Skip to main content

quick review: alif / shila



Alif - Nakal
Aubrey Sutito / Audi Mok / Zimi / Ahmad Izham Omar / Aidit Alfian
2.5/5

A pop album yang baik bagi aku. Untuk masuk radio most of the songs dalam Nakal tiada masalah, 2 single terawal Akan Tiba & Jangan Nakal adalah bayangan yang tepat untuk anda tahu the whole album sound like what. Aku terpesona dengan trak Cinta Tergadai (Panji) awal lagu ini bermula dengan mood ballad 70-an ala Ahmad Nawab, haunting and deep. Dan lagu ini perlahan menjadi pop indo band sampai kehujungnya, buat aku ulang dengar and this is the only ballad dalam Nakal. Cinta Indah cathy, dan Katamu (Alif/Farith) yang disusun oleh Aubrey ada mood country pop yang cool. Ada 2 nama besar dalam album ini Aidit dan Audi yang bagi aku tewas dengan track2 lain sebab lagu mereka sangat lemah untuk aku dengar, Satu Garis (Aidit) bagi aku punya influence Dibawah Pohon Asmara nyanyian Jac, comeon Aidit u can do better than that, sama dengan karya Audi dalam Lagi Lagi Cinta sekadar pop dance yang biasa2 sahaja. Overall as a debut album ini ok namun kredibiliti Alif on vocal department masih belum benar2 diuji.






Shila - Bebaskan
Aubrey Suwito / Audi Mok / Ahmad Izham Omar / Adius Mtawarira / Kieren Kuek
4/5

Formula Britney + Rihanna dalam album ini bagi aku sangat baik untuk artis baru seperti Shila, fresh dan different. She dont need to be another pop star yang akhirnya tetap go for cheesy pop yang lembik. Antara track britney + rihanna yang aku maksudkan Ada-Ada Saja (Audi) yang ada sound If U Seek Amy - Britney, dengar korus lagu ini betul-betul dan Terus Menyinta (audius mtawarira) yang ada sound Umbrella - Rihanna dan ballad yang menjadi favourite aku Tapi Mengapa yang buat aku ulang dengar berkali-kali, beautiful song dan di blend dengan intense vocal Shila yang sangat hebat, this is how new era kind of ballad should be! (rujuk jugak Selamat Tinggal - Nikki) and aku harap this track bole jadi hits. Well aku tak ada masalah seberapa banyak persamaan pun yang ada dalam album ini atleast she go for something international instead of be another siti or misha. Album ini harus jadi taruhan untuk mengukur taste muzik pendengar Malaysia, Album ini hampir dengan album Hawa - Nikki tapi not exactly same Shila lebih ke arah pop dance dan Nikki lebih adult dengan sound2 dance yang di blend dengan element classical dan jazz. Tapi both are good! This is the album that worth your money.

p/s: cover album alif diatas bkn cover album sebenar.

Comments

  1. gagaga

    till today still xdpt review album shila lagi.. x sempat

    well agreed dgn ulasan.. cume album alif not bad.. i kasik 3.5 stars

    sure la album shila & aliff dgn mudah nk compete dlm AIM

    hoho

    btw, dh lama kan xupdate!

    ReplyDelete
  2. SETUJU SGT...ALBUM SHILA MMG BEST....HRP PIHAK MONKEY BONE DPT PERKUATKAN PROMOSI ALBUM NE...5 BINTANG UTK SHILA...FAV TRACK...tiada akhir nanti,bisik namaku..kaku aku...ada saja dan hell no...

    ReplyDelete
  3. ye karl lama dh xupdate, bz keje sket.
    yup hope shila akn dpt perhatian diradio, n hope tapi mengapa meletop diradio

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...