Kitaran Pop tempatan tahun ini tidaklah terlalu beragam atau punya evolusi skala besar tetapi kita masih bertuah masih memiliki anak muda yang serius dalam membuat muzik atas nama muzik itu sendiri tanpa berkompromi dengan corak pemasaran murah dan menjengkelkan. Lagu bagi saya tidak perlu dan tidak patut diasosiasikan dengan peribadi penyanyi atau apa jua konteks yang keluar daripada seni pembikinan muzik itu sendiri. Penciptaan melodi yang bagus masih paksi utama sesebuah lagu itu diukur baik buruknya. Penulisan lirik satu elemen lagi yang harus difikirkan pembikin muzik agar ia berkelas, puitis dan tidak merendahkan estetika Bahasa itu sendiri. Tidak salah menggunakan Bahasa bual asalkan ia disusun kemas dan bergerak atas aliran cerita yang baik. Dalam hal ini saya suka untuk merujuk penulisan Alif dalam lirik Buat Selamanya yang menggunakan Bahasa bual yang disusun kemas sekali. Paling puitis tentu sahaja tulisan Imran bersama Najwa dalam Sentiasa Merinding – ibarat...
Tentang Muzik, Pemuzik, Penghibur & Segalanya Berkaitan Lagu-Lagu Nusantara