Skip to main content

Posts

#REVIEW Boneka (2017) – Eksklusiviti Muzik Pop Sheila Majid

Karier Sheila Majid saya bahagikan kepada dua fasa – lima album terawal (Dimensi Baru, Emosi, Warna, Legenda & Ratu) dan fasa selepas perceraian bersama Roslan Aziz bermula dengan Ku Mohon, Cinta Kita dan selepas 13 muncul album perdana ini yang berjudul Boneka. Terus-terang pertama kali mendengar album ini saya jadi kurang berminat. Kenapa? Sebab jauh di sudut hati saya mahukan produk terbaru Sheila Majid ini solid sepertimana Ratu (1995) atau Emosi (1986) which is dua album favourite saya daripada ratu yang satu ini. Namun seperti tulisan awal saya tadi Sheila bergerak dalam dua fasa berbeza kerjayanya. Dan di fasa kedua sejujurnya bagi saya adalah zon di mana Sheila mencari arah baru yang tidak lari jauh sebenarnya daripada fasa pertama cuma dia mahu kedengaran lebih matang, segar dan tersendiri yang pastinya boleh cater dua pasaran utamanya iaitu Malaysia dan Indonesia. Ku Mohon dan Cinta Kita adalah dua album paling kurang saya gemari especially Cinta Kit...

#Review Pastel Lite Pertaruhan 'Balada' Dalam All That Synth…

Gerakan muzik indie di Malaysia akhiran ini agak perlahan diperhatikan pasaran semasa. Masih ingat bagaimana kita seronok meraikan Butterfingers, Monoloque, Meet Uncle Hussein, O@G, Yuna dan Bunkface? Itu era yang saya kira sukar untuk mana-mana penggerak indie baru hari ini ulangi. Sekadar beberapa nama yang ada difikiran saya – Masdo, Orkes A Hizadin, Sekumpulan Orang Gila, Bil Musa dan Pastel Lite. Mengamati muzik yang dicorak anak-anak muda ini saya kira ia sekadar mengulang guna formula sedia ada dengan rencah-rencah yang ditambah untuk kedengaran berbeza. Pastel Lite yang mula saya kenali ketika menonton LoveLiFest yang berlangsung awal tahun ini antara bakat indie yang berjaya mencipta nama di kalangan kelompok indie hari ini. Muzik mereka punya asas elektronik, synth dan pop. Boleh bayangkan bukan bagaimana bunyinya? Album yang berjudul Balada ini datang dalam 10 lagu kesemuanya dalam durasi 38 minit yang sedikit meguji pendengaran Pop Melayu saya. Namun peri ...

#REVIEW Rendy Pandugo (The Journey) Penemuan John Mayer Jakarta Dengan Formula Coldplay dan Jason Mraz

Keberagaman muzik Indonesia dengan skala muzik yang cukup luas atas faktor demografik yang luas saya kira membenarkan setiap pasaran muzik dalam genre berbeza diterima dengan cukup terbuka. Apa sahaja genre muzik yang ditawarkan di sana pasti datang dengan kelompok penggemar yang  cukup besar sekali dan ya situasi ini nyata berbeza dengan apa yang kita ada. Pasaran muzik Malaysia kecil jika boleh saya rangkumkan – kelompok Pop Radio, Indie dan Rock. Pasaran R&B masih terlalu kecil dan nasib pejuang-pejuan irama Melayu tradisi masih kabur arahnya yang akhirnya hanya akan diangkat di festival-festival keraian anjuran kerajaan sahaja. Hal inilah yang membuatkan muzik kita stagnant . Dalam entri kali ini saya ingin berbicara tentang bakat muda bernama Rendy Pandugo yang melahirkan album debut The Journey yang cukup kental feel Pop ala John Mayer, Jason Mraz dengan campuran brit Pop cara Coldplay. Album ini dibuka lembut gitar Float in The Sky yang lantas mengingatk...

#Karya Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan...

#Review “Peace Love Rindu” – Persembahan Maha Dahsyat 3 Dekad Seorang Diva Rock!

Penghujung 2016 dan 2017 tahun yang cukup seronok untuk saya sebagai pengikut tegar muzik lokal. Nama-nama besar seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Kopratasa, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Sheila Majid, Atilia, Monoloque, Noh Salleh masing-masing menghasilkan album penuh yang cukup solid sekali. Hal ini penting dan sihat untuk perkembangan muzik tempatan. Album penuh masih penting kerana album adalah portfolio seseorang penyanyi – baik secara fizikal mahupun digital. Sense of belonging pada pembeli lebih tinggi dan dirasai berbanding single yang akan dilupakan. Dan apa yang lebih menggembirakan saya apabila mengetahui Ella akhirnya muncul dengan album penuh setelah 10 tahun selepas produksi Rama-Rama. Bermula dengan single Istimewah yang diedarkan 2 tahun lalu ciptaan Sam Bunkface sehingga single terbaru Ku Sedia (Faizal Tahir / Omar K / Ezra Kong) Ella pakejkan dalam sebuah album yang cukup hebat berjudul Peace Love Rindu. Album ini dibuka sempurna lagu ciptaan ...

#PerspektifMuzik Muzik Sekarang Mundur! - Bunkface

Saya tertarik dengan statement Bunkface dalam artikel Astro Gempak tentang fenomena banyak lagu popular hari ini mundur dan ke belakang. Biar awalnya saya kira fenomena anak muda dengan idea lama ini okey tetapi nampaknya lambakan muzik begini semakin memualkan. Dan saya kira itulah yang dimaksudkan Bunkface – apabila terlalu banyak menggunakan formula serupa sebagai batu loncatan untuk popular maka tiada lagi perubahan atau peralihan dalam muzik. Dalam kata lain kita stagnant denga idea serupa. Tapi saya kira itu realiti dunia muzik kita. Akar balada, jiwang, leleh, lentok, lunyai itulah jiwa kita. Pasaran muzik rock satu sisi cerita berbeza. Golongan ini saya kira tidak mementingkan lagi airplay kerana apa yang lebih penting adalah untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang kena dengan jiwa mereka. Jika menoleh kepada perkembangan band indie pula tidak banya yang betul-betul menarik perhatian saya. SOG antara yang dominan but they don’t grip my soul . Idea mereka terlalu ...

#PerspektifMuzik Let Us Be Honest About AF Megastar!

Sebetulnya saya tidak mahu terlalu mengambil serius tentang AF Megastar ini kerana akhirnya ia hanya menjual idea hiburan hujung minggu yang silih berganti. Tetapi saya terus terang pada masa yang sama saya tidak boleh pandang ringan pada AF kerana suka atau tidak ia akan menjadi bahan bual dan saya percaya daripada bahan bual ramai ia akan jadi satu sub budaya dalam showbiz tempatan. Saya sejujurnya juga kurang berminat pabila melihat 24 calon finalis tanpa Kaer, Vince, Farah dan Farhan but again saya kira sebagai manusia mereka berempat evolve dan matang atau mungkin semakin realistik. AF bukan lagi platform yang baik untuk meneruskan kelangsungan minat dalam nyanyian. Jadi Kaer semakin selesa sebagai pereka, Farhan dan Farah semakin bahagia sebagai isteri juga ibu. And yes, that’s how human evolve in life – bukan melepaskan minat dan bakat but more clear dengan tujuan hidup sebab minat doesn’t pay your bills . So, I am okay mereka tidak memilih untuk masuk AF Mega...