Skip to main content

#Review “Peace Love Rindu” – Persembahan Maha Dahsyat 3 Dekad Seorang Diva Rock!

Penghujung 2016 dan 2017 tahun yang cukup seronok untuk saya sebagai pengikut tegar muzik lokal. Nama-nama besar seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Kopratasa, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Sheila Majid, Atilia, Monoloque, Noh Salleh masing-masing menghasilkan album penuh yang cukup solid sekali.

Hal ini penting dan sihat untuk perkembangan muzik tempatan. Album penuh masih penting kerana album adalah portfolio seseorang penyanyi – baik secara fizikal mahupun digital. Sense of belonging pada pembeli lebih tinggi dan dirasai berbanding single yang akan dilupakan.

Dan apa yang lebih menggembirakan saya apabila mengetahui Ella akhirnya muncul dengan album penuh setelah 10 tahun selepas produksi Rama-Rama. Bermula dengan single Istimewah yang diedarkan 2 tahun lalu ciptaan Sam Bunkface sehingga single terbaru Ku Sedia (Faizal Tahir / Omar K / Ezra Kong) Ella pakejkan dalam sebuah album yang cukup hebat berjudul Peace Love Rindu.

Album ini dibuka sempurna lagu ciptaan sifu M.Nasir dan lirik Keon berjudul Raguku. Terus terang melodi lagu ini sekali dengar kita dah boleh dengar signature melodi M.Nasir namun ada tapinya – susunan muzik Firdaus Mahmud memberikan satu suntikan yang cukup segar, moden dan ke depan.

Kalau dibiarkan sahaja melodi ini dengan corak tipikal M.Nasir saya kira lagu ini sekadar another songs yang kita pernah dengar but again cara Firdaus mencorakkan lagu ini cukup segar sekali. Saya sangat sukakan lirik tulisan Keon. Masih puitis sepertimana lagu-lagu yang pernah ditulis sebelum ini.

“Ilhamkan aku cinta,
Datangkan aku setia,
Bagai Juli ke Romi nya”

Kesempurnaan Raguku diteruskan dengan sebuah lagi lagu ciptaan M.Nasir lirik Buddhi Hekayat (gabungan serupa menulis Awan Nano – Hafiz) yang cukup dan penuh dengan energy. Persembahan vokal Ella dalam lagu ini cukup rasa. Spontan, raw dan santai.

Namun saya lebih tertarik dan tidak salah saya katakan lagu Sujud ciptaan sepenuhnya Edrie Hashim antara lagu terbaik dalam album ini.   Sempurna segala-galanya! Melodi yang baik, puitis lirik, susunan muzik hebat dan saya puas mendengar persembahan vokal Ella. Saya ulang saya puas!!!


Saya ulang dengar berkali-kali lagu ini! Ini contoh lagu yang sempurna untuk radio / pasaran semasa. Ini lagu terbaik untuk Ella push sebagai single seterusnya. Seni penulisan lirik Edrie yang mengangkat isu ketuhanan dan kemanusiaan dalam lagu ini membuatkan lagu ini bukan sekadar Pop yang biasa-biasa.

Comel (M.Nasir / Ad Samad) bermula dengan bait “Gincuku patah bila mendengar akan alasan yang kau beri.” Dan di korusnya “Walau sedap dipandang kau mudah jadi curang. Walaupun kau sedap dipandang ku tak rela dibaham.”

Saya jenis orang yang enjoy dengan penulisan lirik sebab itu saya suka beli album dan penulisan yang sebegini hanya Ad Samad sahaja yang tahu memberi justifikasi agar tidak kedengaran cheesy atau tidak kena dengan melodi. 

Ku Sedia (Faizal Tahir / Omar K / Ezra Kong) saya sifatkan sebagai satu percaturan yang sangat bijak. Pada saat lagu ini bermain di telinga saya, hati saya terdetik satu perkara – 

Ella nyata ada satu pasukan yang cukup smart untuk merencana Peace Love Rindu sebagai naskhah yang relevan, current, fresh dan moden tanpa menghilangkan segala esen muzik Ella sepanjang 32 tahun ini.

Ku Sedia adalah contoh terbaik dengan apa yang saya katakan. Konsep lagu ini sangat current yang ada esen lagu lagu-lagu popular hari ini tetapi tidak sedikit pun lari jauh meninggalkan corak muzik Ella. And to be frank awal mendengar lagu ini saya tak dapat tangkap langsung bayangan yang lagu ini ditulis trio Faithful Music. (Rujuk lagu Nastia “Rapuh” yang cukup kental sound Faizal Tahir).

Dan,
Ultimate song dalam album ini tentu sahaja Peace Love Rindu yang dicipta legendary rock tanah air Lord daripada kumpulan & The Boys yang turut bersama-sama Ella di awal penglibatan bintang rock ini. Lagu ini dikemudi AG Coco yang bertindak sebagai produser.

This is a love anthem! Lagu-lagu begini sememangnya sebab mengapa kita suka dan jatuh cinta dengan lagu-lagu Ella. Saya pantas teringat Gemilang, Pergilah Sayang, Demi, Pedih, Dua Insan Bercinta, Esok Lusa Selamanya dan Peace Love Rindu akan meneruskan kegemilangan lagu-lagu popular ini dengan rencah yang cukup moden dan sedap sekali.

Seawal bait

“Hello, Kuucap padamu, masa jauh berlalu terubat jua rinduku…”

sehingga korus

“I Wish you all the love I wish you happiness. Doaku untukmu sayang.”

Bikin saya melayang dengan persembahan cukup deep Ella. Saya kira ini lagu yang dicipta khusus untuk kotak suara Ella dan karakternya. Sejujurnya lagu sebegini kita tak dapat selalu dan tak semua orang tahu macam mana nak buat naskhah seperti ini. This is an evergreen piece yang kita akan selalu dengar macam kita masih dengar Pergilah Sayang.

Album ini sebuah album yang sangat solid. Setiap lagu memberi justifikasi pada karakter Ella dan paling penting sebagai ia disiapkan sebagai sebuah produksi yang bercitarasa tinggi dengan kualiti yang cukup hebat sekali.

Saya kira Peace Love Rindu sebuah naskhah yang cukup dahsyat dalam meneruskan kelangsungan 32 tahun penglibatan Ella dalam bidang muzik. Dan seperti posting saya di facebook tempoh hari, this album demands your good taste in music to enjoy it. Ya, ini album LIMA BINTANG!


Verdik: ★★★★★

Comments

  1. Terbaik review. Yes esen ella takkan hilang.

    ReplyDelete
  2. boleh review album sheila majid, boneka?

    ReplyDelete
  3. sejujurnya...saya lebih suka konsep album ella yang terdahulu

    ReplyDelete
  4. Review yg nnyeluruh. Agak details trutama pabila membaca tulisan ini sambil mendengar album latest ella. Mkin teruja jadinya bila membaca ulasan berkaitan lirik utk rilis album ini. Sekalung tahniah atas review buat album2 tempatan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

#BetariSeni Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She's "The Finesse Queen of Leman"

Peralihan muzik tempatan daripada satu transisi Pop ke transisi Pop yang lain mencorak satu prisma muzik yang beragam. Namun sejauh mana pun kita pergi mengikut jauh trend pasaran semasa dengan idea melokalkan bunyiannya agar jadi lebih bersifat tempatan, kita masih tidak mampu menolak suicidal ballad yang saya kira sudah menjadi DNA dalam darah muzik Malaysia. Daripada zaman P.Ramlee ke Datuk Ahmad Nawab, Saari Amri, Adnan Abu Hassan, Azmeer, LY, Patrick Khamis sehingga generasi hari ini yang banyak dicorakkan Goufran dan Ibnu – suicidal ballad ini masih teguh dalam pasaran tempatan. Dan selepas Sharifah Aini (Seri Dewi Malam), Uji Rashid (Kali Terakhir Ku LIhat Wajahmu), Salamiah Hassan (Gelombang), Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka) muncul nama-nama baru meningkat naik di hujung 80-an dan 90-an Fauziah Latiff (Gubahan Rindu Puisi Syahdu), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Pelamin Anganku Musnah (Azie) dan Siti Nurhaliza (Kesilapanku Keegoaanmu). Se...

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...