas anugerah tetapi secara menyeluruh – radio, strim digital, konsert dan sosial media. Malaysia bukan tiada bakat yang sebagus nama-nama yang saya sebut di atas cuma pendedahan serupa sahaja yang tidak diberi. Media Melayu khususnya bagai tidak berminat ...