Skip to main content

#REVIEW Rendy Pandugo (The Journey) Penemuan John Mayer Jakarta Dengan Formula Coldplay dan Jason Mraz

Keberagaman muzik Indonesia dengan skala muzik yang cukup luas atas faktor demografik yang luas saya kira membenarkan setiap pasaran muzik dalam genre berbeza diterima dengan cukup terbuka. Apa sahaja genre muzik yang ditawarkan di sana pasti datang dengan kelompok penggemar yang  cukup besar sekali dan ya situasi ini nyata berbeza dengan apa yang kita ada.

Pasaran muzik Malaysia kecil jika boleh saya rangkumkan – kelompok Pop Radio, Indie dan Rock. Pasaran R&B masih terlalu kecil dan nasib pejuang-pejuan irama Melayu tradisi masih kabur arahnya yang akhirnya hanya akan diangkat di festival-festival keraian anjuran kerajaan sahaja. Hal inilah yang membuatkan muzik kita stagnant.

Dalam entri kali ini saya ingin berbicara tentang bakat muda bernama Rendy Pandugo yang melahirkan album debut The Journey yang cukup kental feel Pop ala John Mayer, Jason Mraz dengan campuran brit Pop cara Coldplay.

Album ini dibuka lembut gitar Float in The Sky yang lantas mengingatkan saya pada beberapa trak Mumford & Sons. Liriknya baik sekali “I wanna fly and take me higher. I’ll take you full ride, float in the sky.” Saya sangat enjoy dengan korus lagu ini yang cukup catchy sekali.

Rendy mencorak Pop versinya dengan cukup baik sekali. Lagu-lagu seperti Won’t Let Me Down,  By My Side dan Silver Rain cukup relaxing sekali. Pendengaran saya teralih pada lagu seperti 7 Days yang begitu John Mayer sekali dan Don’t Call Me Baby yang punya feel Jason Mraz.

Above all, lagu paling meninggalkan kesan pada saya adalah trak penutup album ini, I Know The Answer yang datang dengan feel soul pada rencah muziknya. Cuma saya kurang puas mendengar penyampaian Rendy menerusi lagu ini. Punch nya kurang dirasai namun ia bukanlah sebuah persembahan yang gagal.

The Journey saya kira sebuah album yang cukup personal sekali. Elemen muziknya bergerak atas prisma muzik yang komersil tetapi masih kental nilai estetika terutama di department rakaman dan susunan muziknya.

Bila mendengar keseluruhan album ini saya hanya mampu bertanya pada diri sendir, jika ada bakat tempatan (Malaysia) yang datang dalam pakej serupa, adakah pendengar kita bersedia memberi perhatian yang sama sepertimana masyarakat muzik Indonesia menyokong Rendy Pandugo?


Verdik: ★★★★ 

Comments

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...