Skip to main content

#REVIEW Boneka (2017) – Eksklusiviti Muzik Pop Sheila Majid

Karier Sheila Majid saya bahagikan kepada dua fasa – lima album terawal (Dimensi Baru, Emosi, Warna, Legenda & Ratu) dan fasa selepas perceraian bersama Roslan Aziz bermula dengan Ku Mohon, Cinta Kita dan selepas 13 muncul album perdana ini yang berjudul Boneka.

Terus-terang pertama kali mendengar album ini saya jadi kurang berminat. Kenapa? Sebab jauh di sudut hati saya mahukan produk terbaru Sheila Majid ini solid sepertimana Ratu (1995) atau Emosi (1986) which is dua album favourite saya daripada ratu yang satu ini.

Namun seperti tulisan awal saya tadi Sheila bergerak dalam dua fasa berbeza kerjayanya. Dan di fasa kedua sejujurnya bagi saya adalah zon di mana Sheila mencari arah baru yang tidak lari jauh sebenarnya daripada fasa pertama cuma dia mahu kedengaran lebih matang, segar dan tersendiri yang pastinya boleh cater dua pasaran utamanya iaitu Malaysia dan Indonesia.

Ku Mohon dan Cinta Kita adalah dua album paling kurang saya gemari especially Cinta Kita yang terlalu kuat pengaruh Indo Pop nya (But Kerinduan is a masterpiece!). Dan perkara yang sama sebetulnya happened dalam Boneka. Disebabkan itu saya beritahu awal tadi saya agak kurang minat ketika kali pertama mendengar Boneka.

Namun, sebagai pendengar yang kritikal saya tidak hanya mahu menilai Boneka atas rasa personal semata-mata. Saya melihat kembali, mendengar dan memahami apa yang Sheila selesa sekarang. Dan ya, Sheila Majid yang dikemudi Tohpati hari ini adalah apa yang mahu dia tawarkan kepada peminatnya.

Jadi saya tidak lagi mengharapkan the next Sheila akan menjadi seperti Ratu atau Emosi. Ia akan ada acuan Cinta Kita dan Boneka tetapi dengan kematangan muzik yang berbeza atau lebih baik lagi. Oleh demikian, saya mahu menilai Boneka dengan satu perspektif berbeza tanpa mahu membandingkan Boneka dengan Ratu atau Emosi.

REVIEW BERMULA DI SINI…
Album ini dibuka cukup baik dengan Melukis Dunia (Tohpati) yang punya feel festive songs dengan lirik yang sangat sing along. “Pagi siang malam muzik dalam hatiku tak henti…” Saya fikir lagu-lagu ini ibarat rendisi terkini Warna, Sinaran, Memori, Bahagia dan Panorama melodinya bergerak atas landasan Pop serupa dengan susunan muzik lebih segar dan kedengaran moden.

Lagu-lagu begini sememangnya makanan Sheila dan sebagai peminatnya saya masih mahu melodi begini. Begitu juga dengan idea dalam lagu Boneka nukilan Kevin Chin (Beribu Sesalan, Pencuri Hati) Irwan Simanjuntak sebagai produser bagi saya bijak dalam mengemudi Pop Sheila yang baru ini dengan cara paling genius.

Boneka jika dinilai pada penciptaan melodi sekadar biasa-biasa sahaja sebetulnya atau saya sebut sebagai predictable.  Akan tetapi lagu ini dikemaskan dengan satu produksi muzik yang cukup baik. Jika dapat pada tangan arranger biasa lagu ini akan kedengaran Pop dengan elemen Bossa (atau mencuba untuk bunyi-bunyi k-pop tak jadi, you know who) yang biasa-biasa sahaja.

Kemasan produksi dalam lagu Boneka yang saya maksudkan adalah penggunaan real trumpet instead of programming dan vokal Jeanette Prissilia yang menyatu baik dalam memberi justice pada kemasan vokal Sheila. bahagian bait “Sesuka hatimu...” dan “Je suis puppet...” antara yang lift up the mood of the songs untuk jadi solid sebagai sebuah Pop yang berkelas.

Lebih Dewasa (Pacai) meneruskan beat-beat Pop dalam Melukis Dunia dan Boneka. Ketiga-tiganya lengkap sebagai sebuah naskhah yang cukup sedap didengar dan mudah untuk dinikmati hanya dengan sekali pendengaran.

Ku Nanti (Tohpati) another good songs dalam Boneka. Moderate pop begini akan sentiasa buat kita senang mendengar tenang dan merdu yang ada pada penyampaian Sheila Majid. Lagu-lagu begini tak susah untuk penggemar Sheila hadam.

Haruskah Ku Pergi (Tohpati), Lara Di Dada (Omar K) dan Aku Untukmu (Tohpati) kesinambungan balada hebat seperti Kerinduan, Cinta Jangan Kau Pergi, Ku Mohon, Selamanya, dan Sinaran Cinta. Killer lagu-lagu begini tentu saja korusnya.

Lagu-lagu begini saya sifatkan sebagai lagu-lagu yang akan begitu mudah dekat dengan pengikut Sheila khususnya. Lagu-lagu yang pasti akan dinyanyikan bersama dalam mana-mana konsert atau show bintang Pop ini.

Namun dalam banyak-banyak ballad dalam album ini saya paling tertarik dengan melodi Azman Abu Hassan dalam lagu Kasih Abadi. Susunan string Alvin Witarsa Chamber Strings dalam lagu melengkapkan Kasih Abadi sebagai sebuah melodi paling romantis dalam Boneka. This is a perfect wedding song!

Boneka ditutup dengan dua lagu berikutnya Kasih Kamu (Omar K) dan My All (Najwa Mahiaddin). Saya sekadar okey dengan melodi Kasih Kamu sebab bagi saya My All lebih sedap, sesuai dengan kematangan Sheila sebagai performer. Lagu-lagu begini akan sentiasa buat saja enjoy dan terbuai dengan persembahan Sheila.

Overall, selepas berbulan-bulan album ini saya mendengar masih belum ada lagi ruang bosan. Saya simpulkan produksi Boneka sebagai naskhah yang secukup rasa – tiada kurang dan tiada apa yang terlalu berlebihan. Album ini direncana dengan cukup kemas sebagai persembahan Pop Sheila yang akan sentiasa dinikmati penggemarnya.

This is definitely bukan untuk generasi Haqiem Rusli atau G-Dragon dan sejujurnya Sheila tak perlukan perhatian daripada generasi begini untuk menikmatinya. Oleh yang demikian, saya kira semakin ‘berusia’ Sheila di persada muzik lokal, semakin tinggi nilai exclusivity yang ada padanya. Yes, old is gold!


Verdik: ★★★★★ 

Comments

  1. thanks for review. yes, sebagai peminat sheila majid, aku agak berkira2 utk membeli album ni coz agak mahal compare with album dayang nurfaizah yang aku kira sangät berbaloi. that y aku perlukan review seperti ini agar aku x kecewa kalau tersalah beli.. haha .feel catchy kat lagu 'boneka' antara fav aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sudi singgah dan baca! Jangan lupa support MuzikKita on FB, IG & Twitter :-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#BetariSeni 25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992. Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993 , punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika. Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu. Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. ...

10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula

Ada beberapa entri yang admin tertangguh sebetulnya #BetariSeni: Aishah dan #Soundwave – 3 Pemuzik Masa Hadapan Tempatan . Tapi bila dah masuk ulang tahunnya Siti rasanya kita harus bagi ruang sedikit meraikan bintang hati yang satu ini.  Saya rasa sekecil manapun minat terhadap Siti pada setiap pada kita ada lagu daripadanya yang menjadi kegemaran. Begitulah luar biasanya Siti. Satu Cinta Dua Jiwa antara lagu awal all time favorite admin. Very Pop and current ketika dipasarkan.  Berikut 10 (Actually sebelas sebab tak boleh buang satu pun) Lagu yang kami rasakan patut dirakam atau dirilis semula menjadi satu album yang solid dan powerful. Kenapa? Kerana keindahan penciptaan melodi serta nilai komersil yang masih relevan untuk dipasarkan. SEBENAR CINTA Album: E.M.A.S Komposer: Ajai Penulis lirik: Siti Nurhaliza Struktur lagu ini menampilkan sisi cukup moden seorang Siti Nurhaliza. Feel , vokal dan sebutan Siti sangat sedap dalam lagu ciptaan Aj...

#Karya Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya. Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi. Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan...