Skip to main content

Ledakan Duet Pop Semasa - Strategi Pemasaran Muzik Yang Lebih Berkesan

Kolaborasi bukan idea baru dalam pemasaran muzik tempatan. Gabungan dua atau tiga penyanyi dalam satu sebetulnya satu strategi yang baik dalam memberi pendedahan penyanyi yang digabungkan pada masa yang sama mengukuhkan portfolio seseorang penyanyi itu sendiri.

Akhiran ini, semakin banyak lagu duet dipertaruhkan sebagai single perdana mengisi frekuansi radio tempatan dan strim digital. Nama Datuk Siti Nurhaliza paling dominan dalam menghasilkan single duet yang saya sifatkan sebagai percaturan bijak membuat namanya relevan di pasaran semasa.

Siti berduet dengan Hafiz dalam lagu Muara Hati (lagu tema Adam & Hawa) menjadi naskhah yang meneruskan keberadaannya dalam pasaran semasa seiring dengan artis-artis baru meningkat naik ketika itu.

Formula ini diteruskan dengan duet Siti Bersama bakat seberang, Cakra Khan yang ketika itu (2014) sedang digilai tidak hanya di Indonesia tetapi di Malaysia. Dan sekali lagi formula ini nyata berjaya menjadikan nama Siti terus kekal mekar dalam carta lagu thits tempatan.

Tanpa perlu mengambil masa yang lama Faizal Tahir digabungkan bersama Siti menghasilkan balada terhebat 2016 berjudul Dirgahayu yang dimuatkan dalam album studio FT berjudul Anatomi. Lagu tersebut nyata cukup berhantu. Kejayaan ini diteruskan dengan duet terkini Siti Bersama Judika dalam lagu Kisah Kuinginkan yang dimuatkan dalam album terbarunya, SimetriSiti.

 2015 Tahun Paling Banyak Hits Duet?

Buka kembali kalender muzik 2015, saya kira ia memang tahun yang meneruskan fenomena “duet” yang hebat. Gandingan Misha Omar bersama Hafiz dalam Terimaku Seadanya (Ajai), Shila & Alif Satar menerusi Selamanya Cinta (Shila Amzah) dan Faizal Tahir bersama Elizabeth Tan menerusi Setia.

Kesemua lagu-lagu ini menjadi lagu penting sepanjang tahun lalu dan diiktiraf sehingga ke pentas Anugerah Juara Lagu yang berlangsung Januari lalu.

Kolaborasi hip-hop lebih awal dimulakan dalam skala besar oleh Too Phat. Gabungan mereka bersama legenda Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Innuendo dan Camelia mencipta sesuatu yang lebih segar dan tersendiri. Dan selepas itu formula serupa diikuti rapper yang lain sehingga hari ini.

“Duo Star” Penerus Fenomena

Idea Astro memperkenalkan Duo Star saya sifatkan sesuatu yang sihat untuk perkembangan muzik lokal. Pertama kerana ia medan bagi mengetengahkan bakat sebenar dan kedua mampu menambah jumlah lagu-lagu yang berkualiti.

Haiza bersama Aepul menghasilkan Jangan Pernah berdusta – pop dengan esen rock yang didangdutkan. Ayai dan Firman dalam Pop rock Yakin Aku.

Dan yang paling saya suka adalah kolaborasi Awi Rafael & Kaka menerusi Ada Jalannya serta yang paling serasi juara  Duo Star Ernie Zakri dan Syamel menerusi balada terbaik Aku Cinta. Gabungan Ernie dan Syamel saya sifatkan sebagai yang paling sempurna. Tidak salah jika mahu meletakkan mereka sebagai pelapis penghibur masa depan.

 Wangikanlah Hatimu Naskhah Terbaik Tahun Ini

Sebuah lagi duet yang menarik perhatian saya adalah gabungan Noraniza Idris bersama bakat baru Tyqa menerusi Pop Etnik – Wangikanlah Hatimu yang cukup segar, moden dan pada masa yang sama masih kekal pada akar muzik tradisi.

Karya yang menggabungkan dua anak muda AG Coco dan Amir Jahari yang bertindak sebagai pencipta dan composer memberi nafas segar irama Malaysia. Namun entah di mana silapnya lagu ini bagai tidak mendapat perhatian.

Tahun lalu juga Yuna dan SonaOne sempat membuat single duet yang turut diproduksi AG Coco namun lagu tersebut tidaklah begitu hebat diperkatakan.

Bakat baru seperti Tajul dan Wany Hasrita yang dikatakan generasi baru Siti Nordiana dan Achik berjaya menawan pasaran semasa dengan cukup meluas. Biar lagu ciptaan Patrick Khamis itu sekadar mengulang serupa tetapi ia masih menjadi pilihan pendengar hari ini.

Saya lebih tertarik dengan gabungan Farawahida dan Alyah dalam lagu Mengapa Harus Aku. Penciptaan lagu ini sangat sempurna buat kedua-dua vokalis wanita ini. Malah tidak salah kiranya saya katakana ia lebih baik daripada duet Nana dan Jac menerusi lagu Nisan Cinta. 

Melodi ciptaan Alyah dalam Mengapa Harus Aku lebih melodious dan kemas berbanding duet Nana dan Jac yang agak bingit menurut saya.

Dan mungkin anda boleh juga mendengarkan duet Adibah Noor dan Atilia menerusi lagu Sandaranku yang lebih lembut, soothing dan merdu alunannya.

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...

#Karya Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan...