Skip to main content

Reshmonu - Harapan

Reshmonu - Harapan
Produced by Reshmonu
verdik: 5/5

Since this album tak jual dimusic store aku hanya dapat dengar full album ini sebulan yang lalu, thanks to Zain for the album. Album ini dibuka dengan track Lalala (Reshmonu / Farasha Osman) yang punya sound samba, latin dn raggae. it is a fresh touch untuk pembukaan album ini but not really my favorite. But the sound engineered really well, very sharp and smooth. Track kedua pun punya mood yang sama menerusi lagu Oh! Anok Anok (Reshmonu / Farasha Osman) Sekiranya kau kembali (Pacai) lebih perlahan and pada track yang ketiga ini buat aku kagum dengan ketelitian Resh dalam penyampaian beliau. Setiap perkataan disebut dengan jelas dan sangat baik, and this is the thing yang sangat obvious ada pada penyanyi bukan melayu mereka akan benar2 beri penekanan terhadap sebutan bahasa melayu supaya ia disampaikan dengan penuh makna (rujuk Nikki, Karen Kong) kredit buat pacai sebab aku sangat sukakan melodi lagu ini, sampai kehujung lagu ini benar-benar buat aku melayang.

Hijau Pun Kelabu (Reshmonu/Farasha Osman) dimulakan dengan tiupan saxophone yang sangat sedap. lagu ini punya mood ska dan raggae yang sangat cool. this is one of my favourite track in this album, tersangat2 cool! track seterusnya adalah fusion jazz, Kau ucap kau alur with Hunny Madu (Reshmonu / Hunny Madu) the fact yang buat aku enjoy dengan track ini adalah kerana blend vokal resh dan hunny yang sangat unik, and this song sendiri punya melodi yang sangat unik, groove dan different, my favourite part is the chorus. Lagu yang boleh buat anda move dengan beat dan sekali lagi sound saxophone yang beri justice terbaik untuk buat lagu ini. Dengarkan juga lirik lagu ini, i am so in love with this song!

Sayu (Reshmonu / Farasha Osman) kembali perlahan. Intro lagu ini buat aku teringatkan sound2 dalam filem2 perancis, ok paling senang anda bayangkan iklan Enchanted punya lagu. Damn beautiful! and yes bila lagu ini habis, aku rasa track ini sangat sesuai untuk sountrack filem bertemakan cinta. Doa untuk dia (Reshmonu / Farasha Osman) juga perlahan, tak begitu menarik minat aku sangat. Track Aku punya teman with Noryn Aziz (Reshmonu / Farasha Osman) lebih hebat, this is my fav track. Dimula perlahan dengan soulful suara Noryn dan ditengah lagu ini menjadi fast beat dengan mood yang sangat baik, blend vokal noryn dan resh juga beri justifikasi yang hebat untuk lagu ini.

Pembawa Bahagia with Adeep & Mawar Berduri (Reshmonu / Farasha, Shamsolnahar & Adeep) ada sample chorus Aku Punya Teman, sekadar biasa, namun aku sangat terpesona dengan vokal adib dalam lagu ini. Album ini ditutup dengan track Ku sayang (Reshmonu / Reshmonu, Caprice, Farasha & Adeep) mood dance yang sekadar ok.

Overall album ini sebuah album dengan kualiti produksi yang sangat2 berkualiti, dari originaliti penciptaan, susunan, dan sound engineering. Album ini diterbitkan dengan penuh ketelitian, tahniah buat reamonu dengan kualiti sehebat ini aku tak rasa ada mana2 album yang boleh menandingi kualiti rakaman album ini dalam masa terdekat ini.

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...

#Karya Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan...