Skip to main content

Amylea - Selepas 3



Album:
Amylea-Selepas 3
Producer: Hazami, Azlan Abu Hassan, Audi Mok, Afdlin Shauki, Pacai, Joe Flizzow, Audi Mok, Amylea
Verdict: 3.5/5


Album ini dibuka dengan lagu Luar Biasa (Audi Mok/Amylea) lagu yang cukup fun dan ada feel Pop yang cukup baik dengan korus catchy. Bagi aku Audi Mok ada magic bila dia buat lagu sebab dia tahu apa yang boleh dan tak boleh di deliver oleh penyanyi yang nak nyanyi lagu dia. this track is a good one.

Trak kedua Andai (Hazami) i do like this song, groovenya terasa and again aku kagum dengan melodi melayu yang begini, sound fresh and moden. Track ketiga Bukan Cinta ft. Azan (Afdlin Shauki) kalau anda biasa dengan melodi Afdlin, lagu ini tiada yang istimewa it is just another track. and we are all know that Aflin kan idola Amylea, this song tak ada apa-apa sangat.

When We Dance (Joe Flizzow). lagu ni lembik aku tak tahu tapi mungkin ini antara lagu-lagu terawal ciptaan Joe yang muziknya bagi aku sangat lapok dan membosankan! track 5 Ku Temui (Azlan Abu Hassan / Kaer Azami / Amylea) is a masterpiece. Yes, this is a typical ballad dari Azlan but please dengar piano di bridge lagu ni, beautiful. This is the song with the best arrangement in this album. This time aku baru betul-betul dengar vokal Amylea, she`s did not over do the singing. Nyanyian Amylea sangat segar dan relax. tak perlu tarik namun tetap sedap.

Dari Mula (Pacai) this is one of my favourite track in this album. Menari adalah versi melayu ciptaan Joe Flizzow, and again im bored! trak terakhir adalah lagu ciptaan Amylea Aku Sindarela. mood pop kuat dalam lagu ni, tak ada apa yang menarik., turut dimuatkan version Sharifah Amani.

Overall, album ini tidak gagal. sound segar dalam beberapa track dalam album ini buat ia jadi lain daripada apa yang berlambak dipasaran. Hopefully this album akan bagi ruang untuk Amylea pergi jauh lagi. One of the best product from Akademi Fantasia after Kaer (Menjelma) and Aizat (Percubaan Pertama).

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...