Skip to main content

Posts

Yuna - Terukir Di Bintang

Penerbit: Yuna Room Records Penerbit trak: AG Coco / Yuna Zaraai / Colin Wolfe Nuthouse Music / Nottinghill Music / Nor Hanafi Jururakam: Faiz Rosli / Rozhan Razman / Ully Mohamad / AG Coco Juruadun: Greg Henderson / Ahmad Huzaini / Ethan Carlson kreatif: Verdik: 5/5 Wow rasa pantas album ini menjengah saat Decorate masih lagi dalam senarai 10 album teratas yang kerap aku dengar. Nevermind sebab aku personally memang dah tak sabar menanti album kedua ini especially bila dok ulang trak Terukir Di Bintang dan Coffee di Youtube. Awalnya aku mahu ulas album Monoloque dulu tapi magnet muzik dalam album ini begitu kuat buat aku tertarik untuk ulas. Baik, kita mulakan dengan cover album yang aku rasa agak kurang menarik berbanding Decorate. Markah kreatif dah kurang sket kat sini. Album ini dibuka dengan Fears and Frustrations (Yuna Zaraai) yang amat amat amat maha hebat!! Kudos buat Yuna trak begini sangat buat aku bangga dengan Yuna. Kualiti melodi, rakaman dan susunannya berta...

ALBUM OF THE YEAR 2011/10

2011 bikin jadi tahun manis buat beberapa nama seperti Yuna, Edry KRU, 3 Suara, Awi Rafael dan Najwa Latiff. Penerimaan terhadap karya mereka dilihat begitu baik sekali.Dan dengan kemunculan beberapa nama lain yang hadir dalam pakej kualiti lengkap seperti Najwa, Reza Salleh mampu menentukan aras baru dalam perkembangan muzik tempatan. Tahun ini juga nampaknya menjadi seperti kalam akhir buat beberapa penyanyi hebat seperti Kaer, Misha Omar dan Sarah Raisudin yang satu masa dulu pernah menjadi antara the next generation in music even Kaer dan Misha punya album tahun ini nampaknya gagal meneruskan impak Bunga-Bunga Cinta dan Izinkan Ku Pergi mereka. Dan apa yang mengejutkan album inggeris Dato' Siti Nurhaliza tidaklah boom seperti apa yang dijangkakan malah album Anuar Zain juga kalah pada trak Sedetik Lebih yang dibikin untuk runut bunyi Merongmahawangsa. Nah, berikut 10 yang aku nantikan buat 2012 ini. Dan tahun ini bagai mudah ditebak album mana yang benar-benar beri kejutan da...

ANUAR ZAIN (2011)

Penerbit: Anuar Zain / Andi Rianto / Irwan Simanjuntak / Tohpati Jururakam: Tommy P. Utomo / Oki SMR / Kris Choi Juruadun: Nick Lee / Don Bartley Kreatif: Anuar Zain / Alice Teoh / Simon Chin Verdik: 4/5 Album ini beredar senyap tanpa publisiti dan pasti sesenyap manapun manakan tidak untuk aku hidu. Terus terang aku tak letak harapan tinggi untuk album keempat anuar ini. Sebab bila aku tahu album ini masih dibikin di Indonesia aku dapat bayangkan draft muzik dan momentum yang akan dibawa oleh Anuar sama seperti album sebelum ini(Lelaki Ini/Ketulusan Cinta). Dan ya seperti yang aku jangkakan juga masih berlegar nama Numata, Andi Rianto dan Tohpati mengisi berat album ini. Album ini dibuka dengan Kuberjanji Kerna Cinta (Nico Ajie Bandy) yang juga single pertama album ini. Seusai habis mendengar aku faham kenapa trak ini tewas pada Sedetik Lebih di radio. Terus terang trak ini sangat buat aku mengantuk dan begitu menguji kesabaran sekali untuk sampai ke hujungnya. Sebab apa ya...

Ruth Sahanaya - Kaulah Segalanya (1992)

Penerbit: Ruth Sahanaya & JACEY Production Susunan Muzik: J.A.C.E.Y, Tito Soemarsono Verdik: 5/5 FINALLY album ini berjaya aku download (ya secara haram) penuh beberapa minggu lepas. Tanyalah siapa pun yang membesar di era 90-an Kaulah Segalanya begitu kuat mempengaruhi muzik tempatan.Dan aku masih ingat obsesi kakak aku ketika lagu ini meledak Makaysia sampai sanggup kumpul duit beli vhs karaoke yang ada trak ini. Dan membelek kembali album paling berpengaruh dalam karier Dayang Nurfaizah yang turut meletakkan Kaulah Segalanya sebagai album pilihannya sepanjang zaman. Album ini mendapat sentuhan 5 produser ulung dalam industri muzik Indonesia yang menggelarkan diri mereka JACEY iaitu mewakili James F.Sundah / Aminoto Kosin / Candra Darusman / Erwin GUtawa / Yos Pattipeolohy. Dan nama-nama ini masih lagi besar pengaruhnya sehingga kini baik di Indonesia mahu sekalipun Malaysia. Dan nama lain yang berpengaruh sehingga kini seperti Youvie Widianto dan Andre Hehanusa turut men...

Kaer - A New Chapter (2011)

Penerbit: Kaer / Azlan Abu Hassan / Lauren Aswin / Audi Mok Kreatif: Yam Mursit / Roy Macam / Edline Jururakam: Azlan / Lawrence Aswin / Audi Mok Verdik: 2/5 Debut Menjelma (2007) buat Kaer jadi antara soloist yang dikagumi. A New Chapter masih pada haluan yang sama dengan kematangan muzik yang lebih cuma kurang magisnya! Album ini dibuka baik dengan tiupan flute Mohar dalam trak Kamu (Teguh). Muziknya ini saya sifatkan sebagai pop dengan nuansa r&b yang baik, masih boleh diulang dengar! Vokal dan feel Kaer cukup baik sekali. Apa Adanya (Tengku Shafick)  merupakan makanan Kaer. Ballad begini kedengaran cukup menawan dengan blend vokal Kaer buat ia jadi sempurna especially seawal verse pada trak ini.  Cinta Tak Ternoda (Tengku Shafick)  is my favourite track! Lagu ini buat saya ulang dengar berkali-kali sebelum ke trak lainnya. Vibe dan groove pada melodi Tengku Shafick dan susunan Lawrence Aswin cukup memikat terutama bahagian korusnya yang amat ...

NING - DEWA (2011)

NING - DEWA (2011) Penerbit: Audi Mok Juru Rakam: Audi Mok@ Fuse Kreatif: Sharon Wong / Aida Khalid Fotografi: Bustamam Mokhtar Verdik: 3.5/5 Aku tak ambil masa yang lama sangat untuk hadam pendengaran dalam Dewa. Basically secara dasarnya album ini seperti apa aku boleh expect more or less it's sounds a lighter version of Nikki - Hawa. Album ini dibuka dengan trak Raksasa (Audi Mok/Pam Yuen/Ad Samad). It is a very good opening! Sound dance dengan groove yang amat tipikal Audi. Aku suka akan penulisan Ad Samad dalam lagu ini. Pengisiannya amat besar dan buat trak yang dasarnya biasa ini jadi sangat menarik. Antara bait yang paling kuat "Awas langkahmu, jangan terpijak orang berjiwa kecil". Trak Sampai dan Bila (Audi Mok/Nurfatimah) basically adalah dua trak yang sama dengan judul dan susunan yang sedikit berbeza. Powerfull vokal Ning jadi taruhan yang diblend baik dengan kuasa melodi Audi. Dan again kedua-dua trak ini hebat kerana penulisan Nur Fatimah pul...

HUNNY MADU - PULAU JANJI

Produser: hunny Madu / Rafikoncept / Bo Iqram / Hazri Shihabudin / Selvam Ganna / Lah Ahmad Jururakam /Juruadun: Rafikoncept Verdik: 3/5 muzik yang didukung Hunny Madu mungkin bukan sesuatu yang familiar dengan pendengaran tenpatan. Mungkin juga aku boleh katakan she's the first yang bawa konsep hip-hop / soul / pop dalam masa yang sama. Ok kita bayangkan Mizz Nina lebih pada hip-hop dan r&b ala-ala Missy Elliot. Hunny Madu pula lebih kepada muzik yang dijuan penyanyi seperti Jill Scott, Erykah Badu, Bilal dan Angie Stone. Nasihat saya buat yang eager dengan debut Hunny Madu ini dengar dulu penyanyi-penyanyi yang aku sebutkan tadi supaya lebih mudah faham akan muzik yang dibawa hunny. Ok back to the debut Pulau Janji! Album ini dibuka dengan pengenalan siapa Hunny melalui trak 3 Perkara (Noc-Out / Hani) Hathim). Kental melodi hip-hop dalam trak ini dan aku cuma kurang cara Hunny menulis lirik mungkin terlalu direct dan tidak begitu menarik rhymenya. Bayangkanlah (Hani Hatim) ad...