Skip to main content

#Review Siti Nurhaliza - #SimetriSiti

Rating saya di Twitter dengan meletakkan verdik 2 bintang untuk SimetriSiti mengundang cuak penggemar tegar Dato’ Siti Nurhaliza. Ada mengatakan saya haters dan berat sebelah dan ada yang menyatakan verdik saya tidak berasas.

Jadi dengan itu saya ingin membuat pencerahan, sedikit penjelasan dan menjadi lebih kritis dan kritikal terhadap figura seni yang sudah memiliki lebih 15 album studio sepanjang tempoh 22 tahun dia mencipta nama sebagai anak seni dalam legasi muzik tempatan yang paling tinggi darjatnya - menyamai Tan Sri S.M Salim, Sudirman, Sharifah Aini dan Sheila Majid.

Baiklah, sebagai pendengar saya sentiasa mahu dicabar dengan satu pengalaman mendengar muzik (album) lengkap yang memiliki satu konsep dengan kesinambungan muzik yang baik.

Bagi saya muzik (album) adalah satu journey perasaan yang punya cerita lengkap dan cerita lengkap itu tidak semestinya pada penulisan lirik tetapi continuity penciptaan melodi yang melengkapi antara satu lagu dengan lagu lain.

Hal-hal ini ada dalam album Pancawarna, Prasasti Seni, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati dan Fragmen. Album-album ini contoh terbaik naskhah album yang lengkap pernah dihasilkan Siti bersama battalion muzik yang dilantik.

Saya harus menjadi lebih kritis sebagai pendengar, demand dan expectation saya tinggi terhadap Siti kerana ketika Fragmen dilahirkan saya seronok dengan produksi album tersebut dan setelah lebih 2 tahun tanpa album, saya mahukan sesuatu yang menyamai standard album tersebut atau lebih lagi.

SimetriSiti dimulakan dengan pertaruhan Segala Perasaan yang sangat istimewa penciptaannya. Jujur saya goosebumps ketika pertama kali mendengarkan lagu ini. Vokal Siti berada di tahap paling baik dengan feel yang begitu hebat sekali. Bait-bait lirik lagu ini sangat indah dan ia melengkapi segala aspek melodi, susunan muzik, kualiti rakaman dan ya saya ulang sekali lagi vokal hebat Siti yang maha dahsyat.

Jadi dengan itu saya sudah menjangkakan sesuatu yang cukup hebat akan ada pada SimetriSiti. Namun saya kecewa kerana album ini gagal dalam melengkapkan formula muzik yang saya sebut sebagai journey (pelayaran) perasaan itu tadi.

Mengapa?

Album ini dibuka indah cukup indah susunan string dalam lagu Bersandar Cinta. Namun maafkan saya Aubrey melodi lagu ini terlalu predictable dan entah mengapa mengingatkan saya pada Layarlah Kembali (Dayang Nurfaizah)

Aubrey Suwito komposer yang saya sukar menebak karya daripadanya. Contoh termudah Lebih Indah dan Jaga Dia Untukku - kedua-dua lagu ini tidak ada esen Bisakah atau Beradu Di Khayalan juga Menatap Dalam Mimpi.

Namun entah di mana kurangnya Bersandar Cinta hanya bagus pada kemasan muziknya sahaja (string dalam lagu ini begitu hebat) namun sejujurnya melodi lagu ini sekadar biasa-biasa.

Sebuah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul Manis Terindah juga begitu, Melodi lagu ini terlalu mudah dan tidak dinamik. Momentum album ini bagai dimatikan begitu sahaja dengan trak ini. Saya tidak punya masalah dengan lagu yang datang dalam melodi yang simple tetapi simple tidak perlu menjadi bosan dan outdated.

Lagu seperti Sayang (Faizal Tahir) atau Sabar (Ismail Izzani) contoh terbaik lagu simple yang diadun dengan nuansa semasa yang membuatkan 2 lagu tersebut segar, relevan dan tidak kedengaran old-fashioned. Namun Manis Terindh tidak ubah seperti beberapa lagu Siti yang saya sebut sebagai naskhah yang mudah dilupakan atau orang sebut sebagai filler. Lagu seperti Hanya Dirimu (Ajai) dan Pejam Matamu (G-Nola) daripada Prasasti Seni contohnya.

Aku Bukan Malaikat sebuah lagi lagu dengan formula yang diulang guna dalam lagu Ketika Cinta atau Batasku Asaku menerusi album Tahajjud Cinta. Saya sukakan alunan ketuhanan Siti dalam Mula dan Akhir (Awi Rafael) menerusi Fragmen. Lagu tersebut membawa standard muzik pop Siti lebih bercitarasa dan kedengaran asli. (Asli di sini maksud saya - dengarlah mana-mana lagu ciptaan Opick semuanya serupa).

Dalam hal ini saya tidak ada masalah dengan lagu Aku Bukan Malaikat tetapi selepas fasa Mula dan Akhir yang bagi saya sejujurnya antara lagu terbaik pernah Siti rakam, saya berharap Siti kekal pada tempo serupa tanpa kembali pada formula Tahajjud Cinta.

Kisah Ku Inginkan (Duet Judika) kembali pada aliran muzik semasa Siti. Bukan sesuatu yang baru tapi setidaknya tidak kedengaran outdated. Lagu ini kesinambungan yang baik Muara Hati, Seluruh Cinta dan Dirgahayu. Korus lagu ini sangat baik dalam memberi justifikasi yang hebat pada kedua-dua vokalis ini.

Saya hentikan review SimetriSiti di sini kerana lagu-lagu lain yang ada menerusi album ini di bawah par expectation yang saya harapkan. Lagu-lagu melodi sedih dengan lirik gembira, melodi la la la..,pop rancak yang sekadar mengisi ruang kosong dan balada ala Hapuslah Air Matamu (rujuk lagu Ikrar Cinta) yang saya yakin hanya akan menjadi sebahagian daripada ratusan lagu yang bakal dilupakan.



Comments

  1. u got the point, but berbalik kpda konsep yg siti ingin ketengahkan, citarasa peminat. itu je yg sya boleh ckap. sbb tuh ad lagu yg kedengaran outdated tpi dekat di hati peminat sebenarnya. kembali kpda nostalgia siti dulu2.,sbb tuh ad yg persis lagu2 yg prnah dikeluarkan sbelum ni, benar2 menceritakan akan 'simetri' siti nurhaliza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. I must say. I was a little bit disappointed with SimetriSiti

    And why semua lagu happy happy je
    I still find transkripsi the best

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama.

10 Lagu Terbaik Ciptaan Aubrey Suwito

Baru sahaja meraikan 30 tahun pembabitan dalam bidang muzik dengan konsert skala sederhana menampilkan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Sean Ghazi dan one and only Siti Nurhaliza bersama iringan orkestra Malaysia Philharmonic Orchestra. Nama Aubrey Suwito nyata bukan asing dalam legasi muzik tempatan sebagai pencipta lagu, penerbit dan pengarah muzik. Hasil kerja Aubrey antara yang ke  depan dengan idea-idea Pop yang lebih segar dan moden tanpa terikat dengan idea pasaran semasa. Berikut 10 lagu terbaik yang kami kumpulkan sepanjang karier maestro muzik Pop yang cukup hebat ini. Casey - Seribu Impian (1994) Pop dalam trak ini cukup moden sekali jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu popular sekitar tahun 1994. Saya kira ini antara anthem Aubrey Suwito dalam mencipta mid-tempo pop sebegini. Dan sehingga hari ini masih antara karyanya yang paling asli sekali. Album ini dimuatkan dalam debut Casey (1994) bersama 2 buah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul S

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Ajai yang a