Kolaborasi bukan idea baru dalam pemasaran muzik tempatan. Gabungan dua atau tiga penyanyi dalam satu sebetulnya satu strategi yang baik dalam memberi pendedahan penyanyi yang digabungkan pada masa yang sama mengukuhkan portfolio seseorang penyanyi itu sendiri. Akhiran ini, semakin banyak lagu duet dipertaruhkan sebagai single perdana mengisi frekuansi radio tempatan dan strim digital. Nama Datuk Siti Nurhaliza paling dominan dalam menghasilkan single duet yang saya sifatkan sebagai percaturan bijak membuat namanya relevan di pasaran semasa. Siti berduet dengan Hafiz dalam lagu Muara Hati (lagu tema Adam & Hawa) menjadi naskhah yang meneruskan keberadaannya dalam pasaran semasa seiring dengan artis-artis baru meningkat naik ketika itu. Formula ini diteruskan dengan duet Siti Bersama bakat seberang, Cakra Khan yang ketika itu (2014) sedang digilai tidak hanya di Indonesia tetapi di Malaysia. Dan sekali lagi formula ini nyata berjaya menjadikan nama Siti terus kekal me...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara