Meneliti pasaran muzik niche seperti indie dan urban lokal saya kira Malaysia tidak pernah haus dengan anak-anak muda yang sentiasa mahu melakukan sesuatu yang keluar daripada kepompong muzik Melayu yang tipikal. Mungkin daripada segi skala evolusi muzik kita agak kecil berbanding negara seberang Indonesia yang hari ini mampu bangga dengan Dipha Barus, Adrian Khalif, Teddy Adhitya, Teza Sumandra, Eva Celia dan Rinnie Wulandri umpamanya. Namun saya kira kita masih bertuah memiliki syarikat rakaman lokal seperti Yuna Room Records yang sentiasa mahu memasarkan karya-karya yang datangnya daripada anak muda seperti Bil Musa ini umpamanya. Setelah debut self-titled yang diedarkan sekitar tahun 2015, Bil tahun lalu muncul dengan dua single perdana yang turut dimuatkan dalam album keduanya berjudul Young Adults ini. Dua single yang saya maksudkan adalah No More Excuse dan Adakah Ini yang cukup kuat pengaruh Yuna sebetulnya. But that’s really ok Bil. Album ini dibuka deng...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara