Skip to main content

quick review: Hujan, Ayu



Hujan - Mencari Konklusi

Bagi anda yang seperti saya, yang menggemari Hiba, Aku Skandal, Ku Mahu Kau Tahu, Neon dan Pijak Hatiku mungkin akan sedikit kecewa dengan album ini kerana sound-sound alam lagu yang aku sebutkan tadi tidak ada dalam album ini. Bagi aku nyawa kepada identiti Hujan adalah kepada sound-sound minimal jazz yang ada pada gitar AG buat band ini lain daripada band indie yang ada. Namun apa yang kita boleh perolehi dalam Mencari Konklusi adalah sound-sound riff gitar yang lebih keras hampir kesemua lagu terutama Obsesi, 2nd Airwaves dan Sangkar besi Dihatiku. Kau Harus Ada dan Romantik antara yang menjadi favourite aku. Overall album ini bukan tak bagus cuma aku rasa persembahan keseluruhan dalam album ini membuatkan Hujan hilang identiti seperti yang aku dengar di debut mereka. Ya sound2 jazz dalam gitar AG yang diblend dengan rock dan pop buat band yang satu ini different. Antara album yang akan mengambil masa untuk rongga telinga aku.




Ayu - Inspirasi

Kekuatan album ini memang bergantung pada track2 soulfull ballad Azlan Abu Hassan dan Aubrey Suwito. Dengarkan Inspirasi Abadi, Cinta dan Hidup, Hanya Kita serta Kumiliki Abadi antara track hebat dalam album ini. Untuk yang sukakan sound-sound pop easy listening this might be the album. 2 track terakhir Alam Asmara dan Janji Kita buat juga tidak kurang hebatnya dan yang paling aku layan sekarang adalah track ciptaan Audi MOk, Menjadi Ayu yang bagi aku sangat international ada influence Duffy dan Amy Winehouse yang lebih minimal namun sedap. Vokal Ayu bagi aku sedap namun kurang merdu dan masih banyak yang perlu diperbaiki. Untuk debut pertama juara OIAM ini aku rasa producer dalam album ini telah beri justice yang baik untuk membentuk Ayu menjadi penyanyi yang ada taste yang bagus. Mendengar album ini membuatkan aku teringat album VE - For You kalau anda layan VE takkan ada masalah untuk layan album ini.


Comments

  1. album pertama HUJAN sudah sgt hebat..

    mereka sendiri yg letakkan standard yg tinggi dlm abum pertama mereka

    haha

    AYU? maaf karl langsung x berminat dgn die

    ReplyDelete
  2. xde masalah dgn ayu actually mana2 artis pn sbb selalunya akn ada masalah dgn ko,poser yg keep doin the same thing. artis hanya org tengh. u should really try ayu, her album my way better than jac.

    Hujan pasti ada agenda lain thats y they sound diff on mencari konklusi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...