Skip to main content

#Perspektif Muzik MenJampi Separuh Lagu Yang Sejati & Yang Akan Terus Tergantung Sepi AJL32

Tinggal hanya beberapa hari kita akan merayakan sebuah pesta muzik yang paling dinanti saban tahun. Di saat AIM semakin sepi – sebut saja tidak lagi relevan. I mean Poova Artis Baru Terbaik mengalahkan SonaOne? Mana dia sekarang dan SonaOne bersama Joe Flizzow menang Juara Lagu, duet dengan Yuna etc etc.

Relevan, itu apa yang cuba saya sampaikan. AIM selepas fasa Ramli MS dan Jennifer Thompson jadi makin krikk krikk. Dan saya pusing tengok, baca dan perhati semula sejarah Juara Lagu nampaknya juara-juara pesta muzik ini lebih menepati terma Lagu Terbaik.

Lagu yang bagus bagi saya harus seimbang segala bentuk. Bukan sahaja keaslian penciptaan melodi yang sedap, lirik yang puitis dan penyampaian yang baik tetapi kena popular. Kenapa kena popular? Kerana hanya yang terbaik dan popular sahaja akan mengecap level Evergreen.

Dan disebabkan itu Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku, Isabella, Janji Manismu, Teratai Layu di Tasik Madu, Tanya Sam Itu Hud-Hud, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta, Gemilang, Lagu Untukmu dan paling terkini Lelaki Teragung menjadi lagu yang sentiasa on demand, yang sentiasa radio pasang dan sentiasa boleh didengar (walaupun kadang jelak jugak).

Lagu-lagu yang saya sebutkan tadi sudah capai satu tahap evergreen dan yang menariknya lagu-lagu tersebut bukanlah lagu-lagu yang menang kategori Lagu Terbaik AIM. Di sini yang saya maksudkan AJL lebih relevan untuk pasaran yang bersifat nasional setidaknya. Penerimaan berterusan dan keseimbangan antara nilai seni muzik dan komersil.

SISTEM PENJURIAN DAN PEMILIHAN JUARA

Saya tidak tahu  bagaimana sistem penjurian AJL dibuat secara details. Setakat yang kita tahu, beberapa barisan juri dilantik untuk menilai dan dan markah secara terkumpul dilaksanakan. Maka yang paling tinggi dikira sebagai juara. Itu perihal standard mana-mana penjurian.

Pabila Tolong Ingatkan Aku persembahan Ana Raffali diumumkan pada AJL Ke-25 mengundang suasana kurang senang. Maka banyaklah pihak yang mempertikai pemilihan yang dibuat juri ketika itu diketuai sifu M.Nasir. Kisah serupa terjadi pada beberapa tahun sebelumnya, pabila Keliru – Ajai & Nurul karya sepenuhnya Aidit Alfian menerima respons serupa.

Masa Keliru diumumkan Juara ramai yang menebak Nirmala atau Menadah Gerimis. Tapi sejujurnya saya sangat setuju dengan pemilihan Keliru yang lebih Pop, moden dan muziknya ke depan berbanding lagu-lagu yang lainnya. Bak kata idola saya Saniboey, Nirmala tu terlalu Pak Ngah and what’s new about it?

Tolong Ingatkan Aku menepis terus dua lagu hebat Faizal Tahir Selamat Malam dan Hanyut yang disebut sebagai calon juara sebelum malam pertandingan. Namun saya kira Tolong Ingatkan Aku cukup besar sifat humanisme-nya berbanding lagu lain yang terlalu terus bercerita tentang cinta. Lihat sahaja pesaing lainnya Cinta Sempurna, Sofea Jane dan Ku Ada Kamu umpamanya.

Jika ada satu tahun yang saya kurang setuju dengan juaranya adalah AJL 30 bila juri decide untuk memilih Potret (Akim & The Majistret). Saya tidak cakap lagu tersebut tidak bagus tetapi untuk menewaskan Assalamualaikum (Faizal Tahir) adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Biar sehingga hari ini saya masih rasakan Assalamualaikum harus menjadi juara tahun tersebut.

Jiwa besar dalam Assalamualaikum bukan calang-calang naskhah yang kita boleh dapat selalu dan sejujurnya Potret itu terlalu Pop dan forgettable untuk diangkat sebagai naskhah juara. Mewangi menurut saya lebih baik tetapi gagal ke final pada tahun sebelumnya.


M.NASIR PEMEGANG REKOD JUARA TERTINGGI

Sifu muzik M.Nasir memegang rekod tertinggi sebagai komposer yang paling banyak menang sepanjang musim penganjuran Anugerah Juara Lagu dengan empat kemenangan keseluruhan. 3 kemenangan sebagai komposer dan penyanyi dan satu lagi kemenangan sebagai komposer menerusi lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud, Ghazal Untuk Rabiah (Bersama Jamal Abdillah), Andalusia dan Awan Nano (Persembahan Hafiz).

Rekod ini diekori rapat Arwah Adnan Abu Hassan (Jerat Percintaan & Bunga-Bunga Cinta) dan Pak Ngah (Cindai & Balqis) dengan kemenangan sebanyak dua kali sepanjang 32 tahun penganjuran AJL sehingga hari ini.

PRISMA POP AJL 32
Sejujurnya dua belas lagu yang bertanding tahun ini tidaklah berada di tahap yang terlalu bagus. Semua masih berlegar ilham Pop semasa, tidak kurang juga yang sekadar mencedok ilham muzik 90-an yang dah terlalu banyak bagi saya.

Kejutan manis yang saya harapkan tahun ini. Tentu saja saya tidak mahu Warkah Untukku, Lebih Sempurna atau Bayang menang juara. Kalau tiga lagu ini diangkat top 3 sekali pun saya rasa AJL jadi makin tak menarik.

Kejutan manis bagaimana yang saya harapkan? Kita imbas kembali kemenangan Apa Khabar yang cukup-cukup membanggakan. Dan sejujurnya saya memang sangat berharap Apa Khabar menang untuk duo hip-hop ini pulang bangga.

Kenapa saya mahu Apa Khabar menang tahun tersebut? Sebabnya mudah, lagu tersebut datang dengan formula muzik yang current, memecah dominasi klise muzik Melayu dan punya nilai evergreen yang akan kekal lama sifat juga keberadaannya dalam pasaran muzik lokal. Korus catchy, lirik jujur telus meaningful dan Apa Khabar sebuah lagu yang bersifat cukup personal tetapi boleh dinikmati semua. Dan arrangement Apa Khabar malam tersebut – 5 bintang! A world class performance.

Hal hayat dalam lagu sangat penting bagi saya. Lagu yang bagus senang dan banyak tetapi lagu yang boleh bertahan lama itu yang semakin sukar dicari. I mean siapa saja yang masih mencari Cinta Muka Buku untuk didengar dan lagu tersebut adalah finalis yang menurut ramai sekadar meninggikan rating tontonan (tapi saya tidak menidakkan bakat penciptaan lagu yang ada pada Najwa Latiff).

JUARA YANG MANA PILIHAN MUZIKKITA?

Berderu juga DM di Instagram kami bertanyakan siapa yang MK jangkakan untuk menang tahun ini. Secara peribadi dan terus dijelaskan di sini – Jampi memiliki semua elemen yang saya jelaskan dari awal tadi.

Potensi lagu ini untuk dibesarkan sifatnya di pentas AJL begitu luas. Struktur atau asas Jampi saja sudah menang bab originality. Jika disusun kemas seperti apa yang dilakukan Justin Timberlake dalam persembahan BRITS Awards (Tonton di sini: https://www.youtube.com/watch?v=TX2MhqpHfxI) Jampi akan wow the whole stadium even the whole country.

Lagu ini punya sifat hampir serupa dengan Mirror. All the guitar riffs dari awal hingga ke hujung lagu disatukan dengan susunan string dan tambah trumpet repertoire dan back-up vokal yang strong, Jampi akan buat semua terjampi dengan the whole production persembahan tersebut.

Akan tetapi itu hanya visual saya sahaja. Bagaimana team Hael mahu membentuk Jampi saya tidak tahu tapi apa yang saya tahu Jampi cukup segala elemen untuk jadi calon juara terbaik tahun ini. Saya cuma takut kalau Hael tampil dengan idea mirip persembahan Anugerah Skrin tahun lalu. Saya hanya mampu senyum jelah. It was a really bad idea! #JanganBuatLagi #Please

Line-up AJL 32 penuh dengan lagu-lagu yang melodious. Tergantung Sepi punya melodi yang paling sedap, korus cemerlang Aku Cinta dan Akhirnya Cinta juga antara yang bagus. Komposisi istimewa Ajai dalam Separuh Matiku Bercinta antara yang cukup kemas dan terperinci penciptaannya. Saya juga punya harapan untuk Ajai pulang sebagai juara untuk lagu ini.

Persoalan sama ada Sejati mampu dinobatkan sebagai lagu terbaik tahun ini selepas kemenangan AIM 2 tahun lalu belum siapa tahu. Nora dengan Menyemai Cinta Bersamamu menang besar 2 kategori di AIM tapi tewas dengan Seandainya Masih Ada Cinta di AJL. Jadi tiada jaminan untuk Sejati bergelar juara tetapi Sejati kuat di bahagian liriknya begitu juga dengan Aku Yang Sebenar (Hazama) yang mungkin dilihat sebagai calon underdog.

Sebetulnya siapa pun yang menang itu hal kedua. Apa yang paling penting adalah sumbangan AJL sebagai apresiasi seni muzik tempatan itu yang harus kita semua berterima kasih. TV3 setidaknya memberi hiburan yang ada value dan tidak syok sendiri (in terms of penerimaan).

Harapan saya agar TV3 dapat pertimbangkan untuk memperkenalkan kategori Susunan Muzik Terbaik. Sayang arrangement hebat Apa Khabar, Tak Pernah Menyerah dan Lelaki Teragung tahun lalu disia-siakan tanpa sebarang apresiasi. Atau setidaknya beri kredit ketika persembahan dilakukan.

Satu lagi harapan saya buat semua yang akan perform cukup-cukuplah dengan idea drama pentas. Tak perlu berlakon, tak perlu gimik bukan-bukan. Stand still, bergerak bila perlu dan bernyanyilah sepuas hati anda. Jangan tenggelamkan lagu yang bagus dengan persembahan yang murah.

Nota kecil: Rujuk betapa besarnya persembahan monokromatik Lelaki Teragung tahun lalu yang hanya bermain dengan melodi, pencahayaan, kostum dan figura Dayang kerana di hujungnya jiwa penyanyi itu yang mahu kita rasakan dan resapi dan merinding. But then again, tak semua punya kebesaran yang Dayang miliki.


Selamat maju jaya muzik Malaysia…

Comments

  1. Kalau x silap, satu2nya Lagu yang menang Lagu Terbaik di AIM dan menjadi Juara Lagu di AJL hanya Jerat Percintaan.

    ReplyDelete
  2. so far memang Jerat Percintaan je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se