Skip to main content

NAJWA - INNOCENT SOUL

NAJWA - INNOCENT SOUL
Producer: Najwa / Widi Puradiredja / Rozhan Razman / Jason Voo / Fariz Adlan
Jururakam: Javafinger / Hardesh Singh / Jason Voo / Haris Asraf
Juruadun: Rayendra / Indra Lesmana / Roslan Aziz / Jason Voo
Mastering: Indra Lesmana
Kreatif: Vignes Balasingam / Farhan Yassin
Verdik: 4/5

Bertuah kita memiliki Najwa. Seawal trak pertama dia sudah cukup buat impress! Trak Got To Go kental jiwa motown nya buat aku ulang dengar 2-3 kali jugalah sebelum ke next track. She's so wonderfull. Soul yang diberi dalam penyampaian single pertama ini amatlah mengagumkan. Intro Sweet October buat aku melayang mengingat trak-trak Chaka Khan, Roberta Flack dan Diana Ross. Again she's a master towards deliver the real soul! Weight yang ada pada vokal digunakan sepenuhnya dalam penyampaian. Dan ia benar-benar buat aku enjoy!

Go Ahead sekali lagi buat aku fikir how international she is. Susah juga nak dengar trak soul begini. Ya Noryn Aziz ada buat tapi masih kuat jiwa melayunya. Punch dalam segala segi melodi, susuna dan again aku nak cakap vokal Najwa buat trak ini sangat hebat. Especially part "I Surrounded by the people who love me.." i DIG THIS! Ah di tengah lagu aku hanya mampu membayangkan how beautiful this track Najwa kongsi bersama Noryn. gabungan ini pasti akan bagi lebih punch bagi trak ini.

Jealousy disuntik elemen jazz yang amat memikat begitu juga dengan Monday Blues yang kental elemen motownnya. How Long Must I wait medan terbaik untuk kita dengar power vokal Najwa. Trak lebih 6 minit ini hanya berlatar susunan keyboard Adrian rahmat yang minimal. She's deliver beautifully!

Aint That a Shame sangat enjoy. Gitar akustik dengan melodi penuh relaks dan lirik Chicky Najwa buat semuanya perfect! Again ini trak kedua buat aku ulang dengar sebelum ke next track. Scatting Najwa bikin dengan penuh stail! She's the person yang tahu bagaimana mahu bikin setiap trak yang dibawa penuh substance! I really enjoy the baddu baddu baday and the dialog part! So Cute!!

Your Love menjadi penutup penuh relaks! Ballad RnB yang sangat senang. Buat aku teringat trak-trak Brandy. This is the real local product yang kaya motown, soulfull mood atau apa saja yang bikin kita kenal dan jatuh untuk mendengar Najwa berulang kali. Ya this might notbe our local cup of tea! But after all we should be really proud because finally there is someone who really know what does music should be like! Kepada Najwa and the team this is one of the best this year after Yuna i guess. Keep it up. Tapi sayang tak ada Impian Terindah sebab lagu itu sangat-sangat bagus esp untuk market Malaysia yang ketandusan ballad yang baik lately!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se