Skip to main content

Posts

Kesilapan Terbesar Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM)

  Nampaknya Kak Ani kita dah boleh fikir speech dan baju untuk malam AIM tu nanti.. Anugerah Industri Muzik datang lagi dan lima calon akhir diumum dan tahun ini  perasaan aku tidaklah segembira tahun lepas bila melihat banyak nama (sebut karya) yang aku jangkakan bakal mendominasi gugur sebelum bertanding. Memudahkan cerita aku ada beberapa album, lagu dan pemuzik yang aku ingin lihat mereka sukses di AIM19 kali ini namun tidak ada satu karya pun dari mereka tersangkut. Aku ulang TIDAK ADA SATU KARYA PUN! Sebelum aku sambung terlarut dalam emosi menulis tentang AIM19 ini lihat dulu senarai pemuzik dan karya mereka yang aku harapkan mendapat perhatian ketua juri, Adnan Abu Hassan namun tidak. Shahir – Pendam (Vokal Lelaki Terbaik / Lagu Pop Terbaik) Najwa Latif – Kosong (Lagu Pop Terbaik) Diandra Arjunaidi – Angkasa, Happy (Artis Baru Terbaik / Lagu Pop Terbaik / Lagu Inggeris Terbaik / Rakaman Album Terbaik) Guba – You’re So Fine (Artis Baru Terbaik / Vokal ...

Shahir (2012)

SHAHIR (2012) Producer: Sham Kamikaze Verdik: 4/5 Lama juga aku ambil masa untuk review album ini. Sebab bila first time dengar debut Shahir ini bukanlah apa sangat sebab muzik yang didukung adalah pop leleh dengan momentum korus yang dah biasa kita dengar. But again aku cuba dengar berkali-kali dan cuba faham kemampuan Shahir, kehendak produser dan kuasa melodi dalam album ini secara keseluruhan, ya ini sebuah album pop yang patut kita pandang serius. Album ini dibuka dengan Cintakan Kembali. Intro keyboard dalam trak ini, malah hampir keseluruhan lagu ini amatlah boring. Tapi okaylah trak-trak begini aku anggap filler untuk lengkapkan continuity album 100% pop ini. Trak kedua Aku Yang Berdosa awalnya tidaklah menarik minat aku tapi jujur lepas dua tiga kali dengar trak ini sebetulnya punya feel yang baik. Macam aku cakap dalam entri yang lepas Sham faham kemampuan dan kehendak vokal serta soul Shahir jadi justifikasinya sempurna untuk buat ia jadi trak putaran radio sem...

Diandra Arjunaidi (2011)

DIANDRA ARJUNAIDI (2011) Penerbit: AG COCO / Ully / Diandra / Efry Arwis Pemuzik: AG Coco, Efry Arwis, Euvi, Fareed, Jenk Kreatif: Dotperinch / Adib Azfar Verdik: 5/5 Review ni sebenarnya dah lama sangat tersangkut, aku sempat tulis separuh pada januari lalu dan dibiarkan begitu sahaja sehingga ahad lalu (20/5) untuk disambung kembali. Normal kesibukan kerja majalah faham-faham sajalah. Album ini dibuka sangat-sangat baik dengan single pertama Angkasa. Bagi aku ini pertaruhan bijak Diandra memikat hati pendengar tempatan. Lagu ini sangat segar buat aku. Melodinya baik dibantu susunan yang sangat sangat sangat cun! This would be one of the best shot untuk next AIM. Things We Dont Say juga juga sangat baik. Mood jazz nya hebat bak mendengar beberapa trak pop jazz indonesia. Aku sangat sukakan volume dan weight vokal Diandra. Suaranya boleh carry pop jazz yang kadang buat aku melayang teringat Norah Jones untuk certain moment. Aku agak banggalah sebab disaat aku mencuba terlalu...

Najwa Latiff - Cinta Muka Buku (2012)

Its been awhile since the last post. Dengan macam-macam benda yang jadi dalam mass music lately aku paling tertarik dengan debut talent YouTube yang satu ini. Najwa Latif yang kita kenal dengan pop Cinta Muka Buku finally keluar dengan mini album yang menurut aku sangat okay!  Album ini dibuka dengan trak Cinta Muka Buku dan diikuti single kedua Carta Hati. Nasihat terbaik aku untuk orang yang tak berapa berkenan dengan muzik easy pop yang dibawa Najwa Latif ini mulakan dengan trak ketiga, Kosong. Lagu yang dicipta Najwa dan Ika ini adalah killer album ini. to be frank I would buy this album because of this track. Aku mendengar album ini pertama kali semasa memandu dan inilah trak yang paling banyak aku ulang dengar. This Najwa girl really got a killer melody here. Especially di department korus  "Segala kata cacian yang telah engkau berikan Membuatku rasa Kosong...kosong"   Melodi begini buat aku fikir Najwa ada future yang baik Cuma perlu diberi lebih ruang ...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...

ALBUM OF THE YEAR 2011/10

2011 bikin jadi tahun manis buat beberapa nama seperti Yuna, Edry KRU, 3 Suara, Awi Rafael dan Najwa Latiff. Penerimaan terhadap karya mereka dilihat begitu baik sekali.Dan dengan kemunculan beberapa nama lain yang hadir dalam pakej kualiti lengkap seperti Najwa, Reza Salleh mampu menentukan aras baru dalam perkembangan muzik tempatan. Tahun ini juga nampaknya menjadi seperti kalam akhir buat beberapa penyanyi hebat seperti Kaer, Misha Omar dan Sarah Raisudin yang satu masa dulu pernah menjadi antara the next generation in music even Kaer dan Misha punya album tahun ini nampaknya gagal meneruskan impak Bunga-Bunga Cinta dan Izinkan Ku Pergi mereka. Dan apa yang mengejutkan album inggeris Dato' Siti Nurhaliza tidaklah boom seperti apa yang dijangkakan malah album Anuar Zain juga kalah pada trak Sedetik Lebih yang dibikin untuk runut bunyi Merongmahawangsa. Nah, berikut 10 yang aku nantikan buat 2012 ini. Dan tahun ini bagai mudah ditebak album mana yang benar-benar beri kejutan da...

ANUAR ZAIN (2011)

Penerbit: Anuar Zain / Andi Rianto / Irwan Simanjuntak / Tohpati Jururakam: Tommy P. Utomo / Oki SMR / Kris Choi Juruadun: Nick Lee / Don Bartley Kreatif: Anuar Zain / Alice Teoh / Simon Chin Verdik: 4/5 Album ini beredar senyap tanpa publisiti dan pasti sesenyap manapun manakan tidak untuk aku hidu. Terus terang aku tak letak harapan tinggi untuk album keempat anuar ini. Sebab bila aku tahu album ini masih dibikin di Indonesia aku dapat bayangkan draft muzik dan momentum yang akan dibawa oleh Anuar sama seperti album sebelum ini(Lelaki Ini/Ketulusan Cinta). Dan ya seperti yang aku jangkakan juga masih berlegar nama Numata, Andi Rianto dan Tohpati mengisi berat album ini. Album ini dibuka dengan Kuberjanji Kerna Cinta (Nico Ajie Bandy) yang juga single pertama album ini. Seusai habis mendengar aku faham kenapa trak ini tewas pada Sedetik Lebih di radio. Terus terang trak ini sangat buat aku mengantuk dan begitu menguji kesabaran sekali untuk sampai ke hujungnya. Sebab apa ya...