Skip to main content

Kaer - A New Chapter (2011)

Penerbit: Kaer / Azlan Abu Hassan / Lauren Aswin / Audi Mok
Kreatif: Yam Mursit / Roy Macam / Edline
Jururakam: Azlan / Lawrence Aswin / Audi Mok
Verdik: 2/5

Debut Menjelma (2007) buat Kaer jadi antara soloist yang dikagumi. A New Chapter masih pada haluan yang sama dengan kematangan muzik yang lebih cuma kurang magisnya! Album ini dibuka baik dengan tiupan flute Mohar dalam trak Kamu (Teguh). Muziknya ini saya sifatkan sebagai pop dengan nuansa r&b yang baik, masih boleh diulang dengar! Vokal dan feel Kaer cukup baik sekali.

Apa Adanya (Tengku Shafick) merupakan makanan Kaer. Ballad begini kedengaran cukup menawan dengan blend vokal Kaer buat ia jadi sempurna especially seawal verse pada trak ini. Cinta Tak Ternoda (Tengku Shafick) is my favourite track! Lagu ini buat saya ulang dengar berkali-kali sebelum ke trak lainnya. Vibe dan groove pada melodi Tengku Shafick dan susunan Lawrence Aswin cukup memikat terutama bahagian korusnya yang amat sing-a-long! Trak begini buat aku fikir Kaer semakin matang dalam pemilihan lagu pada keseluruhan album ini!

Masih Mencintaimu (Tengku Shafick) kembali ballad. And this time ballad-nya terlalu Marcell, terlalu indo-pop jadi aku skip ke next trak sebab tak ada apa yang terlalu istimewa tentang ballad ini. Atas Nama Cinta (Yovie Widianto) masih ballad yang mana kali ini terlalu kuat sound Afgan! Dan bagi saya bila back to back ada trak yang pernah saya dengar before ini yang dah menjadi signatur penyanyi lain, Intepretasi Kaer pada trak begini buat saya fikir tiada apa yang istimewanya plus ia makin bunuh identiti Kaer. Originaliti adalah hal yang saya maksudkan di sini dan saya tak berapa happy dengan dua trak ini yang terlalu kuat pengaruh Indonesianya.

Bisikan (Audi Mok/Nurfatimah) kembali rancak dengan mood dance yang sekadar bersifat fill in untuk lengkapkan album ini begitu juga dengan Pacar Rahasia (Bemby Noor) yang buat saya semakin bosan dengan album ini.

Trak Berakhir Disini (Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak) buat aku layan akan susunan string Eddie Marzuki yang aku sifatkan cukup power! Asas melodinya masih seperti apa yang biasa kita dengar sebelum ini namun kuasa susunan muzik dan string lagu ini amat baik sekali! Album ini ditutup dengan dengan Kamu Summer Night Version ft. Yuyun yang kali ini disusun oleh Lawrence Aswin yang dibuka cukup menarik dengan improvise vokal Yuyun!

Overall album ini bagi saya kurang elemen surprise dan magis yang diharapkan selepas bertahun-tahun menanti. Journey Kaer ke Indonesia buat saya teringat akan album ketiga Anuar Zain dan album Cinta Kita - Sheila Majid yang turut dibikin di sana. Kedua-duanya merupakan album paling kurang menarik minat perhatian dan hal ini terjadi pada album Kaer ini.

So bila sudah 3 penyanyi hebat tempatan yang mengendong karya Indonesia dan gagal membawa magis dan surprise yang diharapkan buat saya fikir ia bukan jalan terbaik sama ada untuk membina nama di sana atau at least mendapat hit trak untuk pasaran di sana (kecuali Sheila Majid). Dan dalam hal ini saya menyanjung tinggi Dayang yang sentiasa berani tampil dengan penerbit dan komposer baru tempatan dalam setiap albumnya!


Comments

  1. setuju sangat statement perenggan akhir

    ReplyDelete
  2. this is a good album. so inspired by ur writings, i bought this

    ReplyDelete
  3. thnks kembang. thnks bloggerboy
    :)

    ReplyDelete
  4. Betul. Memang aku x faham kenapa diorang nak sebok2 buat album guna komposer Indonesia. To be frank, aku rasa lagu komposer Malaysia buat lagi best. BTW, aku x setuju dengan statement ko pasal lagu Atas Nama Cinta. Aku x terbayangkan langsung Afgan pada lagu tu. In fact, sth. sring arr. lagu tu sangatlah exquisite dan mewah. Good review though.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...

#Karya Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan...